Wednesday, 7 November 2012

Pos 658 - BUDI PEKERTI YANG BAIK






   
      Pelajar-pelajar sekolah bergotong-royong mengecat pagar kubur masjid.


pos  658  -BUDI PEKERTI YANG BAIK

Ketahuilah bahawa para ulama’ meanggap budipekerti yang baik itu laksana sebutir buah  yang gugur di laman apabila masa kegugurannya berlaku, masingh-masing manusia ingin mendapatkannya untuk dijadikan rezeki mereka setiapmasa.  Tidak ada sesiapa pun yang ingin mencampakkan ke dalam bekas sampah, lagi molek lagi digemari manusia.

Budipekerti yang baik itu adalah menunjukkan wajah yang manis, suka membelanjakan harta kekayaan,mencegah hal-hal yang boleh menyakiti orang lain, mendapatkan keredaan manusia pada masa kesenangan dan masa kesusahan dan keadaan perilaku dirinya yang  baik yang meresap ke dalam jiwa orang lain.

APAKAH BUDIPEKERTI YANG BAIK?

Penulis telah mendedahkan  budipekerti yang buruk di atas tadi, dan kini marilah kita melihat bagaimana pula budipekerti dan akhlak yang baik yang disanjung segala lapisanmasyarakat:

a.     Melengkapkan anak dengan budipekerti yang baik sejak kecil.

b.    Menjaga segala bahaya lisan

c.     Tidak melibatkan diri dalam perkara kebatilan

d.    Menjauhkan diri dalam pertelingkahan

e.     Mengelakkan diri dalam percakapan yang kotor

f.       Tidak menghina atau mengejek manusia lain

g.     Menjauhkan diri dalam membocorkan rahsia orang lain

h.    Sentiasa mengelakkan berjanji yang bohong

i.       Tidak bersifat berdusta dan bersumpah palsu

j.       Bersifat akhlak tidak mengumpat manusia lain

k.     Bersifat tidak menyangka buruk orang lain

l.       Tidak bersifat bercakap talam dua muka

m. Sentiasa mengelakkan sifat marah

n.    Bersifat tidak dendam mendendam orang lain

o.    Keutamaan maaf dan bersifat ehsan

p.    Tidak bersifat dengki dan khianat

q.    Sentiasa tidak bersifat mengumtamakan kebendaan

r.      Sentiasa elakkan sifat kedekut dan kikir

s.      Tidak bersifat suka di puji dan  riak diri

t.      Tidak bersifat takbur diri

u.    Mengutamakan sifat sabar dan syukur

v.     Mengetahui dan faham dosa-dosa besar dan kecil

w.  Mengamalkan kewajipan taubat dan keutamaan segera

x.     Sentiasa beramalan niat yang baik

y.     Memelihara lima anggota utama badan dari dosa-dosa

z.      Dan beberapa perkara yang bersangkutan.

 

Sekian dahulu....Bersambung........ sebentar lagi......

 

                     ---------ooo---------------

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment