Friday 3 June 2011

Masalah 361 –Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat. Jawapan. Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a. Pertama -Sunat Aba’d iaitu: (1). Membaca tahyiat awal. (2). Selawat keatas Nabi Muhammad dalam tahyiat awal. (3). Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir. (4). Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat. (5). Membac do’a qunut dalam solat subuh. (6). Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa qunut. (7). Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya. b. Kedua -Sunat Hai’at iaitu: (1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal dan bangun daripada tahiyat awal. (2). Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat. (3). Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud, bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama, kedua ketiga dan keempat. (4). Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah. (5). Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. (6). Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa duduk antara dua sujud. (7). Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. ( 8). Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah atau Fatihah Imam yang membacanya. (9). Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah dan selepas bacaan surah sebelum ruku’. (10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir. (11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum Memberi salam. (12). Memberi salam menoleh ke kanan dan ke kiri semasa memberi salam. Soalan 361A. Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat? Jawapan. Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja. Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah. Masalah 361 B Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ? Jawapan. Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat. Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib itu. Soalan 361 C . Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ? Jawapan. Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur. Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur. Soalan 361 D. Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.? Jawapan. Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: ”Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.” Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:- a. Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis. b. Tempat penyembelihan binatang. c. Tempat mandi ataupun tandas. d. Tempat tinggal (kandang) binatang. e. Di tengan jalan raya. f. Di tempat perkuburan. g. Di atas Kaabah. Soalan 361 E Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang menghisap darah di kakinya.? Jawapan. Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang m



 Email - hjdan@myjaring.net


Masalah 361 –Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat.

Jawapan.

Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a.     Pertama -Sunat Aba’d iaitu:

       (1). Membaca tahyiat awal.

        (2). Selawat keatas Nabi  Muhammad dalam tahyiat awal.

       (3).  Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat
               akhir.

       (4).  Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.

       (5).  Membac do’a qunut dalam solat subuh.

       (6).  Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa
              qunut.

       (7).  Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.


b.    Kedua -Sunat Hai’at iaitu:

 
            (1). Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras
                    dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum ruku’, iktidal
                    dan bangun daripada tahiyat awal.

            (2).  Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan
                    diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.

            (3).  Mengucap takbir (Allahu Akbar) semasa hendak ruku’, sujud,
                   bangun daripada sujud,  semasa bangun daripada rakaat pertama,
                   kedua ketiga dan keempat.
            (4).  Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum
                   membaca surah al-Fatihah.

  (5).  Membaca ’Au-Zubillah’ secara perlahan sebelum membaca
         surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.

  (6).  Membaca tasbih dalam ruku’ dan sujud serta berdoa semasa
        duduk antara  dua sujud.

             (7).   Membaca surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah pada rakaat
                 pertama dan kedua.

           ( 8).  Membaca’ Amin” sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah
                   atau Fatihah Imam yang membacanya.

           (9).  Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaana al-Fatihah
                  dan selepas bacaan surah sebelum ruku’.

          (10). Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca
                  tahiyat dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.

          (11).Membaca doa ringkas selepas selawat tahiyat akhir dan sebelum
                 Memberi salam.


         (12).  Memberi salam menoleh ke kanan dan  ke kiri semasa memberi
                 salam.

Soalan 361A.
Bagamanakah sekiranya kita mengerjakan solat Isyak sehingga lima rakaat tanpa disedari, bahkabn sesudah selesai baru teringat?
 Jawapan.

Masalah seperti ini termasuk perkara yang membatalkan solat itu jika dilakukan dengan sengaja.  Tetapi tidak batal solat itu jika berlaku kerana terlupa. Ertinya solat seperti diatas adalah sah.
Masalah 361 B
Bagaimanakah dengan solat yang sebaik sahaja selesai dilakukan, barulah dilihat pada jam yang waktu solat itu baru sahaja masuk ?

Jawapan.

Tidak sah solat yang dikerjakan seperti itu kerana ia tidak memenuhi syarat. Mengetahui masuk waktu solat adalah antara syarat sah solat.  Anda dikehendaki mengulangi semula solat wajib  itu.

Soalan 361 C  .
Bagaimanakah dengan orang yang terlupa solat sehingga habis waktunya barulah disedari ?

Jawapan.

Tidak menjadi kesalahan ke atas orang yang benar-benar terlupa sudah terlepas beberapa waktu. Masalah ini sama situasinya dengan orang yang tertidur.  Tetapi orang itu perlu bersolat sebaik sahaja sedar daripada lupa ataupun terjaga daripada tidur.

Soalan 361 D.
Adakah sah atau tidak solat sekiranya dikerjakan di Pasar Malam, semasa sedang berjual-jualan.?

Jawapan.
Pada dasarnya, solat boleh dikerjakan di mana-mana sahaja, sama ada di darat, di dalam pelayaran di laut, di udara semasa menaiki kapal terbang, dan tidak dipertikaikan asalkan sempurna syarat dan rukunnya. Baginda  Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Dan dijadikan untuk kami seluruh bumi sebagai masjid (tempat bagi bersolat)....dan dijadikan untuk kami seluruh tanahnya yang suci (bagi bertayammum) apabila kami tidak mempunyai air.”

Kecuali terdapat beberapa tempat seperti berikut kita dilarang bersolat iaitu:-

a.     Tempat pembuangan sampah sarap ataupu najis.
b.     Tempat penyembelihan binatang.
c.      Tempat mandi ataupun tandas.
d.     Tempat tinggal (kandang) binatang.
e.      Di tengan jalan raya.
f.       Di tempat perkuburan.
g.     Di atas Kaabah.

Soalan 361 E

Sahkah tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang di mana seekor pacat sedang menghisap darah di kakinya.?

Jawapan.

Sah solatanya kerana pacat itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat.  Tetapi sekiranya darah bekas gigitan itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batallah solatnya.

Sekian dahulu buat sementara waktu, akan kita temui lagi dalam siaran Blog ini sedikit hari nanti.
Wassalaimu alaikum............

----------------------------ooooooooooooo-----------------------------------



!

No comments:

Post a Comment