Sunday, 19 June 2011
بسم الله الرحمن الرحيم.
اهد نا ا لصرط المستقيم.
Bimbinglah kami ke jalan yangh lurus.
Maka setiap hari kita mohon dalam solat fardhu meminta Allah s.w.t. membimbing kita menuju ke jalan yang lurus. Tetapi bagi mereka yang tidak solat itulah mereka selalu berjalan ke jalan-jalan yang bengkok dan berliku-liku.
Itulah Allah s.w.t. melarang kita meninggalkan solat, sama ada solat waktu yang wajib mahupun solat-solat sunat. Alangkah bahagianya mereka yang bersolat selalu.lebih-lebih lagi yang bersolat sunat-sunat yang banyak. Mereka itu sentiasa dalam kehidupan yang aman, tenteram dalam hati, berbahagia dengan sekalian anak cucu. Mereka itu tidak terjebak di dalam kerja-kerja yang mungkar, tidak menerima rasuah, tidak meniupu, tidak bergaduh sesama insan dan banyak lagi akhlak-akhlak yang kotor KERANA mereka sentiasa Allah s.w.t. berikan jalan-jalan yang lurus.
Mohon anda sekalian menungkan dan semak minda anda.....moga-moga terfikir apa yang di utarakan ini dan lihatlah seumpama jambatan yang bakal kita lalu nanti. Dan kita sedang menyeberang.... tidak lama lagi kita akan sampai . Kita misti sampai...lambat atau cepat itulah perjalanan kita. Kadang-kadang ada yang cepat sampai, muda lag dan sampai.... biasanya angka 60 ke atas akan sampai...
.TETAPI apa yang kita bawa apabila kita sampai....Hanya tiga perkara sahaja, iaitu sedekah jariah, amalan yang soleh dengan ilmu yang bermanafaat dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendaokan kita.Yang lain semunya kita tinggal tidak dapat bawa ke seberang. Kereta BMW, Rumah Banglo, isteri yang cantik, wang yang berjuta-juta dan banyak lagi...yang kita kena tinggal....
Oleh itu kerjakanlah amal ibadat yang wajib dan juga yang sunat-sunat,kerana itulah yang akan menolong kita nanti.
Wassala mualaikum...
---------------ooo------------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment