Saturday, 11 June 2011







HAL EHWAL MUNAKAHAT




Khuluk berarti menanggalkan pakaian. Kerana perempuan sebagai pakaian laki-laki dan laki-laki pun sebagai pakaian bagi perempuan.
Fieman Allah swt:-
 ” Hunna Libasul  lakum Wa antum Liba sun Lahunna”
“Mereka (isteri - isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu pun pakaian bagi mereka.”   (Al-Baqarah ayat 187)

Khuluk dinamakan juga tebusan, kerana isteri menebus dirinya dari suaminya dengan mengembalikan apa yang pernah diterimaya atau mahar kepada isterinya.
Menurut ahli Fiqh, khuluk adalah “isteri memisahkan diri dari suaminya dengan ganti rugi kepadanya.”    Dasar pengertian ini ialah dari hadis riwayat Bukhari dan Nsaie  yang bermaksud:-

“Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas datang kepada Raulullah saw sambil berkta: “ Wahai Rasulullah! Saya tidak mencela akhlaq dan agmanya, tetapi tidak ingin mengingkarai ajaran Islam. Maka Jawab Rasulullah saw: maukah kamu mengembalikan kebunnya (Tsabit, suaminya)  jawabnya;” Mau… Maka Rasulullah saw bersabda; “ Terimalah, (Tsabit) kebun itu dan talaklah ia satu kali.”
b.         Berikan contoh lafaz Khuluk.

Contoh (1) bagi yang menerima tawaran seperti suami berkata kepada  seseorang lelaki “ Aku khuluk isteriku  dengan bayaran satu ribu ringgit ke atas zimmah (tanggungan) engkau” (lelaki itu)  maka terus lelaki itu menerimanya, maka sahlah khuluk itu dan ia bertanggungjawab membayarnya.

Contoh (2) bagi  yang meminta  dilakukanm khuluk seperti berkata seseorang ajnabi (orang asing) kepada seorang suami “ Awak khuluk isteri awak di atas satu ribu ringgit pada tanggungan aku” lalu suami itu terus khuluk isterinya di atas yang demikian itu.

c.          Berikan rukun dan syarat syarat khuluk;

      Jawapan.
      Rukun Khuluk ialah:-
(1)       Orang yang bertanggungjawab membayar tebus talak.
(2)       Al-Budz (faraj) wanita atau jimak.
(3)       Bayarn tebus talak
(4)       Suami
(5)       Sighah (lafaz ijab dan qabul).

       Syarat-Syarat bagi Setiap rukuan:-
(1)       Orang yang bertanggungjawab membayuar tebus talak itu ialah seorang yang tidak dihalang dari nengurus hartanya  sama ada ia isteri kepada suami yang berkenaan atau orang lain, lelaki atau pun perempuan dan sama ada ia yang menerima tawaran tebus  talak atau ia yang meminta    dilakukan tebus talak.

(2)       Disyaratkan pada budz (faraj) hendaklah ia milik bagi suaminya. Maka isteri yang sedang dalam iddah talak Rajaie  sah dan boleh dikhuluk, kerana ia dianggap masih seperti isteri pada kebanyakan hukum. Berlainan dengan isteri yang ditalak Bain, kerana ia telah terputus hubunga suami isteri, maka tidak sah dikhuluj keatas ianya yang dalam talak bain.

(3)       Disyaratkan pada bayaran   tebus talak itu hendaklah ia terdiri dari sesuatu yang dikehendaki (dihajati) oleh suami. Kalau dengan bayaran yang haram dari segi syarak tidak sah khuluk itu bahkan jatuh talak Rajaie tanpa wajib sebarnag bayaran tanpa berhajat pada sesuatu.

(4)       Disyaratkan pada suami bahawa ia seseorang yang sah untuk menjatauhkan talaknya.

(5)       Disyaratkan pada sighah atau ijab dan qabul tidak diselangi di antara kedua-duanya oleh perkataan yang tidak releven dengan khuluk.



d.         Adakah khuluk dibolehkan semamsa isteri dalam haid?

Jawapan.

 Pada asalnya khuluk dalam masa haid adalah haram, tetapi dikecualikan apabila seseorang itu menceraikan dengan bayaran atau khuluk isterinya.
Firman   Allah swt yang bermaksud:-

‘Maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberi oleh isteri untuk menebus dirinya.”

