Friday, 3 June 2011
Masalah AMasalah 362 -- APAKAH BERAMAL SOLEH DAN BERTAUBAT?... ! وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. ( At-Talaq; ayat 11) “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di di bawahnya, serta kekal , mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka” )At-Talaq; ayat 11( Huraian. Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t. membangkitkan yang beriman kepada Allah s.w.t. Bagaimana beriman itu, kita kembali kepada 6 Rukun Iman iaitu:- 13. Beriman kepada Allah. 14. Beriman kepada Malaikat 15. Beriman kepad KitabNya 16. Beriman kepada Rasul-Rasul Nya 17. Beriman kepada Hari Akhirat 18. Berimankepada Qada’ dan Qadar. Perkara yang kedua Allah s.w.t. ingatkan barang siapa Beramal Soleh maka mukmin itu akan di masukkan ke dalam syurga. Bagaimana beramal soleh itu ialah: 7. Sentiasa mengerjakan solat wajib yang lima waktu. 8. Mengerjakan soloat-solat sunat yang di suruh a. Solat Tahajjud b. Solah Tasbih c. Solat Taubat d. Solah Hajat e. Solah Witir f. Sola Awwabin g. Solat Dhuha h. Solat Al-Isyraq 9. Menunaikan Zakat 10. Memberi sedekah 11. Membuat Wakaf 12. Menjauhkan perkara-perkara yang ditegah. (a) Segala perbuatan haram (b) Berdengki kianat (c) Memutuskan tali persehabtan (d) Becakap takbur dan bohong (e) Munkir janji (f) Bersifat bakhil dan kedekut (g) Menipu sesama Islam (h) Berjudi (i) Berzina (j) Mimum arak (k) Dan banyak lagi 7. Maka jika beramal soleh Allah berjanji akan masukkan kita ke syurga. Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. Firman Allah s.w.t.P يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ تَوبَةً نَصُوْحًا. (التحريم: 8) Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas). Firman Allahs.w.t. ”- وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110) Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehi, Allah Pengampun lagi penyayang. (An-Nisa’ ayat 110) Firman Allah s.w.t. “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53) Firman Allah lagi :- • إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222) Firman Allah s.w.t. lagi :- وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31) Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. Kresimpulan: Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara: (1) Menyebabkan ilmu taubat itu kita mengenal tentang besarya dan beratnya dosa-dosa kita itu. (2) Dosa itu sebagai Tabir yang menyebabkan keadaannya kita terpisah dengan Allah s.w.t. (5) Menyebabkan perbuatan kita meninggalkan dosa yang sedang bergelumang dalam diri kita. Seruan. • Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. • Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan. • Bersegeralah bertaubat. Masalah 363 – KERJAKANLAH IBADAT-IBADAT SUNAT UNTUK MENAMPUNG KEKURANGA DALAM PERKARA IBADAT YANG WAJIB. Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sagama Islam Bab 361
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment