Friday 3 June 2011

Bertaqwalah kepada Allah s.w.t.

TAZKIRAH  BAB  AMALAN  AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------

Bab 4  - Bertaqwalah Kepada Allah (internet)    (  * 04 )


عَـنْ أ َبِيْ ذ َرِّ رَضِىَ الله قـَالَ قـُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ أ َوْصِنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَقْوَى اللهِ فـَإِنـَّهُ رَأْ ْسُ الْأ َمْرِ كُلـِّهِ قـُلـْتُ يـَا رَسُولُ اللهِ زِدْنِيْ قـَالَ عـَلـَيْكَ بِتـَلْاوَةِ الـْقـُرْآنِ فإِنـَّهُ نـُوْرٌ لـَكَ فِى الْأ َارْضِ وَذُخْرٌ لـَكَ فِى السَّمَاءِ.    (رواه ابن حبان في صحيحه في حديث طويل)
Maksudnya:
Hazrat Abu Zar r.a. meriwayatkan aku telah berkata Wahai Rasulullah, nasihatkan saya. 
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“:Bertawqwalah kepada Allah s.w.t. kerana taqwa adalah asasa bagi segala amalan.”
 Saya berkata lagi. Tambahkanlah untuk saya. Baginda s.a.w. pun bersabda: 
Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah Nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu pada hari akhirat.
Ulasan:
Sememangnyanya sifat taqwa adalah asas bagi segala amalan yang baik. Sesiapa yang hatinya ada perasaan takut kepada Allah s.w.t. maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan berasa sebarang kesempitan.  Firman Allah s.w.t.

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.  وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ
 شَىْءٍ قـَدْرًا (3)
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.(2)  Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3)  (At-Thalaq(65), (2 dan 3)

Mengenai fadhilat al-Quran maka dalam hadis di atas  telah diterangkan nur daripada pembacaan al-Quran itu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang nahfumnya bahawa rumah-rumah yang ada amalan pembacaan al-Quran bercahaya-cahaya kepada penghuni-penghuni di langit sebagaimana bintang-bintang bergermerlapan kepada penghuni-penghuni  bumi.

Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. akan melepaskan dia dari segala masaelah hidupnya. Dan Allah s.w.t. akan memberikan rezeki kadapadanya dari sumber-sumber yang dia tidak diduga.  Percayalah dan bertaqwalah...!

 Apakah dan bagaimanakan tawqa yang dimaksudkan itu. Sesunguhnya taqwa itu merangkumi mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Ini termasuk juga mengerjakan segala perkara-perkara yang sunat-sunat, mengamalkan akhlak yang mulia dan meninggalkan segala yang haram dan makruh dan tidak melakukan atau menjauhi segala akhlak yang tercrela.

Disamping kita mengerjakan solat-solat lima waktu yang wajib dan pada masa-masa yang di perintahnya dengan tidak melewatkan mengerjakannya amalan tersebut, maka kita bangun ditengah-tengah malam mengerjaklan solat-solat malam yang sunat itu.Kita membaca al-Quran dan memahaminya, dan kita ikut apa yang diperintahkan dalam al-Quran itu. Kita mengerjakan Solat Taubat dan bertaubat nasoha yanki taubat yang tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa-dosa tesebut.

Kita mengerjakan puasa Ramadhan dengan secukupnya dan kita mengerjakan pula puasa-puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban dan puasa sunat harian yang ditentukan.

Kita bersedekah dengan apa rezeki yang telah Allah berikan kepada kita, dan jangalah kita bersifat bakhil atau kedekut.

Kita menunaikan fardhu Haji bilamana kita ada kemampuan untuk diri kita melakukannya, jangan tunggu hingga masa tua atau selepas bersara dari jawatan kerajaan.

Kita hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang mulia iaitu menghubungkan solitaurrahim antar satu sama lain, menuntut ilmu atau rajin hadir ceramah-ceramah agama, hilangkan perasaan marah dan dendam, tidak berdengki khianat. Tidak terlalu kikir harta atau wang, tidak riakkan diri, tidak gila pangkat, tidak takbur diri, tidak amalkan hal kebendaan dan kewangan, bersifat sabar, bersifat syukur, bersifat ikhlas, sentiasa menjaga lidah atau tidak membuat fitnah, mengamalkan amar makruf nahi munkar atau jauh dari perbuatan kemungkaran dan mencegah kemungkaran itu,dan sebagai lagi.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

 الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج

 وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
                                                                (Ali-Imran ayat 134)

Huraiannya:

Allah seterusnya telah menerangkan akan sifat-sifat orang yang taqwa itu sebagai berikut:

1.      Orang-orang yang menbelanjakan harta mereka semasa senang dan semasa susah. Yakni orang-orang yang tersebut di dalam dua keadaan yang berlawanan. Sama ada semasa lapang atau sempit, semasa kaya atau miskin,  semasa suka atau duka, sedang dalam kenikmatan atau sedang ditimpa cubaan. Mereka tidak sekali-kali berhenti dari membelanjakan harta mereka untuk membantu dan berbuat kebajikan kdepada sesama manusia terutama kepada saudara-saudara mereka orang-orang Islam.  Perbuatan mereka yang disebutkan oleh Allah itu merupakan sifat mereka yang pemurah lagi dermawan.  Sifat pemurah ini menandakan  taqwa mereka yang amat besar kelebihannya.
At-Termidzi telah mengeluarkan riwayat dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda- maksudnya:
”Orang yang pemurah dekat kepada Allah, dekat kepada manusia, dekat kepada syurga, jauh dari neraka.  Dan orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga, dekat kepada neraka.  Dan orang jahil yang pemurah lebih disayangi oleh Allah daripada orang kuat beribadat yangbakhil.”

2.      Orang-orang sabar menahan marah. Yakni kemarahan yang sedang menyala-nyala di dalam dada mereka itu dapat mereka tahan.  Maka perbuatan mereka merupakana sifat sabar yang hanya dipunyai oleh orang-orang yang berjiwa besar dan semangat kuat – sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah – bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;
”Bukanlah orang yang kuat itu dengan bergelut, hanya yang kuat itu dapat menguasai dirinya ketika marah.”

3.       Orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia. Yakin sekiranya ada orang melakukan kejahatan terhadap mereka atau menganiya, tiada dibalasnya bahkan dimaafkan kesalahannya.
Ayat ini mengisyaratkan juga tentang baiknya Nabi s.a.w. terhadap pasukan pemanah dalam peperangan Uhud yang telah melanggar perintahnya kerana meninggalkan pertahanan mereka – kesalahan mereka itu telah dimaafkan – begitu pula Nabi s.a.w. telah memaafkan perbuatan orang-orang musyrikin yang menyayat-nyayat mayat Sayidina Hamzah r.a. dahulu padahal baginda telah berniat hendak menuntut bela akan menggandakan pencerobohan mereka itu dengan 70 kali ganda.  Sikap pemaaf yang demikian itulah daripada sifat orang yang taqwa.

4.    Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.  Yakni sifat taqwa mereka itu ialah berbuat kebaikan dengan menolong meringankan kesusahan orang lain dengan mengorbankan sebahagian nikmat yang mereka terima daripada Allah iaitu berkorban tanda mensyukuri-Nya.  Maka balasannya Allah mengasihi mereka.


Wassalan mu alaikum......

----------------------oooooooooooooooooo---------------------------


Nota kaki: (*04) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 01 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment