Monday, 20 June 2011

Amar makruf nahi munkar......














E-mail – hjdan@myjaring.net.
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL  AGAMA ISLAM – SIARAN  KE  89


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Amar Makruf Dan Nahi Munkar.


Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi.
Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56)

Masalah - 482Amar Makruf Dan Nahi Munkar.

1..  Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai  tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia hendaklah berbudi pekerti yang baik.

2..  Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.

3.. Warak maksudnya: ia mencegah seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh tujuan-tujuan yang lain.  Hendaklah kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu.  Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.

4.. Berbudi pekertyi yang baik maksudnya: seberapa nboleh biarlah dia bersikap lemahlembut dan belas kasihan kepada sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya.  Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi, kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidaksabafr itu.
Kemunkaran-kemunkaran yang berlaku.

5..Kemunkaran dalam masjid.

Ketahuilah bahawasanya kemunkaran itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram.  Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala berdiam diri atas kemunkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan haram.  Tetapi jika kita katakan bahawa itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram, yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada  hal kita berkuasa untuk mencegahnya.

a.      Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di dalam masjid-masjid, ialah perlakuan  sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja.  Ini adalah suatu kemunkaran yang membatalkan sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya  dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan secara diplomasi.  Sebab sesiapa yang melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.

b.     Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan.  Tajwid dan sebagai lagi.  Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang  betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.

c.     Kemunkaran yang selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.

d.     Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan supaya berhenti berbuat demikkian.

e.      Terdapat juga kemunkaran berlaku apabila  hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan masjid.  Ini juga hendaklah di tegahkan.

f.       Terdapat juga kemunkaran berlaku ada segolongan manusia yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid. Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian. 

g.     Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf  yang sama.  Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.

h.     Terdapat juga ada golongan insan yang  bercerita-cerita, berbual-bual kosong, mengumpat, berbicara hal-hal  keduniaan dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah dilarang oleh pihak yang bertugas.

i.        Terdapat juga ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya. Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu akan sedemikian itu.

j.        Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan ayat-ayat al-Quran ketika menjadi iamam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.

k.     Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah  uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu.
Kesimpulan.

Kita akan dapati banyak lagi kemunkaran-kemunkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu sama-samalah kita memberi nasihat agar kemunkaran seperti itu tidak berpanjangan lagi.

Sekian dahulu dalam hal kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa terdekt.

Wassala mualaikum warah matulla hi wabarakatuh...!







               --------------------------------oooooooooo

No comments:

Post a Comment