Dan Nabi s.a.w. memberi keizinan kepada Thabit bin Qais melakukan khuluk tanpa bertanya dan mengkaji kedudukan isterinya ketika itu adakah ia sedang haid atau tidak sedangkan haid itu suatu tabiat dan jarang-jarang sekali wanita yang tidak ada haid.  Ini menandakan tidak dilarang melakukan khuluk dalam masa haid, kerana  seorang wanita apabila dia sanggup memberi bayaran tebus talak bagi membebaskan dirinya bererti dia redza bagi dirinya  dengan  pemanjangan iddah.

e.          Terangkan hukum berkhuluk menurut ulama  fiqh:-

(1)       Makurh – jika  tidak ada sebab-sebab  yang nunasabah mendorong ia khuluk.

(2)       Sunat – Apabila isteri berakhlak buruk dengan suaminya.

(3)       Harus – Diharuskan khuluk bagi mereka yang bersumpah bertalak dengan talak tiga  kalau tidak melakukan sesuatu yang mesti ia lakuakan seperti makan, miunum atau masuk dalam rumah, maka ia bertebus talak agar dapat melepaskannya dari berkaku talak tiga.  Para ulam’ berpendapat sunat dilakukan khulu.

(4)       Terbatal – apabila seorang suami menahan nafkah isteri dengan tujuan supaya isterinya bertebus talak darinya, maka terbatal khuluk cara ini.

f.           Jelaskan pandangan Ulama Fiqh adakah khukluk itu Fasakh atau talak..

Fasakh ialah perceraian yang tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, sebaliknya talak ialah perceraian yang mengurangkan bilangan talak hak suami.
Jika dalam perceraian itu digunakan lafaz talak dengan bayaran seperti kata suami “Aku talakkan engkau dengan seribu ringgit” maka ini dianggap talak yang mengurangkan bilangan  tanpa khilaf ulama’.
    
    Penceraian dengan lafaz khuluk pula menurut pendapat yang muktamat   
   dianggap talak yang juga mengurangkan bilangannya.  Begitui juga
   jika digunakan lafaz  “Aku tebuskan engkau dengan satu ribu ringgit”,
   maka ia dianggap talak menurut pendapat yang sah


g.          Terangkan sama ada khuluk boleh di rujuk semula.

Apabila seseorang lelaki telah mentalakkan isterinya dengan bayaran atau khulu’ isterinya, maka suami tidak boleh lagi merujuk isterinyaa yang diceraikan itu, walau pun perceraian itu hanya dengan satu atau dua talaq sahaja., sama ada bayaran yang disebut sah atau fasid, melainkan dengan pernikahan yang baru yang perlu mengikuti beberapa proses yang tertentu..
h.         Terangkan adakah semua  perceaian secara khuluk dianggap talak bain?
Talak adakala Bain dengan wajib membayar kadar yang disebut sewaktu melafaz talak.  Jika sah lafaznya dan sah sebutan bayarannya,. Adakala bain dengan mahar mithil, iaitu jika bayaran tebusan itu sahaja yang TIDAK sah sedangkan ia dikeheneaki.
Adakalanya jautuh takak Rajaie apabila sighah yang digunakan itu fasad (tidak sah) seperti katanya “ Aku khulukkan engkau dengan satu ribu ini dengan syarat aku boleh rujuk.” Maka bayaran itu fasad dan tidak dikehendaki.
Begitu juga adakalanya tidak jatuh talak sama sekakli iaitu jika ditaklikkan dengan sesuatu yang tidak wujud.

  

 

Berikan pembahagian dan  huraian mengenai  Talak:-


Pembahagian talak.

Dalam istilah Agama talaq artinya melepaskan ikatan perkahwinan atau bubarnya hubungan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan terputusnya aqad perkahwinan terbahagi kepada  dua bahagian iaitu perceraian yang boleh dirujuk iaitu yang dikenali dengan Talak Rajaie dan perceraian yang tidak boleh dirujuk semula iaitu dikenalai dengan Talak Bain.

Talak Rajaie


Ialah yang boleh dirujuk selagi mana isteri yang dicerai dengan talaq satu atau dua msih lagi dalam ‘iddah.  Suami boleh kembali semula kepada bekas isterinya dengan hanya mengucapkan lafaz rujuk dan dengan syarat-syarat tertentu. Ini bermakna ia tidak memerlukan kepada aqad perkahwinan yang baru untuk kedua suami isteri kembali bersatu semula.

 Talaq Bain

Ialah perceraian yang tidak membolehkan suami kembali rujuk kepada isterinya semula walaupun dalam masa ‘iddah. Talak Bain tidak memberi kuasa rujuk kepada suami.  Sekiranya mereka ingiaan bersatu semula sebagai suami isteri, pernikahan baru hendaklah dilakukan sebahgaimana perkahwinan yang pertama dahlu dengan melalui berbagai-bagai proses yang tertentu.

3. Huraikan mengenai hak-hak isteri yang diceraikan.
Jawapan,
Seorang isteri yang telah diceraikan mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan oleh bekas suaminya sekiranya  isteri itu masih lagi di dalam iddah. Hak ini bergantung kepda jenis perceraian sama ada mati suami, talak rajaie atau talak bain. Perkara-perkara tersebut ialah:-
a.           Tempat tinggal
b.           Nafkah Iddah
c.            Mu’taah (sagu hati) bagi perceraian hidup sahaja
Tempat Tinggal.
Tempat tinggal hendaklah disediakan oleh suami bagi semua perceraian sama ada yang beriddah dengan kematian suami, talak rajaie, talak bain atau fasakh kecuali yang nusyuz sahaja.
Fifman Allah swt yang bermaksud:-
    “Tempatakanlaha isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu”
                                                                                   (Al-talq ayat 6)
Nafkah Iddah
Nafkah iddah atau saraan hidup menjadi hak isteri yang ditalaq rajaie, kerana ia masih lagi  seperti hukum isteri. Kewajipan nafkah isteri ini tidak berpindah kepada iddah suami mati, kerana sekiranya iddahnya  belum berakhir maka berpindah iddahnya kepada iddah mati dan purtuslah nafkahanya. Walaupaun ia sedang mengandung.
Bagi yang dicerai dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah iddah kecuali jika ia mengandung maka berhak nafkah kerana mengandung,walau pun suami meninggal dunia pada waktu iddah cerai belum berkhir kerana iddah bercerai tetap terus berjalan dan tidak  berpindah kepada iddah mati.
Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapt naafkah dan  tempat tinggal.

Muta’ah (sagu hati )bagi perceraian hidup sahaja.
Muta’ah ialah satu jenis hatrta yang wajib ke atas suami memberikannya kepada issteri yang telaha dicieraikana padqa masa hidup dengan talak dan semumpamanya dengan syarat-syarat tertetnu.
Pemberian ini  sama ada berupakan wang, pakaiana, makanan, harta dan sebaginya.  Firmnan Allah swt yang bermaksud:=-
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak medapdapat muta’aj (pemberian sagu hati) dengan cara yang pataut sebagai satu tanggungn yang wajib atas orang-orang yanag tgaqwa.”
                                                                            (Al-Baqarah ayat 241 )

        c…  Talaq secara bain dan Rajaie.

                 ( Rujuk perkara  2 a. di atas.)

4. Bab ‘Iddah Perceraian

        a…   Sebab Wajib Iddah
Diwajibkan seseorang isteri itu beriddah ialah kerana tiga sebab:-

(1)  Perceraian dari suami yang hidup dengan talak satu atau lainnya.

Hendaklah perceraian itu terjadi setelah berlaku persetubuhan yang sebenar dalam perkahwinan yang sah atau fasid atau dalam keadaan syubhah, sama ada persetubuhan itu halal atau haram (seperti wati isteri yang sedang haid atau berihram haji atau umrah). Kalau tidak ada berlaku persetubuhan  tidak ada   iddah walau pun ada berlaku khalwat diantara mereka berdua. Hendaklah suami dan isteri itu orang yang munkin boleh dilakukan persetubuhan.

(2)   Wati Syubhah
Ialah  persetubuhan yang berlaku dalam keadaan syubhah tentang halalnya seperti persetubuhan yang berlaku dalam perkahwinan yang tidak sah. Atau menjadi syubhah bagi pihak lelaki yang menyangka perempuan yang di wati itu isterinya, tetapi ia bukan isterinya. Maka perempuan itu wajib beriddah sama ia dara atau janda, isteri orang atau tidak.
Wati syubhah ialah persetubuhan yang tidak wajibkan dikenakan hukum hudud ke atas lelaki yang berwati, ada kemungkinan perempuan itu boleh dikenakan hukum hudud seperti yang  sudah baligh atau  perempuan yang berakal dan sebagai lagi, wajib ianya beriddah kerana menghormati air maninya.

