PERGAULAN MENURUT ISLAM – SIARAN 3.
Agama Islam mengandungi ajaran pokok yang mengatur hubungan antara sesama manusia. Di antaranya tentang sikap seseorang terhadap orang lain dalam pergaulan sehari-hari. Baik dalam al-Quran mahupun dalam Hadith Rasulullah s.a.w., terdapat banyak katentuan yang merupakan etika atau adab yang harus diterapkan dalam pergaulan. Setiap ketentuan yang bersaifat larangan itu mengandungi unsur-unsur yang dapat mencipta harmony dan ketenteraman antara hubungan itu.
Antara ayat-ayat al-Quran yang mengatur hubungan manusia dalam pergaulan seperti firman Allah s.w.t. yang tersebut dalam Surah al-Hujrat ayat 11, yang ertinya seperti berikut:-
”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum merendahkan satu kaum yang lain, boleh jadi keadaan mereka yang direndahkan itu lebih baik daripada mereka yang merendahkan. Jangan pula sekumpulan kaun perempuan merendahkan sekumpulan perempuan yang lain, boleh jadi keadaan mereka lebih baik lagi. Janganlah kamu suka mencela sesama kamu dan jangan pula memanggil seseorang dengan gelaran (yang mengandungi ejekan). Berlaku jahat (fasiq) sesudah beriman, itulah nama yang amat buruk. Barangsiapa yang tidak bertaubat, mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(Al-Quran Surah Al-Hujrat ayat 11)
Pada ayat yang tersebut di atas dijelaskan tiga perkara yang harus dipelihara dalam pergaulan, yang merupakan norma-norma etika hidup manusia.
Pertama – Jangan Merendahkan diri orang lain.
Dalam pergaulan sehari-hari, seringkali seseorang merendahkan diri orang lain, iaitu sekurang-kurangnya merendahkan maruah mereka, melecehkan mereka, dengan memperlihatkan sikap memperolok-olok atau mengeluarkan kata-kata yang bernada sinis, atau mengandungi ejekan. Ukuran yang kerapkali dipakai dalam mengambil sikap-sikap yang demikian ialah pandangan-pandangan dan nilai-nilai lahiriah. Umpamanya seorang yang kaya atau yang kuat menaggap sepi terhadap orang miskin atau yang lemah, seorang yang berpelajaran tinggi memandang rendah terhadap seorang yang kurang berpelajaran dan sebagainya.
Setiap orang yang mempunyai kekurangan-kekurangan mungkin dalam hal atau bidang yang lain dia ada kelebihannya pula, sebagaimana setiap orang yang mempunyai keutamaan-keutamaan pasti ada kelemahanya. Oleh sebab itulah, pada penggal peretama ayat al-Quran tadi memberikan petunjuk kepada orang Mukmin supaya jangan merendahkan antara satu sama lain.
Ketentuan yang demikian berlaku pula terhadap kaum wanita sesamanya, apalagi kaum perempuan pada umumnya lebih beremosi dan sensetif, gemar memberi ”nilai” atau ”komen” terhadap sesamanya dalam pergaulan.
Pada ayat itu ditegaskan, bahawa adakalanya seseorang yang dipandang rendah itu, pada hakikatnya adalah lebih tinggi dan mulia. Dengan menjauhkan sikap mental dan akhlak yang demikian maka dapatlah dibina pergaulan yang harmoni, sebagai landasan yang penting untuk membangun satu masyarakat maramah, iaitu masyarakat yang saling kasih mengkasihi.
Kedua – Saling Mencela.
Etika kedua yang harus dijaga ialah jangan salinag mencela. Maksudnya janganlah membukakan keaiban atau kecacatan antara satu sama lain. Ada sebahagian orang sauka membuka rahsia dan membentangkan keaiban orang lain dan suka mengkritik pula, pada halnya tidak ada keuntungan baginya. Hal ini adalah termasuk salah satu penyakit rohaniah yang perlu disembuhkan. Pada umumnya ’aib (cacat) manusia itu ada dua macam. Pertama berkenaan dengan fizikal (jasmaniah), kedua yang bersangkutan dengan soal-soal budi pekerti atau akhlak peribadi masing-masing.
Adapun ’aib yang pertama itu yang dibawanya sejak lahir, sedang yang kedua sifatnya mendatang dan pada umumnya masih dapat diubah atau diperbaiki. Jika menceritakan tentang keburukan, budi pekerti seseorang kepada orang lain, dengan maksud supaya janganlah sampai merosak kepadanya, hal yang demikian tidaklah masuk dalam kategori cela-mencela. Sebab tujuannya membina, tetapi mengatakan keaiban orang lain tanpa maksud yang baik, hanya kerana tabiatnya begitu, atau dengan tujuan-tujuan yang merosak itulah dilarang oleh Allah s.w.t. Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
”Barangsiapa yang menutup keaiban saudaranya dalam kehidupan di dunia ini, maka Allah s.w.t. akan menutup keaibannya dalam kehidupan di akhirat kelak.
(H.R. Bukhari dan Muslim).
Ketiga – Jangan Memanggil Gelaran yang Bernada Ejekan.
Tatkala Rasulullah s.a.w sampai di Kota Madinah ketika hijrah, baginda mendapati masyarakat di sana mengamalkan pemanggilan dengan gelaran dalam pergaulan sehari-harian mereka. Walaupun seorang mempunyai nama yang asli, yang diberikan oleh ibu bapanya, tetapi dalam pergaulan selalu dipanggil gelarannya. Biasanya gelaran ini diambil dari keadaan bentuk, pembawaan atau sifat-sifat orang yang bersangkutan dan biasanya dilihat dari sudut yang negatif (buruk), kadang-kadang ada seorang sampai mempunyai lebih satu gelaran. Kerana motif memberi gelaran itu didasarkan kepada unsur-unsur jahat atau tidak baik, maka selalu menimbulkan kekecohan dan hingga berlaku perkelahian.
Dengan demikianh mulai hari ini jika kita tergolong dan bersifat demikian, maka hendaklah kita berhentikan membuat demikian, semoga Allah s.w.t. meberi ganjaran pahala kepada mereka yang menurut segala laranganNya.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
----------------------oooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment