Pos Bil. 671 - Berdusta dan berbohong (490)
Ketahuilah anda bahawa sifat berdusta dalam tutur kata
adalah termasuk dosa yang paling buruk dan celaan yang amat keji sekali. Hari
ini kita seringkali menemui orang yang suka berbohong kerana untuk kepentingan
dirinya, kerana untuk beroleh wang, kerana untuk beroleh harta, kerana untuk
beroleh pangkat, kerana untuk memikat wanita cantik, dan macam-macam lagi orang
suka berbohong untuk tujuan kesenangannya. Apa tidaknya ia berbohong untuk meminjaman
wang dengan berbagai alasan dan berjanji akan di pulangkan dalam sedikit masa sahaja,
tetapi sebaliknya ia berbohong setelah dapat wang tersebut iapun lesapkan diri,
entah kemana perginya. Kita tidak lagi boleh percaya manusia hari ini kerana memang
zaman ini sudah jadi biasa berlaku berbohong.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِيَّاكُمْ وَالـْكَذِبَ فـَإِنَّهُ مَعَ الـْفُجُوْرِ وَهُمَا فِي النـَّارِ.
(رواه البخاري و المسلم)
Ertinya: Jagalah diri mu dari sifat
dusta, sebab dusta itu setingkat dengan kecurangan, dan kedua sifat ini akan
dihumbankan ke dalam neraka.
(H.R. Al-Bukhari danMuslim)
Ketahuilah anda bahawa jika seseorang itu bersifat
berbohong maka ia telah disifatkan sebagai seorang munafiq.
Sabda Rasulullah s.a.w.
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ فَهُوَ مُنَافـِقٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلىَّ وَزَعَمَ أَنَّهُ
مُسْلِمٌ.
إِذَا حَـدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا وَعَدَ أَخْلـَفَ, وَإِذَا اؤْ تُمِنَ خَانَ.
(رواه البخاري و المسلم)
Ertinya:
Tiga perkara barang siapa yang berada di dalamnya, maka ia disifatkan munafiq, sekalipun
ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu –Bila dia berbicara
dia bohong, bila dia berjanji dia mungkiri, dan bila dia menerima amanah dia khianat.
(H.R.i dan
Muslim)
Maka wahai saudara ku sekalian,elakkanlah dari berbohong,
mungkir janji dan tidak beramanah, kerana akan disifatan sebagai munafiq.
Sekian,wassala mulaikum......
---------------oooooooooooooooooo----------------------------.
No comments:
Post a Comment