Pos Bil. 673 - Kecelaan Bersifat marah (521)
Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari
hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati itu sedang menggelegak, lalu
darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke
angguta badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi
ketika makanan mendidih didalam periok.
Oleh kerana itu bila marah mula memuncak, kelihatanlah
darah manusia itu menyerap ke muka. Sehingga
wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula jernih dapat
menampakkan warna sebaliknya yang merupakan kemerah-merahan darah.
Di antara seabab-sebab yang menjadi marah itu ialah
kerana perasaan meninggi diri, takbur dan bangga, berlebihan senda gurauan,
wujud perasaan khianat, perasaan riak, cintakan pangkat, tamak dan haloba,
gilakan kebendaan dan wang ringgit, wujud sifat kekikiran, hilang belas
kasihan, perasaan balasan dendam, sifat perasaan gagah berani, dan amat suka
dipuji.
Semua sifat-sifat tersebut merupakan perilaku yang
tercela di dalam syariat agama Islam. Seseorang itu tidak akan terlepas dari
sifat marah selagi ianya mempunyai sifat-sifat yang tercela tesebut.
Untuk mengubati penyakit keganasan marah itu maka
seseorang hendaklah pertama sekali mengingatkan dirinya supaya bersabar dalam
segala masalah yang dihadapinya. Cara untuk mendapatkan sifat sabar itu pertama
sekali hendaklah diam seketika bilamana dirinya menjadi marah. Ambil masa dua
atau tiga saat berdiam diri untuk memikirkan padahnya berlaku marah, dan
kemudian bawa mengucap dan ingatkan Allah s.w.t. yang Dianya yang boleh
selesaikan segala perkara yang kita hadapi. Kemudian ingatkan
segala-sifat-sifat yang tercrela tersebut, jangan lakukannya, maka kita akan
kembali semula kepada sifat-sifat yang terbaik.
Ubat yang paling terbaik menaham marah ialah dengan
mengucap lidah Aku berlindung kepada Allah dari syaitan
yang terkutuk) ) أعوذ با لله من الشيطان الرجيم
Sekian,wassala mualaikum.......
-------------oooo------------------------
No comments:
Post a Comment