Pos 665 - Melibatkan diri dalam kebatilan
Bahawasanya melibatkan diri dalam kebatilan adalah
bermaksud berbual dalam hal-hal tentang berkaitan dengan maksiat, seperti
menceritakan hal-hal keadaan kaum wanita, menceritakan tentang perhimpunan
tari-menari, tentang minum arak, tentang keburukan orang lain, mencerikatan
hal-hal diri dia yang takbur, tentang berjudi, tentang agama yang menyeleweng
dari ajaran Isalam, tentang bagaimana hendak menipu orang ramai atau Kerajaan,
bagaimana hendak perdaya orang supaya menyokong dia atau rakan rakan dia, dan
seumpamanya lagi.
Perkara-perkara kebatilan itu adalah sangat banyak
macamnya, sehingga tidak dapat dihitung. Sebab itu tidak ada seorang pun yang
boleh terlepas daripadanya, kecuali jika mereka itu sedar bahawa hal tersebut
adalah perkara kebatilan dan mereka
segera menjauhkan diri daripada berbuat demikian atau lari dan
menjauhkan dari kumpulan yang suka membuat perbualan hal-hal kebatilan.
Firman Allah s.w.t.:
فَلَا تـَقْعُدُوْا مَعَهُمْ
حَتَّى يَخُوْضُوْا فِيْ حَدِيْثٍ غَيْرِهِ, إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلـُهُمْ.
(ألنساء: 140)
Bermaksud: Jangan kamu sekalian duduk bersama-sama
mereka, sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain, kalau tidak tentulah
kamu sekalian serupa dengan meraeka. (An-Nisak: ayat 140)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
أَعْظَمُ النَّاسِ خَطَا يَا يَوْمَ الـْقِيَامَةِ أَكَثَرَهُمْ خَوْضًا فِيْ الـْبَاطِلِ.
(رواه البخاري والمسلم)
Ertinya: ”Sebesar-besar dosa di hari kiamat,
ialah orang yang banyak melibatkan diri dalam perkara-perkara kebatilan.”
Oleh yang demikian kita hendaklah menjauhkan diri dari
melakukan perbualan yang batil ataupun bualan yang kotor dari segi agama Islam.
Begitu juga kita hendaklah jauhkan diri kita daripada mendengar atau melihat segala
perbuatan dan perbualan yang menjadi kebatilan tersebut.
Wassala mualaikum....
-----------ooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment