Email :- hjdan@myjaring.net
JADIKANLAH IKTIBAR BULAN GERHANA
Aku memang suka sangat melihat bulan mengembang, kerana aku mendapat manfaat dari bulan mengembang itu iaitu aku senang berjalan melalui batas-pbatas bendang semasa balik dari masjid waktu malam selepas solat Isyak.
Pada malam 16 Jun 2011 waktu akau nak ke masjid untuk bersama anak kariah mengerjakan Qiamullail pada malam berkenaan. Tiba-tiba aku lihat bulan jadi gerhana, yakni bulan dah mula gelap. Baru aku teringat siaran dalam akhar Berita Harian bahawa malam ini bulan jadi gerhana. Aku cepat-cepat ke masjid. Bila sampai di masjid Pak Imam sedang beri taklimat cara-cara hendak mengadakan solat gerhana bulan malam itu. Tepat jam 2.30 kami mulakan solat gerhana bulan. Selepas solat gerhana bulan Pak Imam berkhutbah. Aku dengar khutbah itu dengan khyusuk kerana jarang-jarang benar aku dengar khutbah gerhana bulan. Rasa ku smenjak ni aku hanya sekali saja dapat dengar khutbah bulan gerhana iaitu tahun yang lalu.
Antara isi kandungannya ialah:
1. Bersempena dengan kejadian gerhana bulan ini marilah kita membanyakkan taubat kepada Allah kerana kita adalah hambaNya yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Pohonlah keampunan kepada Allah secara bersungguh-sungguh semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan berdoalah kepada Allah dengan yakin. Semoga Allah menerima doa yang telah kita pohonkan itu.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran, surah Al-Imran ayat 133 dan134: ”Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa: iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan sausah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat demikian.”
3. ”Bersempena dengan gerhana bulan ini umat Islam digalakkan membanyakkan sedekah. Oleh itu janganlah bertangguh lagi. Gunakanlah peluang dan kesempatan ini untuk mengeluarkan perbelanjaan daripada harta dan wang ringgit yang ada dan hulurkan sedekah kepada orang-orang yang layak menerimanya atau kepada masjid atau rumah ibadat atau rumah kebajikan. Firman Allah dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 261 ”Misalnya orang-orang yang menafkahan harta-hartanya pada jalan Allah, seperti sebuah biji benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendakikNya, dan Allah luas kurnianya laghi Maha Mengetahui.”
4. Dalam masa yang sama kita hendaklah menjadikan kejadian gerhana ini sebagai peringatan kepada kita supaya tidak lalai daripada mengingati Allah pada setiap masa. Apabila kita sentiasa ingat kepada Allah maka Allah juga sentiasa ingat kepada kita. Justeru itu Allah berikan kepada kita segala nikmat yang kita perlukan seperti rezreki, kesihatan, pahala, keampunan, rahmat dan semua keredaanNya.
5. Kesimpulannya gerhana bulan yang terjadi mampu melonjakkan nilai iman dan taqwa hamba-hamba Allah di mana mereka akan berlumba-lumba memohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa yang telah dilakukan dan berlumba-lumba pula melakukan kebajikan disamping berdoa mengharapkan anugerah pahala daripada Allah s.w.t”
Aku tersentak daripada khyusuk mendengar khutbah itu lalu ingat pula pada kain pemidang yang di rentang di tepi masjid, yang terlukis gambar bulan penuh. Ingat aku jaga-jaga bulan lagi jadi gerhana, masakan gambar bulan ni juga akan koyak. Jangan dok papar kat masjid...!
Serkian, wassalamu alaikum.....!
------------------oooo-------------------
No comments:
Post a Comment