(3)   Kematian suami.
Seorang perempuan itu wajib beridah kerana kematian suami, maka wahjib ianya beriddah walaupun ia belumn lagi disetubuhi atau sedang menjalani iddah talak rajaie yang belumn tamat.

   
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan isteri-iseteri yang  diceraikkan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
                                                                               (Al-Baqarah ayat 228 )

Para ulama’ mujtahidin sekata sependapat (ijma’) bahawa ‘iddah adalah suatu hukum yang telah diperuntukkan melalui al-Quran dan al-Sunnah, bahkan ia termasuk dalam sejumlah hukum yang diketahui dengan mudah dalam Islam..


 b……Pembahagian Wanita yang Beriddah.   (nota m.s,. 62)
Wanita yang beriddah dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu:-
 Pertama -Wanita yang diceraikan dalam perceraian hidup dengan talak atau fasakh dan wanita yang diwati syubhah dan idahnya seperti berikut:-

(1)  Wanita yang berhaid atau pernah datang haid dan tidak mengandung waktu di cerai, maka iddahnya tiga kali suci.

Firman Allah  swt yang bermaksud:-
                     “Dan isteri-isteri yang dicieraikan itu hendaklah menunggu
                     dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga 
                      furu’ (suci)”      (Al-Baqarah ayat 228)

(2)  Semasa diceraikan tiba-tiba datang haid kali pertama dalam hidupnya maka suci itu tidak dikira, kerana tidak berada diantara dua darah, oleh itu ia memerlukan tiga kali suci lagi selepas haid itu  (jadi 4 kali suci)

(3)  Perempuan yang  pernah datang haid  selepas diceraikannya walau pun satu minit selepas diceraikan, haid pun datang maka ia telah memperolehi satu haid, dan iddahnya akan berkahir dengan masuk haid kali ketiga.

(4)  Bagi yang diceraikan dalam masa haid iddahnya akan berkahir apabila masuk  haid yang keempat selepas bercerai.

(5)  Kalau ia dicereai sermasa nifas (beranak) maka ia memerlukana  tiga kali suci selepas nifias, nasa nifas itu  tidak dikira idahnya akan berkahir dengan masuk haid keempat.

(6)  Bagi perempuan yang putus dari haid maka hendaklah ia beriddah selama tiga bulan.
    

           Kedua - Perempuan yang mati suami  mempunyai iddah berikut:-

(1)              Yang Mengandung
Jika ia mengandung maka iddahnya ialah hingga  melahirkan kandungan dengan  sempurna. Juga hendaklah kandungan  itu boleh di nasabkan kepada suami yang mati   
Jika kandungan itu berpunca dari wati sayubhah maka iddahnya empat bulan sepuluh hari selepas melahirkan kandungan itu.
Jika ia mengandung dengan sebab berlaku wati syubhah dalam masa iddah hendaklah di sempurnakan yang baki itu selepas melahrikan anak, kerana iddah mengandung mestilah didahulukan daripada iddah mati

(2)              Yang Tidak mengandung
Jika seorang itu yang kematian suami  tidak mengadung sama ada disetubuhi atau belum maka iddahnya empat bulan sepuluh hari  dan malamnya, walaupun isteri itu berada dalam iddah talak rajaie, maka ia tetap kena beriddah empat bulan sepuluh hari juga dari trikh kematian suaminya itu.



                  h….Hikmat Wajibnya iddah  (nota m..s. 58)

Untuk mengetahui bersih rahim seseorang wanita yang telah diceraikan sehingga tidak bercampur antara keturunan suami pertama dan suami keduaa.

Memberi peluang kepada suami iseri yang berpisah untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga semula.

Sebagai menyanjung tinggi urusan perkahwinan betapa apentingnya perkahwinan dibina.

