Email – hjdan@myjaring.net
Bagaimana kita boleh masuk syurga.
السَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ اِلَهَ إِلاَّ الله ُوَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.
Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya
اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta
keluarga dan seluruh sahabatnya
إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taqwa.
Janganlah kamu mati melainkan dalam agama Islam.
Penulis ingin membawa anda sekalian tentang bagaimana kita dikurniakan nikmat masuk syurga di akhirat nanti.
Ada beberapa perkara atau amalan yang akan di beri ganjaran pahala dan dengan itu insan tersebut akan tergolong di dalam golongan insan yang soleh. Justeru itu sebagai insan yang soleh maka Allah s.w.t. telah bderjanji bahaswa mereka itu akan di tempatkan di dalam syurga. Secara ringkasnya kita mistilah hidup di dunia ini mencari atau melakukan seberapa banyak amalan yang boleh mendapat pahala.
1. Hendaklah kita membuat amalan yang besar manfaat, lagi besar lagi baik kerana semakin banyak manfaat yang dierolehi oleh orang semakin besar pahala kita. Ia seperti bersedekah pada orang yang benar-benar memerlukan sehingga mencukupkan keperluannya. Kita membina jambatan di kampung dengan wang kita sendiri, di mana orang-orang kampung itu selama ini susah hendak menyeberang untuk pergi ke masjid, kanak-kanak susah hendak ke sekolah, penduduk-penduduk susah hendak menyeberang dengan basikal, motor atau kereta ke pekan, maka dengan adanya jambatan itu, jika terdapat seribu manusia di kampunng itu, maka seribu manusia dapat manfaatnya. Alangkah banyaknya pahala yang kita perolehi.
Firman Allah s.w.t.:
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍتـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka . (At-Thalaaq ayat 11)
2. Hendaklah kita anjurkan amalan yang besar manfaatnya seperti menganjurkan majlis ilmu, mengajar membaca al-Quran, membuat kursus agama Islam, menganjurkan malam Qiamullail pada anak-anak kariah masjid, menubuhkan kumpulan atau persatuan dakwah dan mengajak mereka mengerjakan beribadat yang serious dan mengajak mereka mengamalkan amalan soleh dan berakhlak mulia. Firman Allah s.w.t.:
وَالـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ ا ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنـَّةِ ج هُمْ فِيْهـَا خـَلِدُوْنَ (البقرة 82)
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga, sedang mereka itu kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah ayat 82)
3. Jika tidak ada orang yang berilmu tentang agama Islam yang mendalam dan kita pula masih begitu belum penuh ilmu agama, hendaklah kita pergi keluar daerah , menuntut ilmu yang lebih tinggi lagi, dan sekembalinya kita menyapaikan ilmu yang kita pelajari itu kepada anak kariah dengan secara sukarela dan percuma sebagai sedekah jariah kita. Alangkah besarnya pahala yang kita perolehi. Firman Allah s.w.t. :
فـَلـَوْلَانـَفـَرَ مـِنْ كـُلِّ فـِرْقـَةٍ مـِنـْهـُم ْ طـَاءِـفـَـة ٍ
لـِيـَتـَفـَقـُّهـُوْا فـِى الـد ِّ يـْن ِ.
(النحل 122)
Ertinya: Mengapa tidak ada sekelompok pun dari golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.
(Al-Taubat ayat 122) 16
وّلـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ . (التوبة: 122)
Maksudnya: Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati (at-Taubat: 122(
4. Hendaklah kita membuat sedekah yang kekal seperti mewakafkan rumah untuk kegunaan masjid, atau untuk Jawatankuasa Masjid menyewa rumah tersebut untuk mendapatkan punca kewangan bagi masjid.
5. Hendaklah kita menjaga diri kita dengan mengamalkan akhlak yang mulia, dengan menjauhkan akhlak yang buruk setiap masa.
6. Hendaklah kita taat beribadat dalam agama Islam, iaitu sentiasa mengerjakan suruhan-suruhan yang wajib dan banyak sekali melaklukan ibadat-ibadat sunat. Yang penting sekali hendalah kita jauhkan diri dari melakukan larangan-larangan Allah s.w.t seperti mensyirikkan-Nya.
Itulah sedikit sebanyak yang penulis tonjolkan di sini semoga sekalian insan dapat memahaminya dan sentiasa melakukan sebagainana yang di utarakan. Maka Allah s.w.t. telah berjanji bahawa sesiapa yang ingin menemui Tuhannya di akhirat kelak, hendaklah ia mengerjakan amalan- amalan soleh dan jauhkan perbuatan syirik. Firman Allah s.w.t.dalam al-Quran
Surah al-Kahfi, ayat 110 yang berikut:
فـَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِـقـَآءَرَبـِّهِ فـَلـْيِعْمَلْ عَمَلً صَلِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بـِعِبـَادَة ِ رَبـِّـهِ أَحـَدَا.
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan ‘amal yang solih dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
(Al-Kahfi ayat 110)
• وّلـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ . (التوبة: 122)
Maksudnya: Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati (at-Taubat: 122)
Sekiankah dahalu….Wassala mulaikum….!
----------------ooooooooooo--------------------
No comments:
Post a Comment