Wednesday, 21 November 2012

Pos bil. 676 - Takbur dan Bangga Diri.





Pos bil. 676 - Takbur dan Bangga Diri.




 Pos bil. 676 - Takbur dan Bangga Diri.

Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati.
Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.
Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur iaitu,  Kerana Keturunan,  Kerana  kecantikan, Kerana Kekuatan,   Kerana Kekayaan,




Kerana banyak wang dan  Kerana Ilmu  Kerana ‘Alim

3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
         Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.
         Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
         Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
         Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.

4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t.  

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

  Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan     
                                    (Al-Mukmin ayat 60)

كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.

“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat ankara.       (Al-IMukmin  ayat 35)   631



Sabda Rasulullah s.a.w
لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ
قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِن
خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ .

         Tidak akan masuk syurga  orang  yang di dalam hatinya memendam  sebesar biji sawi dari sifat sombong.
             (H.R Bukhari dan Muslim).632

Sabda Rasulullah  s.a.w

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ
مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.
Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri  sendiri.
                                                (H.R. Abu Hurairah  r.a.) 664

5..   Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a.     Sifat takbur  kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budi pekerti kaum mukminin.

  b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua pintu-pintu  syurga.


6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)

                a. Ia tidak mencintai kaum muslimin.
b.     Ia tidak akan merendah dirinya
c.      Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.
d.     Ia tidak akan bercakap benar
e.      Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya
f.       Ia amat gemar mengumpat dan mengejek .orang.

7.. SEORANG  ITU MENJADI TAKBUR  DAN SOMBONG (17)

               a. Takbur  keraan keturunan
               b. Takbur  kerana kecantikan
               c. Takbur kerana  kekuatan
              d. Takbur kerana  kekayaan
              e. Takbur kerana banyak wang
              f. Takbur kerana  banyak  ilmu    
               g.Takbur kerana wara’ dan ‘alim
               h.Takbur kerana Harta yang banyak              

8.. Takbur Kerana Keturunan  (19)

a.     Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah  mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia.

b.     Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang  telah hancur dalam perut bumi.  Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 8 - 9 :-


ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ  مـَّهـِيـْن ٍ (8)
ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ
 لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً
مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9)
Ayat 8.  Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari  sari air hina (mani). Ayat 9. Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia  tiupkan ruh  kedalamnya, dan Dia adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya). (As-Sajaddah 8 & 9)


9. Takbut Kerana Kecantikan

a.     Ada orang suka bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia megah  dan takbur. Ia sentiasa ingat kecantikan  dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya.

b.     Hendaklah meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya 
          nescaya ia akan dapati  badannya mengandungi berbagai kekototoran,
          kerana manusia itu dijadikan dari kekotoran bila ia mati menjadi
          bangkai. Sedangkan segala kecantikannya itu tidak kekal. akan
          musnah bila-bila masa.

c.      Seseorang hendaklah ingat  semuanya itu kurniaan Allah dan Allah
     amat murka orang yang sombong dan takbur.   Aabila seseorang itu
     telah ingat semua perkara-perkara itu nescaya ia akan hilang segala
    takbur dan sombong dirinya.

10..  Takbur Kerna Kekuatan

a.     Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan takbur
     kerana ia mempunyai kekuatan.
b.     Ia menyombongkan diri dengan orang lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah.
c.      Ia bercakap takbur dan bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.

d.     Akibat dan padahnya. Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah Maha Gagah dan Kuat
     Amalannya akan dihapus selagi ia tidak bertaubat.

e.      Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari yang megah. Tiada siapa yang gagah dari yang gagah.
     Sentiasa ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan
      mengambil balik.

11..Takbur Karana  Kekayaan

a.     Seseorang itu merasa dan berperasaan  megah dan ia pun bersifat  takbur kerana kekayaan mempunyai rumah besar, kereta mewah, dan harta banyak.  Dia berlagak bercakap besar dan menghina orang yang dia ingatkan   orang itu miskin .Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya  kerana megah ia kaya.

b.     Bahaya dan padahnya. Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan,
     kemewahan  dan kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah 
     boleh mengubahnya jika ia berterusan sombong dan bongkak serta
     takbur diri. Orang yang sombong bongkak dan takbur di dunia jauh  
     dari syurga.

c. Sabda Rasulullah s.a.w.
          pabila  anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang
          dibawanya ke akhirat:-

             (1). Ilmu yang bermanafaat.
             (2).  Sedekah jariah dan wakaf yang dibuat.
             (3).  Anak-anak yang soleh dan sentiasa mendoakan baginya.

c.      Cara menjauhkan dari takbur ini.  Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali papa kedana bila Allah s.w.t. membakar gedongnya, merugikan sahamnya, harta kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih bersifat demikian. Hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang berlaku sehari-hari di dunia ini.

12.  Takbur Kerana Banyak Ilmu (34)

a.       Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia
      sentiasa megah, sombong dan takbur.
b.      Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.
c.       Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.
d.      Bahaya dan padahnya kerana dia lupa  sudah menjadi lumrah alam bahawa orang lain darinya itu misti ada sesuatu kelebihan darinya.

e.       Hendaklah ia menyedari bahawa balasan orang yang megah dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak dapat memaafkan walau satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat nasoha.Ini kerana ia menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui Allagh itu leb ah hebat dan Maha Kuasa dari yang lain-lain.
f.        Cara mengatasinya:

        Hendak ia sedar perkara seperti yang tetsebut di atas tadi.
        Hendaklah ia insaf  bahawa sifat takbur dan membesar diri
        kerana berilmu tidak layak bagi sesia pun.  Selalu ia ingat
        bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai Allah s.w.t.


