Tuesday, 6 November 2012

Pos 657 -Ke arah menuju kebahagian.













 


KE  ARAH  MENUJU  KEBAHAGIAN

Dengan nama Allah yang amat Pemurah dan  amat Penyayang di dalam negeri dunia lagi amat mengasihani akan hamba Nya  di dalam negeri Akhirat, maka segala puji bagi Allah  s.w.t., dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan  aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. itu hamba Nya dan pesuruh Nya yang benar, dan segala puji-pujian bagi keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Penulis mengucap syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia Nya telah membukakan hati dan melapangkan masa menulis makalah ini untuk faedah umat Islam sekalian di mana sahaja mereka berada, semoga dengan penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi faedah kepada sekalian mereka yang berkenaan.

Penulis memulakan penulisan ini dengan mengingatkan diri penulis  dan juga umat Islam sekalian untuk menuju ke arah kebahagian di dunia dan juga di akhirat nanti.

Maka jalan yang lurus untuk mencapai kebahagian itu ialah dengan meninggalkan segala larangan dan menunaikan segala suruhan Allah s.w.t. Yang dimaksudkan dengan larangan itu adalah segala sifat mazmumah dan manakala menunaikan segala suruhan adalah mengerjakan dan mengamallkan sifat-sifat mahmudah.

Adapun pokok akhlak yang mulia dan asasnya adalah terdiri dari empat perkara:-

a.     Hikma atau kebijaksanaan

b.    Sejaah atau kebaranian

c.     ‘Iffah (عِـفـَّـهْ)  atau kebersihan jiwa

d.    ’Adil atau ke’adilan.

 

Yang dimaksud dengan kebijaksanaan, ialah suatu keadaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membizakan yang benar dari yang salah dalam semua hal ehwal ikhtiriah (perbuatan pilihan diri asendiri).

Yang dimaksudkan dengan keberanian, ialah bahawa keadaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dituntun oleh akal untuk terus memajukan keberanian itu atau pun menahannya dari berlaku.

Yang dimaksudkan dengan kebersihan jiwa, ialah menahan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada akal dan syarak.

Yang dimaksudkan dengan keadilan, ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat, lalu membimbing keduanya ke arah kebijaksanaan, serta menentukan bila masanya boleh di ikutkan, dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaan yang dihidapinya.

Dengan menegakkan keempaty-empat sifat yang tersebut di atas tadi, barulah dapat dilengkapi diri dengan semua akhlak dan budipelefrti yang indah.

Al-Quran al-Karim telah mengenalkan kepada kita semua akhlak dan budipekerti yang mulia, mengenai sifat-sifat para mukminin dengan firmannya:

إِنَّمَالـْـمُــْؤْمِنُوْنَ الـَّذِيْنَ آمَنُوْا بِاللهِ وَرَسُوْلِـهِ ثُـمَّ لَـمْ يَرْتـَـابُوْا وَجَهَدُوْا

بـٍأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ أُوْل~ـءك هُـمُ الصَّادِقُونَ.

(الحجرات: 15)

Ertinya : ”Hanyasanya orang-orang mukminin  itu ialah mereka yang beriman dengan Allah dan rasuil Nya, kemudian mereka tiada ragu-ragu lagi lalu berjuang dengan  harta dan  jiwa pada jalan  Allah, mereka itulah orang -orang yang benar.”   (AlHujrat: 15)

 

Di antara sifat-ifat yang buruk akhlak  itu adalah:-

a.     Berbantahan dan bertengkaran

b.    Mengambil tahu tepi kain orang

c.     Melibatkan diri dalamkebatilan

d.    Berkata kotor. Memaki dan lidah yang cabul

e.     Menghina dan mengejek orang

f.       Membocorkan rahsia orang lain

g.     Berdusta

h.    Mengumpat atau bersifat ghibah

i.       Bersifat marah

j.       Menghamal sifat hasad dengki

k.     Tamak dan haloba

l.       Berbagai-bagai sifat riak

m. Bersifat takbur

n.    Suka dipuji danmarah dikeji

o.    Cintakan pangkat

 

Sekian dahulu....Bersambung........ sebentar lagi......

 

                     ---------ooo---------------

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment