Friday, 9 November 2012

Pos 662 -OS 662- BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKARAN ADALAH BERDOSA.












 POS 662- BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKARAN ADALAH BERDOSA.

Ketahuilah bahawa perbuatan berbantah-bantah dan bertengkar sesama manusia khususnya orang Islam adalah terlarang dalam agama Islam dan mereka akan menanggung dosa.  Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka  membanggakan  pendapatnya,  maka ketahuilah bahawa ia telah rugi yang amat sangat dengan sempurna.
Sabda Rasulullah s.a.w.
لَايَسْتَكْمِلُ عَبْدٌ حَقِيْقَةَ الْإِيْمَانِ حَتَّى يَدَعَ الـْمِرَاءَ
وَإِنْ كَانَ مُحِقَّا.
Ertinya: Tiada akan sempurna hakikat keimanan seseorang itu sehingga ia meninggalkan berbantah-bantahan, sekalipun apa yang diperbantahkan itu ialah kebenaran.  (HR. Bukhari  dan Muslim)
.
Berbantah-bantah bererti sifat suka menyekat percakapan orang lain dengan melahirkan kekurangan dalam percakapan mereka itu.

Sebab utama yang menjadikan seseorang itu bersikap seperti  bantah-membantah dan membuat pertengkaran adalah kerana hendak  menunjuk  meninggikan dirinya, kerana dia itu ego, merasa sombong, kerana ingatannya yang ia lebih bijak, lebih tahum lebih pandai  dari mereka yang mengeluarkan pendapatan mereka itu.

Berbantah dan membuat pertengkaran itu adalah akan menjadi sakit hati diri orang lain dan menimbulkan kemarahan mereka kerana itu memaksa mereka menentang percakapannya ,maka timbullah satu persengkitaan antara  dia dengan kumpulan yang satu lagi yang sentiasa banyak dalam kumpulan  mereka. Inilah  akibatnya yang  dilarang perbuatan bantah-membantah dan pertengkaran itu berlaku.

Sabda Rasulullah  s.a.w. yang bermaksud  ” Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah.”  (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari itu marilah kita amalkan  sifat  bersabar selalu dan jangan suka bantah-membantah walau pun perkara itu benar, dan henadlak lihat dan sedar dahulu  perkara yang ditumbulkan itu, kerana Allah s.a.w.t. berikan kita otak untuk berfikir sewenang-wenangnya, jangan hendak bersifat  ego,bersifat riak, bersifat sombong, bersifat  bangga diri yang meanggap akulah yang tahu dari mereka,  akulah yang betul, atau akulah yang bijak dari mereka.

Sekian, ewassala mualaikum.....

                    ------------------o

No comments:

Post a Comment