Pos 656-Maana qadha....
Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu:
menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah
menunaikan ibadah pada waktunya yang di
tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.
Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan
ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang
dari kadar satu rakaat sembahyang. Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya
seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya ,
seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya
itu dinamakan sembahyang Qadha.
Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat
pertama dan ia telah masuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka
sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di dalam satu rakaat
penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang tersebut.
No comments:
Post a Comment