Pos Bil. 670 - Wanita-wanita memakai pakaian yang terdedah
yang menampakkan aurat.
Ketahuilah
bahawa Allah s.w.t. melarang wanita-wanita memakai pakaian yang terdedah yang
menampakkan perhiasan badan mereka dan menampakkan aurat mereka.
Adapun dalil-dalil tersebut terdapat seperti
mana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran, Surah An-Nur ayat 31. :-
Bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera
mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “ (Surah An-Nuur ayat 31).
Dalam satu hadis yang mengkesahkan semasa Nabi s.a.w. dalam
peristiwa Isra’ Mijraj telah dipertontonkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi
s.a.w. api neraka membakar tubuh
wanita-wanita yang mengengkari larangan Tuhan menurut Firman Allah s.w.t
tersebut.
Bertanya Rasulullah kepada Jibril:
“Apakah dosa kaum ini terdiri daripada
wanita sahaja Ya…Jibril ?
Jibril menjawab:
“Maha Pemurah Allah s.w.t. menciptakan
kecantikan kepadanya (wanita) baik rupa parasnya mahupun bentuk tubuhnya, lalu
dibangga-banggakannya dengan menelanjangi dalam berpakaian (tidak menutup
aurat). Api neraka amat
merindui untuk membakar tubuh wanita-wanita sedemikian. Sekarang lihatlah betapa gelojohnya api
neraka memamah tubuh wanita itu.”
Sekian dahulu buat sementara waktu ini, wassala
mualaikum.......
(Rujukan: Kitab Kesah Isra’ Mikraj,
Jilid 1)
-------ooo---------------.
No comments:
Post a Comment