Untuk menyatakan kesedidhan dan berkabung (ihdad) di atas kematian suami yang dikasihi dan berakahir  nikmat satu perkahwinan.




                  i….Permulalan perkiraan Idaah

                  Dikira sebaik sahaja terjadi perceraian, sama ada kematian, talak dan sebagainya. Sama ada perempuan itu tahu atau tidak ianya dicerai atau kematian suaminya, maka tarikh iddah  itu bermula dari tarikh yang berlaku kejadian dan bukannya  tarikah yang ia tahu. Contohnya seorang perempuan    telah dicerai pada bulan Muharram, kemudian  dia diberitahu pada bulan Rabiul Akhir, sedangkan dalam masa tiga bulan itu isteri tadi melalui tiga atau empat kali suci, maka ia tidak perlu lagi memulakan iddah baru setelah diberitahu, bahkan   ia boleh berkahwin pada hari itu juga.


              j…..Pertukaran  iddah Suci kepada idah Bulan

             Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya yang pernah berhaid, kemudian ia meninggal dunia sedangkan isterinya belum lagi habis iddahnya, maka jika perceraian itu talak rajaie hendaklah ia beriddah dengan iddah mati suami, iaitu empat bulan sepuluh hari dari tarikh kematian suaminya itu.  Tetapi jika talak bain atau fasakh maka iddahnya tidak akan berubah kerpada iddah mati pula.


                     k…..Pertukaran Iddah Bulan kepada  Quru
                     Apabila seoranhg perempuan telah mulai beriddah dengan bulan kerana kecilnya atau tidak pernah lagi datang haid tiba-tiba datang haid maka wajiblah ia berpindah kepada iddah quru’.
                    

                    Tempoh iddah yang paling kurang.
                   Tempoh masa yang mungkin berakhir iddah ialah 32 hari.

               Perempuan Berzina tiada iddah,
              Tidak wajib beriddah perempuan yang melakukan persetubuhan 
              perzinaan.


5.  Bab Rujuk dari perceraian
1.         Rujuk dari segi  istilah ialah mengembalikan isteri yang telah ditalak rajaie (bukan  bain) kepada perkahwinan asal sebagai isteri sepenuhnyaa di dalam iddah dan dengan syarat-syarat tertentu.

2.         Rukun rujuk dan syarat–syarat sah rujuk:
(1)  Al-Murtajie –.
Suami atau mereka yang mengambil tempat suami.
(2)    Kedua iaitu tempat yang dirujuk
                   (3)..  Yakni sighah (lafaz)

       3.       Syarat-Syarat rujuk
(1)              Murtaji’orang yang mempunyai kelayakan berkahwin dengan sendirinya, iaitu seorang yang berakal, baligh dan membuat pihlihan sendiri.

(2)              Isteri yang dicerai itu boleh menjadi halal bagi suami yang merujuk. Tidak sah merujuk isteri yang murtad pada ketika iddahnya,


(3)              Isteri yang diceraikjan itu hendaklah ditentukan atau dipastikan yang berkenaan.

(4)              Hendaklah isteri itu yang  telah disetubuhinya. Tidak sah    rujuk dengan isteri yang tidak disetubuhi  kerana telah mejadi talak bain.
(5)              Hendaklah perceraian itu dengan talak, maka tidak sah rujuk isteri yang dicerai dengan fasakh atau khuluk.
(6)              Hendaklah talak itu tidak sampai kadar maksima
(7)              Hendaklah talak itu tanpa bayaran
(8)              Hendaklah rujuk itu dilakukan sebelum berkahirnya iddah.


6.  Implikasi Rujuk secara Perbuatan.
Adapun perbuatan seperti bersetubuh dan bercium, berdakap, berpeluk dan sebagainya, maka tidak akan hasil rujuk dengannya menurut mazhab Shafie, bahkan hukmnya adalah haram kerana  talak menghilangkan perkahwinan.
Pendapat mazhab selain dari Shafiee boleh dilakluklan dan sah.

Pendpaat yang sebenarnya adalah rujuk dengan lafaz sahaja yang sah  dan          dengan perbuatan ulama tidak sepakat mengeashkannya,


7. Implikasi  Rujuk –Perbuatan wati syubhah isteri boleh dituntut makan.









8…..Perbezaan Fasakh dengan talaq melalui mahkamah – tidak mengurangkan talaq.

Mempasakh akad nikah berarti membatalkannya dan melepaskan ikatan pertalian antara suami isteri. Fasakh terjadi kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi pada akad nikah atau kerana hal-hal lain datang kemudian yang membatalkan kelangsungannya perkahwinan.

Contoh fasakh kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi dalam akad perkahwinan ialah:-
1.     Setelah akad nikah ternyata isterinya adalah  saudara sesusuan.

2.     Suami-isteri masih kecil diakadkan oleh selain ayah atau datuknya, kemudian setelah dia dewasa maka ia berhak untuk meneruskan ikatan perkahwianannya dahulu itu atau menghakhirinya. Khiyar ini disebut khiyar baligh.  Jika yang dipilih mengajkhiri ikatan suami-isteri maka hal ini disebut fasakh akad.

Contoh fasakh kerana hal-hal mendatang setelah akad ialah:-
1.           Bila salah seorang dari suami-isteri murtad dari   Islam dan tidak mahu kembali sama sekali. Maka akadnya fasakh (batal) disebabkan kemurtadan yang terjadi belakangan ini.

2.           Jika suami yang tadinya kafir masuk Islam, tetapi isteri tetap dalam kekafirannya,iaitau tetap jadi musyrik, maka akadnya batal (fasakh).

3.           Pisahnya suami isteri akibat fasakh berbeza daripada kerana talaq..  Sebab talaq ada talaq rajaie dan talaq bain. Talaq rajaie  tidak mengakhiri ikatan suami-isteri dengan seketika.  Dan talaq bain menghakhirinya ikatan perkahwinan seketika itu juga.

4.           Adapun fasakh baik kerana hal-hal yang terjadi belakangan ataupun kerana adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, ia mengakhiri ikatan perkahwianan sekektika itu  juga.

5.           Selain itu pisahnya suami isteri kerana talaq dapat mengurangkan bilangan talaq. Jika suami mentalaq isterinya dengan talaq rajaie, lalu rujuk lagi semasa iddahnya, atau akada lagi sehabis iddahnya, dengan akad baru, maka perbuatannya dihitung satu kali talaq dan ia masih ada kesempatan melakukan talaq dua kali lagi.

6.           Adapun pisahnya suami isteri kerana fasakh, maka hal ini tidak berarati mengurangi bilangan talaq, sekalipun terjadinya fasakh kerana khiyar baligh, kemudian kedua  orang suami-isteri tersebut kawin dengan akad baru lagi, maka suami tetap punya kesempatan tiga kali talaq.

7.           Pisahnya suami isiteri kerana suami dan samasekakli tidak ada pengaruh isteri disebut talaq. Dan setiap perpisahan suami-iiteri kerana isteri, bukan kerana suami, atau kerana suaami tetapi dengan pengaruh dari isteri disebut fasakh.

9.  Bab Hadanah-
           a..   Takrif  hadanah

           Para ahli fiqh mendefinasikan ialah  ‘Melakukan pemiliharaan anak-anak yang masih kecil laki-laki ataupun perempuan atau yang sudah besar, tetapi belum tamayiz, tanpa perintah dari padanya, menyediakan sesuatu yang menjadikan kebaikannya, menjaganya dari sesuatu yang menyakiti dan merusaknya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar mampu berdiri sendiri menghadapi hidup dan memikul  tanggungjawabnya.



          b…  Susunan penjaga Atau Pengasuh

Bahawa penjaga yang paling baik ialah ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang masih di dalam pertalian perkahwinan. Jika mereka bercerai maka pendapat ulama’ bahawa hak menjaga kanak-kanak itu diutamakan kepada ibu kerana ibu lebih mamapu untuk mengurus anak-ana kecil, lebih sayang dan lebih sabar. Ia tidak halang perhubungabn anak tersebut dengan ayahnya.
Berikut susunan penjagaa hadanah:-
1)     Nenek sebelah ibu hingga ke peringkat atas
2)     Bapa
3)     Nenek sebelah bapa hingga ke perinbgkat atas
4)     Saudara perempuan seibu sebapa
5)     Saudara perempuan seibu
6)     Saudara perempuan sebapa
7)     Anak perempuan kepada  kakak atau adik perempuan seibu sebapa
8)     Anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu
9)     Anak perempuan kepada kakak atau anak kepada adik perempuan seibu
10)         Emkak suadara seibu sebapaa (pihak ibu)
11)         Emak saudara sebapa (pihak ibu)

Syarat-syarat pengasuh atau penjaga”-
(1)       Sempurna akal
(2)       Merdeka
(3)       Islam
(4)       Adil
(5)       Bermukim di tempat anak itu tinggaal
(6)       Tidak berkahwin dengan lelaki yang ajnabi
(7)       Dewasa
(8)       Tidak cuai (tidak sibuk)
(9)       Tidak buta atau cacat anggota.
(10)   Tidak  mempunyai penyakit yang berterusan
(11)   Bukan  seorang yang murtad
(12)  Tidak mengamalkan akhlak yang buruk
(13)  Penjaga hendaklah seorang yang cerdik (tidak bodoh)

Tempoh Hadanah
Sejak kanak-kanak itu dilahairkan sehinggalaha ia mumayiz atau lenbih kurang tujuh tahun bagi lelaki dana sembilan tahun nbagai  perempuan.


Kuasa Mahkamah Menentukan Penjaga Bagi Kanak-kanak

Soal siapakah yang patut didahulukan di antara kedua ibu bapa itu ulama bersependapat bahawa agar didahulukan mereka yang suka berubuat baik dan ihsan serta berkemampuan memelihara dan menjaga anak tersebut.  Jika ibunya seorang yang lalai dan cuai dalam menjaga anak itu  dan  bapa mempunyai syarat itu maka bapalah yabng diutamakan.
Mahkamah pula beerkuasa untuk menem,patkan siaapakah yang layak dan lebih cekap untuk kenjaga kanak-kank itu.

10.                        Kaffarah Zihar.
Apaklah kaffarah itu.

Terdapat empat jenis kafarat. iaitu (1) kAfarat zihar, (2) kAfarat bunuh tanpa sengaja, (3) kAfarat kerana bersetubuh di siang hari bulan Ramadzan dengan senghaja dan  (4) kafarat sumpah.

Perkara yang wajib di tunaikan di dalam kafarat-kfarat pertama (1), kfartat zihar, kedua (2) kfarat bunuh  tanpa sengaja,  dan ketiga (3) kfarat kerana bersetubhuh di siang hari dalam bulan
Ramadzan ialah: secara mengikut tertib, iaitu memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu berbuat demikian, maka wajiblah berepuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.. Hanya kafarat bunuh sahaja yang tidak terdapat kewajipan memberi makan kepada fakir miskin, kerana ia hanya dibataskan kepada yang dinyatakan dalam nas.

Kaffarah iaitu memerdekakan seorang budak perempuan. Jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga memberi makan 60 orang miskin, kerana Allah s.w.t  berfirman:

Berfmaksud:” Dan orang-orang yang nenzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka  mencabut kembali apa yang mereka katakan, maka hendaklah dikenakan kifafrat…..”
                                                                    (Al-Mudalah ayat 3 dan 4 )
   

   Apakah Zihar itu.

   Zihar artinyta punggung. Maksudnya Suanmi berkata kepada isterinya; “Engkaua dengan aku seperti punggung ibu ku.” Islam  menetapkana isteri yang dizihar haram dikumpuli sebelum membayar kaffarah kepada isterinya. Sekalipun suami yang menzihar isterinya hanya bermaksud untuk mentalaqnya sahaja, tetapi secara hukum tetap dipandang dizihar.

Dan  jika dengan ucapan thalaq dimaksud zihar, tetapi secara hukum tetap talaq. Sekiranya suami berkata “Engkau denganku seperti punggung ibuku.” Sedang maksudnya hanya mantalaq, maka hukumnya bukan sebagai mentalaq tetapi zihar.  Dan zihar tidak menyebabkan isteri tertalaq.
Haram suami yang menzihar isterinya menyetubuhinya sebelum kaffaranya dibayar, dan kaffarah taidak hapus dan tidak menambah.

Zihar hanya boleh dibuat oleh suami yang beraqal sehat, dewasa lagi Muslim dan perkahwinannya dilakukan secara sah lagi dikuatkan menurut hukum.
Aakibat zihar ssuami yang telah menzihar isterinyaa dengan sah telah m,enimbulkan dddua fakriot iaitu:
(1)              Haram menyetubuhi isterinya sebelum ia bayar kafarah szihar, kerana Allah swt berfirman
         “MIN QABLI  AN YATAMA SAA”
        (   sebelum mereka berdua bersetubuh.)
(2)              Wajib bayar kafarah dan berhak kembali lagi.

                                  ====================


                -----------------------OOOOOOOOOOO---------------------
             CHE DAN AHMAD





           








No comments:

Post a Comment