Saturday, 10 November 2012

Pos 663 - Mengambil tahu tepi kain orang (470) Ketahuilah bahawa mengambil tahu hal-hal buruk orang lain atau dinamakan kiasan ”hal tepi kain orang” adalah satu perbuatan yang kotor dan tercela kerana apabila dia mengambil tahu dan mendapat tahu hal-hal orang lain yang buruk atau yang tidak baik maka dia pun dedahkan kepada masyarakat ramai, maka jadilah itu sebagai perbuatan mengumpat. Dia memang berusaha sungguh-sungguh untuk mendapat tahu hal buruk orang lain ataupun jiran tetangganya atau insan yang menjadi musuhnya kerana untuk menjadi modal bagi perbualan mengumpatnya. Perbuatan ini adalah haram dari segi agama Islam kerana perbuatan ini dapat melahirkan perpecahan sesama umat Islam. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. mengnaskan celaan mengumpat itu di dalam al-Quran, dan telah menyamakan orang yang mengumpat itu dengan orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati. وَلَا يَغـْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا, أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأَكُلَ لـَحُمْ أَخِيْهِ مَيـْتـًا فـَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الحجرات: 12) Ertiny: Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya. (Al-Hujrat: 12) Maka dari itu marilah kita hidup dengan aman damai, dengan tidak ada melahirkan permusuhan dengan sesiapa pun, kita jangan mengambil tahu tepi kain orang yang lain yang buruk atau jijik dan hebahkan pada orang lain, yang akan menjadi perbuPos 663 - Mengambil tahu Hal Tepi Kain Orang gai satu titik permulaan mencari musuh sesamh











Pos 663 - Mengambil tahu tepi kain orang 

Ketahuilah bahawa mengambil tahu hal-hal buruk orang lain atau dinamakan kiasan ”hal tepi kain orang” adalah satu perbuatan yang kotor dan tercela kerana apabila dia mengambil tahu dan mendapat tahu hal-hal orang lain yang buruk atau yang tidak baik maka dia pun dedahkan kepada masyarakat ramai, maka jadilah itu sebagai perbuatan mengumpat.
Dia memang berusaha sungguh-sungguh untuk mendapat tahu hal buruk orang lain ataupun jiran tetangganya atau insan yang menjadi musuhnya kerana untuk menjadi modal bagi perbualan mengumpatnya. Perbuatan ini adalah haram dari segi agama Islam kerana perbuatan ini dapat melahirkan perpecahan sesama umat Islam.
Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. mengnaskan celaan mengumpat itu di dalam al-Quran, dan telah menyamakan orang yang mengumpat itu dengan orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati.
وَلَا يَغـْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا, أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأَكُلَ لـَحُمْ أَخِيْهِ
مَيـْتـًا فـَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الحجرات: 12)
Ertiny: Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain.  Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.
 (Al-Hujrat: 12)

Maka dari itu marilah kita hidup dengan aman damai, dengan tidak  ada melahirkan permusuhan dengan sesiapa pun, kita jangan mengambil tahu tepi kain orang yang lain yang buruk atau jijik dan hebahkan pada orang lain, yang akan menjadi perbuatan ini sebagai satu titik permulaan mencari  musuh sesama kita.
Sekian dahulu, dan ingatlah  nasihat ini semoga kita sentiasa dalam aman damai...Wassala mualaikum....!

          ------------------------ooo----------------

No comments:

Post a Comment