PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIR.
Seorang yang baru masuk di alam “Barzakh” dikala itulah Dia terkenang akan perbuatannya. Teringatlah Dia akan dosanya. Menyesallah Dia akan perbuatan dirinya. Mengapa Dia selalu menuruti hawa nafsunya. Mengapa Dia berlengah-lengah saja? Mengapa Dia tidak mahu segera bertobat? Padahal suara hatinya yang kudus dalam dirinya selalu memberi peringatan. Contoh sudah terlalu banyak. Ibu dan bapa telah meninggal dunia. Tua-muda, kecil besar tidak terkecuali. Kadang-kadang dirinya sendiri mengantar orang mati ke kubur. Tapi hal itu dianggap “biasa” sahaja.Tidak diambil perhatian.Dia preñah membaca ayat suci al-Quran ataupun Dia selalu mendengar orang lain membacanya أ َلـْهَاكُمُ التـَّكَاثـُرُ(1). حَتـَّى زُرْتـُمُ الـْمَقـَابِرَ(2). كَلاَّ سَوْفَ تـَعْلـَمُون َ(3). ثـُمَّ كـَلا َّسَوْفَ تـَعْلـَمُون َ(4). كـَلا َّلـَوْ تـَعْلـَمُون َ عِلـْمَ الـْيَقـِيْنِ(5). لـَتـَرَوُن َّالـْجَحِيْم َ(6)َ. ثـُمَّ لـَتـَرَوُنـَّهَاعَيْن َ الـْيَقـِيْنِ(7). ثـُمَّ لـَتُسْـءـَلـُنَّ يَوْمَـءِـذٍعَنِ الـنَّعِيْمِ. (8)(سورة التكاثر اية 1-8)
Ertinya:
1.Kamu telah dilalaikan (daripada melakukan ketaatan kepada Allah) oleh perlakuan bermegah-megah (saling bangga membangga dengan harta, anak-pinak, pangkat dan pengaruh).
2.Sehingga kamu masuk ke liang kubur.
3.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kelak kamu akan mengetahui (akibat buruknya semasa hendak mati)!
4.Sekali lagi (dingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kelak kamu akan mengetahui (akibat buruknya pada hari kiamat)!
5.Sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui –(apa yang kamu akan hadapi)-dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang akan menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
6.(Ingatlah) sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
7.Kemudian itu, sesungguhnya – kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya).
8.Kemudian, sesungguhgnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya di dunia!...”
(Surat Al_takathur ayat 1-8)
”Amboi, alanghkah bodohnya aku! Aangkah bebalnya diriku! Hidupku di dunia hanya menurut kehendak nafsu! Oh syetan! Betul-betul terkutuk engkau! Engkau telah memperdayakan aku..!
Sedang dia terpaku dalam kebingungan. Ketakutan dan kekuatiran! Timbullah penyesalan yang tidak habis-habisnya. Tiba-tiba dilihatnya dua makhluk raksasa datang menghampirinya. Seram, hebat rupanya dan menakutkan. Sehingga gementar sendi dan tulangnya, dan terbang semangatnya, lalu makhluk raksasa itu menyoal:
”Hai insan yang durhaka..”
”Sekarang giliranmu untuk menjawab pertanyaan kami.” ”Bersiaplah engkau untuk menjawabnya...!”
”Siapa Tuhanmu”
”Siapa nabimu”
”Apa agamamu”
”Apakah kitabmu”
”Kemana kiblatmu”
”Dan siapakah saudaramu”
Mendengar pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir demikian, ia menjadi gugup. Terasa berat bibirnya akan mernjawab ”Aallah Tuhanku”, kerana selama hidup di dunia Dia anti ”Allah”. Kerana bibirnya tidak pernah mengucapkan ”Kalimah Allah”, kerana Dia meninggalkan sembahyang lima waktu.
Hendak mengaku Muhammad Nabiku, lidah berat mengucapkannya kerana selama hidupnya tidak pernah mengucapkan kalimat Syahadat. Untuk menjawab ka’abah kiblatku, pundemikian, meskipun hatinya tahu, namun mulutnya berat untuk menjawabnya, kerana Dia tidak pernah menghadap kiblat, lantaran Dia tidak pernah solat.
