Thursday 8 November 2012

POS 659 –SAYIDINA OSMAN BIN AFFAN












POS 659 –SAYIDINA OSMAN BIN AFFAN

AKIBAT SAYANGKAN KELUARGA BELIAU DIBUNUH.

Mari kita belajar dari fakta sejarah yang berlaku terhadap beliau kerana dituduh nengangkat keluarganya saja memegang jawatan-jawatan penting. Dari beberapa wilayah dalam pemerintahannya datang utusan-utusan mendesak beliau memberhentikan perlantikan keluarga-keluarganya sahaja. Desakan itu tidak dilayan, akhirnya beliau dikepung selama 40 hari sehingga beliau di bunuh.

OSMAN B.AFFAN adalah Khalifah ketiga dalam siri pemerintahan Kerajaan Rasyidin. Nama lengkapnya ialah Abu Amir, Osman b. Affan b. Abil-’As b. Umaiyah b. Abu Syam al-Umawi. Terkenal dengan gelaran Zu-Nurain, ertinya yang mempunyai dua cahaya, kerana beristerikan dua orang putri Rasulullah s.a.w.; pertama Putri Rokiah, kemudian Putri Ummi Kalsum setelah Rokiah meninggal dunia di waktu Perang Badar.

Dilahirkan setelah lima tahun kelahiran Nabi. Memeluk ugama Islam menerusi Sayidina Abu Bakar. Beliau adalah seorang hartawan dan dermawan yang banyak mengorbankan hartanya untuk kepentingan sibaran ugama Islam.

Dalam perang Tabuk, waktu suasana begitu genting dan meleset beliau menderma 950 ekor kuda dan 1,000 dinar wang kepada tentera Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Nabi, kecuali Perang Badar, kerana isterinya sakit. 

Dalam peristiwa Hudaibiyah beliau telah menjalankan tugas sebagai wakil peribadi Rasulullah untuk berunding dengan orang Quraisy yang menghalang Rasulullah bersama pengikutnya masuk ke Mekah yang bertujuan hendak mengerjakan umrah. Dalam  peristiwa itu beliau dikatakan akan dibunuh oleh orang Quraisy, tetapi setelah rombongan orang Quraisy ditawan oleh Rombongan Nabi, beliau telah dilepaskan.

Beliau juga menjadi jurutulis wahyu dan di antara sepuluh sahabat yang diberi jaminan oleh Nabi masuk syurga. Beliau dilantik menjadi Khalifah sesudah Khalifah Umar meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah.

Pemerintahannya sebagai Khalifah mengambil masa dua belas tahun. Dalam masa enam tahun pertama, beliau berjaya meluaskan penyebaran Islam dan beliaulah yang menyalin al-Quran ke dalam bentuk atau susunan yang kita lihat dan membaca hari ini.

Beliaulah yang mula-mula membesarkan Masjidil-Haram dan Masjid Nabawi. Beliau juga yang mula-mula membentuk dan  menubuhkan Jabatan Kehakiman untuk mengendali perkara-perkara orang Islam.      

Apabila tiba kepada zaman enam tahun kemudian mulalah timbul berbagai-bagai kerumitan dan penentangan.  Beliau dituduh mengangkat keluarganya saja memegang jawatan-jawatan penting. Dari beberapa Wilayah datang utusan-utusan mendesak beliau memberhentikan keluarga-keluarganya dari jawatan-jawatan penting itu.  Desakan itu tidak dilayan, lalu mereka mendesak supaya beliau meletak jawatan Khalifah, hal ini juga beliau tidak melayan desakan-desakan mereka itu.    

Dengan kerana itu beliau dikepung selama 40 hari sehingga mereka dapat membunuh beliau.  Peristiwa ini berlaku pada 18  Zulhijah tahun 35 Hijrah sewaktu beliau berusia 82 tahun.

Pengajaran-pengajaran yang patut di ambil teladan ialah tentang bersifat dermawan, keberanian berunding dengan orang-orang Quraisy semasa dalam peperang, inisiatif mengwujudkan pasukan polis dan Jabaran Kehakiman, tidak suka bertolak ansur dan berunding dan akahir sekali bersifat mengutamakan keluarga-keluarganya untuk memegang awatan-jawatan penting yang telah menyebabkan jiwanya terkorban.

Dengan itu marilah kita renungkan denganseghala peristiwa tersebut.

Wassala mualaikum......

 

 ---------------ooooooooooo----------

 

 




No comments:

Post a Comment