Pos 669 – Membocorkan Rahsia Orang Lain (487)
Kertahuilah saudara ku bahawa
mendedahkan rahsia orang adalah di antara perkara-perkara yang terlarang
dalam agama Islam kerana ia akan
menyakiti hati orang lain dan ia tergolong sebagai orang yang tidak mengambil
berat dengan kepentingan para sahabat dan rakan handai.
Bahawa memecahkan rahsia orang
dikira suatu pengkhianatan, dan mengkhianati orang lain adalah hukumnya haram,
kerana ia boleh menimbulkan bahaya atau mudarat pada orang itu, kalaupun tidak
mendatangkan bahaya atau mudarat maka itu samalah sepertri kita mencelanya yang
dilarang oleh agama Islam.
Adakalanya rahsia itu melibatkan
kepentingan negara maka orang yang memecahkan rahsia orang itu atau rahsia
negara itu adalah salah dari segi undang-undnag
negara.
Oleh itu hendaklah kita berhati-hati tentang perbualan kita sehari-hari kerana mungkin kita tersalah dalam perbualan kita itu yang mengandungi rahsia yang kita tidak sedari, maka perkara tersebut boleh merosakkan orang yang berkenaan atau memecahkan rahsia negara.
Misalnya seorang ejen musuh bertanyakan anda berapakah anda membekalkan telor ayam setiap hari pada pasukan tentera di kem tersebut. Secara tidak perasaan kita beri jawapan bahawa jumlah mereka minta saya bekalkan sebanyak seratus dua puluh biji setiap pagi. Maka dengan jawapan itu ejen musuh itu sudah tahu jumlah kekuatan tentera di kem tersebut.
Sekian dahulu,wassala mulaikum......
-----------ooooo--------------
No comments:
Post a Comment