13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t

Mungkin ilmu yang dia ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, tidak lurus, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai jiwa yang kotor.

Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.

Bahaya dan padahnya takbur.

Firman Allah s.w.t.
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار .

Ertinya. “ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat angkara”
                              (Al-Mukmin ayat 35)

14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

         Firman Allah s.w.t.  
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

         Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan     
                                    (Al-Mukmin ayat 60)

              Sabda Rasulullah s.a.w. :-
     
كـَفىَّ بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ أ َخـَاه ُالـْمـُسْلـِم َ

         Ertinya: “ Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat dengan memandang hina terhadap saudaranya yang Muslim.”
                                                           (.H.R. Bukhari dan Muslim)

    Sabda Rasulullah s.a.w. :33 6

طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,
وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ
وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ
أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .
  Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang  membelanjakan  harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga  orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.               
                              (H.R. At-Termizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.
مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتــَكـَبـَّرَ وَضَعـَهُ الله,وَمـَنِ وَ إِقـْـتـَصَدَ أغــْـنـَـانـَه ُ اللهُ كـَــثـْر, وَمـَنْ  بـَذَ رَ أَ فـْقــَرهُ للهُ                       وَمـَن ْ ذِ كــْرِ اللهِ أَحـَـبــَّهَ لله.
 (رواهالبخارى و مسليم)

  Bermaksud”

Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri  pula, nescaya akan dijatuhkan  oleh Allah kedudukannya. Barang siapa yang bermurah hati  mendertma dan bersedekah, nescaya akan di mewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros nescaya  ia akan di miskinkan Allah keadaannya, dan barang siapa yang sentiasa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah s.w.t. 
                                                                (HR. Bukhari dan Muslim)

15.. KESIMPULAN

         Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak  di akhirat nanti akan jadi penghalang  seorang hamba ke syurga.

         Sebab  ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong dan takbur dengan kaum mukminin.


         Akhlak yang baik  dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi dirinya ke syurga.

         Mukmin hendaklah ikuti segala budi pekerti yang terpuji dan sifat merendah diri yang menjadi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.

         Baginda berjabat salam dengan si kaya dan si miskin. Baginda dahulu memberi salam pada tetamu sahabat dan rakan. Baginda murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup merendah diri dan cara miskin lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.

16..  Penutup - Harapan Kita

Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada segala rupa  takbur dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.

Wassala mualaikum

Sekian…..
  والسلام عليكم ورحمة الله.
Jumpa lagi masa akan   datang.
       

          ----------------------oooooooooooooo------------------










Tuesday, 20 November 2012

Pos 675 -Tamak dan Haloba (569)






Pos 675 -Tamak dan Haloba (569)

Ketahuilah anda sekalian bahawa sifat tamak dan haloba itu memang telah menjadi satu sifat semulajadi manusia. Memang sukar sekali hendak dihapuskan sifat tersebut oleh kerana manusia itu telah tertanam pula sifat kegemaran pada kebendaan, wang ringgit,  gila pangkat dan  kemewahan  diri, dengan ia  tidak  meneliti buruk baiknya sifat-sifat itu. Semuanya itu tidak diperhatikan hingga ia terjerumus ke dalam keburukan akhlak dan budi pekerti.

Oleh itu manusia hendaklah diasuh dengan ilmu- ilmu dan fikiran yang waras supaya sifat tamak dan haloba itu hilang. Pertama hendaklah biasakan diri hidup jimat berekonomi. Kedua yakin rezeki untuknya pasti akan diterimanya. Ketiga faham tamak dan haloba itu rendah moralnya. Keempat hendaklah perhatikan bagaimana bezanya kehidupan para ulama’ atau orang alim dengan kehidupan orang yang kotor sifatnya.  Kelima hendaklah sedar pendapat tamak dan haloba atau pendapatan haram pasti akan di balaskan Allah s.w.t. dengan kemusnahan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
اَلَإِقـْتِصَادُ وَحُسْنُ السَّمْتِ وَالـْهَدْيُ الصَّالِحُ جُزْءٌ مِنْ
بَضْعٍ وَعِشْرِيْنَ جُزْءًا مِنَ النـُّبُوَّةِ.
(رواه البخارى والمسلم)
Ertinya:” Beriktisad, baik perjalanan dan dan petunjuk yang lurus adalah sebahagian daripada dua puluh bahagian dari kenabian.”   (H.R.Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya manusia yang fakir (miskin) haruslah bersifat qanaah atau sentiasa reda atas pembahagian Allah s.a.w. kepadanya. Janganlah ia bersifat tamak kepada harta benda orang lain, ataupun inginkan sesuatu yang ada dalam tangan orang lain. 

Orang kaya pula janganlah  sampai ia berhati tamak atau loba hendak mencari  harta dengan apa jalan sahaja asalkan dapat di perolehinya, tanpa meneliti buruk perbuatan lobanya itu, sehingga terjerumus pula ia ke dalam keburukan akhlak dan budipekerti, dan seterusnya melakukan kemungkaran-kemungkaran yang ditegah agama Islam.

Sekian, wassala mualaikum....


                           ------ooooooo-----