POS 661 –
ALLAH MENCELA KEKIKIRAN
Kita bicarakan mengenai sifat kikir atau kedekut manusia pada
zaman akhir-akhir ini. Orang yang tiada memiliki harta kekayaan ada dua
sifatnya, pertama sifat mencukupi apa yang ada dari rezeki dia dan sifat
kedua ialah tamak dan loba. Sifat
pertama adalah satu sifat yang terpuji, manakalla yang satu lagi adalah sifat yang
tercela yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Manusia jenis kedua ini adalah yang selalu mendapat
balasan buruk dari Tuhan kerana di atas perbuatan mereka yang kikir dan tamak
itu. Kita mungkin masih teringat empat lima tahun yang lalu apabila saham pelaburan
runtuh, dan mereka mengeluh dan ada yang kembali menjual nasi lemak dan goreng
pisang untuk menyara hidup seharian mereka.
Ada yang membeli kebun getah hasil pendapatan haram mereka,
tetapi yang anihnya tanaman getah itu sudah pun boleh di toreh telah terbakar
semuanya. Itulah balasan dari Tuhan di atas kekikiran mereka.
Kita lihat Pak Awang yang mengambil upah menjual kueh
di pagi hari dengan pendapatan lima ke
sepuluh ringgit sahaja sehari, dapat menunaikan haji ke Mekah. Kita tentu
hairan tetapi Allah s.w.t. yang mengurniakan nikmat padanya, apabila beberapa orang
anaknya yang sentiasa bersifat dermawan telah mendapat bonos dari saham
perniagaan dan telah menghantar ibu dan bapanya ke Mekah.
Bagaimana anak-anaknya yang boleh mendapat rezeki yang
begitu banyak ialah kerana sifat dermawan mereka. Kita lihat kisahnya; Pada satu hari mereka
solat di sebuah madrasah tiba-tiba hujan begitu lebat turun dan ketiga-tiga
anak lelakinya basah kuyup.
Mereka berniat kalau dapat wang kita roboh madrasah ini
dan ganti dengan yang baru yang lebih baik dari ini. Tuhan merestu niat mereka
apabila saham mereka dalam Syarikat Tenaga Nasional Berhad melambung naik dari
enam ringgit kepada lapan belas ringgit. Tak usah kita nak tahu berapa jumlahnya...!
Madrasah di roboh, dan madrasah yang baru dari binaan kayu kepada binaan batu
terlaksana, dan kedua ibi bapa mereka dapat menunaikan haji ke Mekah.
Kita selami dan ikuti teladan yang telah ditunjukkan....
Wassala mualaikum....
------=----------oooo----------------------
No comments:
Post a Comment