Pos 674 - Usahlah Mengamal sifat hasad dengki (543)
Ketahuilah hasad dan dengki itu juga merupakan hasil dan
natijah dari sifat dendam yang tercela. Adapun hakikat hasad dan dengki itu
ialah rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain, lalu
mengharap- harapkan agar nikmat itu terhapus daripada dia. Adakalanya tidak
mengharapkan nikmat itu lenyap dari orang lain, tetapi menginginkan nikmat yang
sama bagi dirinya sendiri dan itu dinamakan ”Ghidbah” (غِطْبَه).
Sifat hasad dan dengki ini adalah dihukum haram dalam
segala segi kerana dia membencikan seseorang kerana nikmat dan kesenangan yang
ada pada seseorang itu yang di kurnia
Allah, maka samalah seperti dia memurkaia qada’ Allah s.w.t. ke atas orang lain
darinya sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
اَلـْحَسَدُ يَأْكـُلُ الـْحَسَنَاتِ كَمَا تـَأْكـُلُ النـَّارُلـْحَطَبَ.
(رواه مسلم)
Ertinya: Hasad itu memakan
(membinasakan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu
Sabda
Rasulullah lagi:
لَاتَحَاسَدُوْا
وَلَاتـَقَا طَعُوْا وَلَاتـَبَاغَضُوْا وَلَاتـَدَابَرُوْا
وَكُـنُوْا عِبَادَ
اللهِ إِخْوَانـًا كَمَا أَمَرَكُمُ اللهُ.
(رواه البخارى و
المسلم)
Ertinya: Janganlah kamu sekalian dengki
mendengki, jangan putus memutuskan soliturrahim, jangan benci membenci, jangan
musuh memusuh, tetapi jadilah kamu
sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya bahawa hasad dan dengki itu sentiasa
mempengaruhi jiwa dengan sifat-sifat kebencian dan permusuhan. Juga akan
tertanam dalam jiwa sifat meninggi diri, atau sentiasa meanggap diri lebih dari
orang lain, yakni apabila ada orang lain yang akan mengalahkana dirinya dalam
apa hal sahaja, maka ia akan merasa bosan dan tidak senang hati.
Dalam hal ini juga lahir dalam diri kegemaran untuk
menjadi ketua, menjadi pemimpin,berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan pangkat dengan apa cara sekalipun, jika ada orang lain akan bersaing dalam pangkat dan darjat itu, maka ia
akan merasa keciwa dan tidak puas hati.
Ketahuilah anda bahawa orang yang mengamalkan sifat hasad
dan dengki ini terdapat rasa busuk hati, keinginan yang buruk di dalam jiwanya dan
sentiasa bersifat bakhil juga. Dia akan merasa iri hati apabila mendengar ada orang
lain mendapat nikmat lebih daripadanya. Sebaliknya pula ia akan merasa senang dan
suka hati apabila ada orang lain tiada tercapai cita-cita mereka itu.
Memang sukar hendak hilangkan sifat hasad dan dengki dari
seseorang itu, kecuali dengan ilmu pengetahuan. Pengetahuan yang dimaksudkan itu
ialah dengan mempelajari lebih tingga hal-ehwal agama Islam, kerana Islam telah
mengharakan perbuatan itu. Percayalah bahawa pengetahuan agama yang lengkap akan
dapat menghapuskan sifat hasad dan dengki itu.
Maka marilah kita sama-sama meningkatkan pengetahuan agama
Isalam kita supaya dengannya kita akan terselamat
dari segala sifat-sifat yang tercekla itu.
Wassala mualakum.....
----ooooo-------
No comments:
Post a Comment