Dan beberapa pertanyaan-pertanyaan lagi Dia tidak dapat menjawabnya..! Pendekkata semua pertanyaan-peetanyaan itu tidak dapat dijawabnya.
Munkar dan Nakir menjadi murka seketika itu mengangkat tongkatnya. Tar! Tar! Tar..!
”Terimalah ini hadiah kami...”
Seketika itu melucutlah tongkat malaikat ke tubuhnya bertubi-tubi seribu kali pukulan.
Dia melolong, menjertit kersakitan. Akan tetapi dua malaikat itu tidak merasa belas kasihan. Dihantamnya terusa tongkat itu melecur berkali-kali, sampai ia [pingsan tidfak sedar dirinya lagu..!
Seketika is sedar, malaikat itu sudah pergi. Aduh sakitnya..! Seluruh badannya berrasa sakit. Bekas pukulan nampak berejurai-jurai pada badannya.
Begitulah nasibnya orang yang meninggalkan sembahyang, tidak puasa Ramadzan, tidak mengeluarkan zakat, dan banyak lagi melakukan dosa-dosa lain.
Kemudian tidak berapa lama, muncullah pula tubuh manusia yang keji rupanya dan menjijikkan. Seluruh badannya penuh dengan kudis dan busuk. Dari kudis-kudisnya itu mengalir nanah dan darah yang sangat busuk bunya. Pakaiannya kotor, compang-camping dan sangat baerbau busuk pula.
”Hai ...siapa kamu...? Tanya simati. Mengapa kamu kemari? ”Hai orang yang busuk...! ”Apa hubunganmu dengan daku yang kamu kemari.” ”Perghilah kamu hai manusia busuk..! ”Aku sangat jijik melihat kamu..”
Kata orang busuk itu: ”Hai insan durhaka.. Tidak usah kau mengusir aku. Meskipun bagaimana, tidak aku akan pergi meninggalkan kamu..” ”Tahukah kamu, akulah amalmu di dunia..! Maka kerana perbuatan kamulah aku jadi begini. Tidak satupun dari amal kamu yang sahih dan beroleh pahala. Hidup kamu Cuma menurut hawa nafsu. Penuh dengan dosa dan nista. ”
Kamu Durhakan kepada Allah Ta’ala.”
”Mengapa kamu jijik melihat aku begini? Sedang ketika hidupmu tidak segab-segan berbuat amalyang keji?
”Mengapa aku harus pergi dari kamu. Kerana aku injilah amalprerbuatan kamu”
Sebagaimana kamusuka berbuat amalyang keji, maka kerana itu akau suka krepada kamu, dan tidak aku pernah berpisah padamu selama-lamanya...!
Setelah mengucapkan kata-kata demikian, lalu melompatlah ia memeluk si mati itu serta merangkulnya sekuat-kuatnya.
Meskipun si mati beronta sekjuat-kuatnya untyuk melepaskan diri daripadanya, tetapi sia-sia belaka. Semakin meronta semakin kuat pelukannyta.
Cubalah bayangkan. Demikian antara lain siksaan kubur dan bermacam-macam pula lagi yang akan diterimanya, kerana bermacam-macam pula dosa yang dilakukannya.
Untuk renungan anda, sekiranya anda semasa ini masih hidup, janganlah melakukan dosa-dosa seperti, meninggalkan solat, dosa meninggalkan puasa Ramadzan, dosa tidak mengeluarkan zakat, dosa tidak mengerjakan haji apabila anda sudah ada kemampuan. Dosa berzina, dosa mengumpat, dosa melagakan sesama Islam supaya bergaduh, dosa minum arak, dosa makan harta anak yatim, dan banyak dosa...dosa...dosa..lagi.
Sekian. Wasala mualaikum.......!
(Dipetik dari Kitab ”Berita Alam Ghaib” dan ”Tajol Muluk” , ”Qishoshul ’Ambiya”, ”Kasful-Ghoibiyah,terbitan MA Jaya, Jakarta 1979 dan Penulis Ustaz Musnani Effendie Jakarta.)
(Failing –NANO –Membimbing Ummah (2)
-----------------ooooooo-------------------
No comments:
Post a Comment