Kawasan rumah yang bersih amat menyeronokkan.
R&R di Lebun Raya - kami brehat semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumur pada 7 Jun 2011
Rumah ku syurga ku....!
Bergambar semasa hari raya puasa tahun 2010
AMALAN IBADAT PUASA
Blog Siaran Jun 2011
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
1. Puasa itu satu daripada rukun Islam. Maknanya menahan diri daripada sekalian yang membatalkan akan dia- bermula daripada terbit fajar hingga masuk mata hari waktu Maghrib.
2. Bermula Tahun ke 2 Hijrah bulan Ramadan diwajibkan Islam, Mukallaf, yang kuasa, tidak uzur, dalam mukim wajib berpuasa.
3. Allah s.w.t. mewajibkan ke atas kita semua umat Muhammad berpuasa di bulan Ramadzan. Ibadat puasa ini juga tidaklah tertentu kepada umat Muhammad sahaja bahkan umat perbakala pun ada diwajibkan berpuasa. Moga-moga dengan berpuasa itu kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t., dapat kamu menahan syahawat daripada berbuat maksiat.
4. Orang-orang yang tidak daya berpuasa dengan sebab sakit atau dalam perjalanan yang jauh maka bolehlah ditangguhkan puasa dan diqadza puasanya itu pada hari-hari yang lain.
5. Bagi orang yang tidak boleh mengqadzanya dengan sebab tuanya atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya maka hendaklah digantikan dengan fediah, iaitu memberi secupak makanan bagi tiap-tiap sehari kepada orang-oang fakir dan miskin jika ia ada kuasa memberinya.
6. Firman Allah s.w.t.dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 & 184 bermaksud:
يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْ اكُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ
الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـِّكُمْ تـَتـَّـقُوْنَ.(183)
اَيَّا مًا مَعْدُ وْدَتٍ ج فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًـا اَوْعَلىَ سَفَرٍ فَعِدَة ٌ
مِنْ أ َيَّامٍ أ ُخَرَ ج وَعَلـَى الـَّذِيْنَ يُطِيْقـُوْنَهُ فـِدْيَتٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ج
فَمَنْ تَطَوَّع َ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌلَهُ ج وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌلـَكُمْ اِنْ كـُنـْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ. (184)
Ertinya:
• Wahai mereka yang beriman, difardukan, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu takutkan Allah.
• Beberapa hari yang berbilang-bilang, )29 atau 30) maka barang siapa ada daripada kamu itu sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka wajib baginya berpuasa qada pada hari-hari yang lain.
• Dan atas orang-orang yang tidah sanggup mengerjakannya (jika mereka tida berpuasa) memberi fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa dengan kerelaan hatinya menegerjakan kebaikan (memberi makan lebih aripada seorang miskin) maka itu yang lebih baik baginya, dan bahawa puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
7. Kedatangan Ramadzan bererti suatu peluang besar bagi orang-orang yang beriman untuk memperkayakan dirinya dengan ibadah, kerana pada bulan Ramadzan itu ditingkatkan nilai segala pahala, amalan sunat dinaikan pahalanya sama dengan amalan wajib pada bulan lain, amalan wajib yang dikerjakan pada bulan Ramadzan dilipatgandakan menjadi tujuh puluh kali ganda. Selaian dari itu pada bulan Ramadzan juga ada satu malam yang nilai pahala padanya sama dengan 1,000 bulan.
8. Syarat –syarat Puasa.
• Beragama Islam yang aqal baligh.
• Suci daripada haid dan Nifas
• Bersempurna ‘akal sepanjang harinya.
• Tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu (1) Hari Raya Puasa (2)Hari Raya Haji (3) Tiga hari tasyriq (4)Hari Syak, iaitu hari yang ke 30 bulan Syaaban.
9. Hikmat berpuasa
• Melatihkan nafsu dan membiasakan dia pada menunaikan amanah bagi dirinya pada zahir dan bnatin.
• Melemahkan shahawat dan keinginan nafsu yang menjadi punca bagi maksiat.
• Merehatkan jentera tubuh badan.
• Mendatangkan perasaan insaf, kesihan belas kepada orang yang miskin.
• Memaksa sifat-sifat terpuji seperti sabar dan tekun dan lain-lain lagi.
10. Sunat bagi orang yang berpuasa:
• Segerakan berbuka apakala telah yakin masuk matahari (waktu maghrib)
• Bebuka dengan buah-buahan yang manis seperti korma yang masak atau air sejuk.
• Melewatkan makan sahur hingga lepas daripada tengah malam dengan niat menguatkan puasa pada siangnya (hampir masa terbit fajar)
11. Niat berpuasa:
Niat puasa Ramadhan bagi tiap-tiap malam:-
نَوَيْتُ صَوْمَ غَـدٍ عَـنْ أ َدَا ءِ فَرْضِ الرَّمَضَانِ
هـَذِهِ ا لـسَّـنـَـةِ للهِ تـَعَالىَ.
”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
• Sayugia ia pada malam yang pertama daripada bulan Ramadan hendaklah ia berniat akan sekalian hari bagi bulan Ramadan mengikut pendapat Mazhab Maliki, kerana jika ia terlupa berniat pada satu malam daripada bulan Ramadan itu maka sah puasa puasanya itu juga.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كـُلـِّهِ هَذّهِ للهِ تَعَالىَ
• Sahaja ku puasa bulan Ramdhan sekaliannya kerana Allah Taala.”
12. Niat bacaan bagiberbuka puasa:-
اَللـَّهُمَّ لـَـكَ صَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقـِكَ أ َفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ
يـَا أ َرْحـَمَ الـرَّحـَمَ الـرَّحِمِيْنَ.
“Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengaasih”
13..Rukun berpuasa :
• Niat – hendaklah niat di dalam hati antara Maghrib dan naik Fajar. Tidak sah berniat pada siang hari sekalipun ia terlupa berniat pada malamnya. Wajib ia qadha. Wajiblah juga dia menahan diri sebagai orang yang berpuasa.
• Memeliharakan daripada sekalian perkara yang membatalkan puasa.
14. Yang membtalkan puasa:
• Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga daripada yang terbuka.
• Muntah dengan sengaja
• Mengeluarkan mani dengan sengaja atau berkhayalan dalam perkara seks hingga terkeluar mani atau mazi
• Jimak dengan sengaja pada siang hari.
• Apabila terbatalnya puasa Ramadan itu dengan sengaja wajiblah ia qadhakannya.
15..Batal puasa kerana berjimak:
• Wajib ke atasnya qaddha dan mambayar kifarah.(denda)
• Kifarah itu ialah memerdekan seorang hamba Muslim, dan jika tiada upaya wajib berpuasa 60 hari berturut-turut dan jika tiada upaya juga wajib beresedekah 60 cupak (56 ½ kati) beras disedekahkan kepada 60 orang fakir miskin.
16.. Harus meninggalkan puasa:
• Kuat sangka dengan puasanya itu akan memberi mudharat kepada dirinya seperti perempuan yang hamil dan sebagai lagi.
• Kuat sangka akan memberi mudarat kepada orang lain seperti ibu-ibu yang mengandung.
• Orang yang lemah kerana sangat tua
• Orang yang musafir jauh hingga boleh sembahyang qasar –maka dia kenalah kadha puasanya itu.
17. Sunat bagi orang yang berpuasa :
• Berbuka dengan buah-buahan.
• Melewatkan makan sahur.
• Membaca doa ketika berbuka puasa.
• Membanyakkan beribadat pada siang dan malamnya.
18. Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa:
• Memamah sesuatu barang yang tiada keluar daripadanya sesuatu,seperti getah.
• Mandi berlebih-lebihanan.
• Bersugi gigi kemudian daripada telah gelincir matahari
• Mendakap atau memeluk isterinya berlebih-lebihan.
19. Melewat Qada Puasa:
• Orang yang lalai qada puasa Ramadan hingga masuk Ramadan yang lain, wajib menqada puasanya itu dan wajib membayar fediah secupak beras bagi tiap-tiap setahun; seumpama ia meninggalkan puasanya satu hari dan diqadanya kemudian daripada tiga tahun, maka wajib qada puasanya sehari dan fediah tiga cupak beras.
20... Kesimpulan beberapa hukum sekitar Puasa Ramadhan menurut Mazhab Al-Shafe’i: (1)
(1) – Rujukan “Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu ‘Ain’ oleh Akmal Hj.Mohd Zain terbitan Darul Nu’man dicetak oleh Erfan Hj.M.A.Ghani ,Wisma Yakin Kuala Lumpur m.s 245 - tahun 1994).
(1). Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan
Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa
sunat.(1)
(2). Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum terbit
fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk puasa
Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu
mestilah dengan ta’yin, yakni menyatakan puasa yang akan
dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah diniatkan
sebelum tergelincir matahari.(2)
(3). Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia
bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib
kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3)
(Kaffarah maknanya lihat para 15.diatas)
(4). Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa
Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun
puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad
Hambal.(5)
(5). Waktu mulai puasa dari waktu imsak iaitu apabila telah terbit
fajar sadiq. (Lihat taqwim Islam bagi masa yang tepat). (6)
(6). Apabila seseorang perempuan yang sedang haid berniat
puasa keesokan harinya sebelum haidnya berhenti, atau orang
yang berhaid menurut kebiasaan dengan sebanyak-banyak
waktu haid dan haidnya berhenti pada malam itu, maka sahlah
puasanya, walaupun ia belum mandi haid.(7)
No comments:
Post a Comment