Pos Bil. 667 - Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).
Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.
Firman Allah s.w.t. lagi:
وَمَثـَلُ الـَّذِينَ يُنْفِقُونَ أ َمْوَلـَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْ ضَاتَ اللهِ وَتـَثـْبِيتـًا
مِّنْ أ َنْفُسِهِمْ كـَمَثـَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أ َصَابَهَا وَابـِلٌ فَـءَـاتـَتْ أ ُكـُلَهـَا ضِعـْفـَيْنِ فـَإ ِنْ لـَمْ يُصِبْهـَا
وَابِلٌ فَطَلٌّ ج وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُوْنَ
بَصِيرٌ. (البقرة 265)
”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).
Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:
”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”
a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”
b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”
c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”
d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”
e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”
Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:
a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
إ ِنْ تُبْـدُوالصَّـدَقَتٍ فـَنِعِمَّا هِيَ ج وَإ ِنْ تُخْفـُوهَا وَتـُؤْتـُوهَا
الـْفـُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌلـَّكـُمْ ج وَيُكـَفـِّرُ عَنكـُمْ مِّنْ سَيِّـءَـا تِكـُمْ ج
وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُونَ خَبـِيرٌ. (البقرة 271)
”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).
b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.
c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-
”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-
a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.
b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.
c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.
d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.
e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.
Firman Allah s.w.t.:
”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).
Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).
Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-
”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).
Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:
”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:
a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.
b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.
c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.
d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.
e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)
Firman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا ج. وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ.ج وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج إ ِنَّ اللهَ
بـَالـِغُ أ َمْرِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَيْىءٍ قـَدْرًا.
(الطلاق 2 دان3)
”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).
Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!
Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!
-----------------------ooooooooooooooooooo-------------------------
No comments:
Post a Comment