Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang
menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak
memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun
Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam
hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum
tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah.
Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ فَأِنْ
تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.
“Kalau sujud sahwi imamnya, lazimnya
bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan
sengaja, lagi tahu dengan haramnya, batallah sembahyangnya itu.”(Kitab Ghayatul
Bayan Halaman 120).
---------------------------------------ooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment