Pos 675 -Tamak dan Haloba (569)
Ketahuilah anda sekalian bahawa sifat tamak dan haloba
itu memang telah menjadi satu sifat semulajadi manusia. Memang sukar sekali
hendak dihapuskan sifat tersebut oleh kerana manusia itu telah tertanam pula sifat
kegemaran pada kebendaan, wang ringgit, gila
pangkat dan kemewahan diri, dengan ia tidak
meneliti buruk baiknya sifat-sifat itu. Semuanya itu tidak diperhatikan
hingga ia terjerumus ke dalam keburukan akhlak dan budi pekerti.
Oleh itu manusia hendaklah diasuh dengan ilmu- ilmu dan
fikiran yang waras supaya sifat tamak dan haloba itu hilang. Pertama hendaklah
biasakan diri hidup jimat berekonomi. Kedua yakin rezeki untuknya pasti akan
diterimanya. Ketiga faham tamak dan haloba itu rendah moralnya. Keempat
hendaklah perhatikan bagaimana bezanya kehidupan para ulama’ atau orang alim
dengan kehidupan orang yang kotor sifatnya.
Kelima hendaklah sedar pendapat tamak dan haloba atau pendapatan haram
pasti akan di balaskan Allah s.w.t. dengan kemusnahan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
اَلَإِقـْتِصَادُ وَحُسْنُ السَّمْتِ وَالـْهَدْيُ الصَّالِحُ جُزْءٌ مِنْ
بَضْعٍ وَعِشْرِيْنَ جُزْءًا مِنَ النـُّبُوَّةِ.
(رواه البخارى والمسلم)
Ertinya:”
Beriktisad, baik perjalanan dan dan petunjuk yang lurus adalah sebahagian
daripada dua puluh bahagian dari kenabian.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya manusia yang fakir (miskin) haruslah
bersifat qanaah atau sentiasa reda atas pembahagian Allah s.a.w. kepadanya.
Janganlah ia bersifat tamak kepada harta benda orang lain, ataupun inginkan
sesuatu yang ada dalam tangan orang lain.
Orang kaya pula janganlah sampai ia berhati tamak atau loba hendak
mencari harta dengan apa jalan sahaja
asalkan dapat di perolehinya, tanpa meneliti buruk perbuatan lobanya itu,
sehingga terjerumus pula ia ke dalam keburukan akhlak dan budipekerti, dan
seterusnya melakukan kemungkaran-kemungkaran yang ditegah agama Islam.
Sekian, wassala mualaikum....
------ooooooo-----
No comments:
Post a Comment