POS Bil. 672
- Dosa Mengumpat –495
Ketahuilah
bahawa mengumpat itu ialah apabila anda menyebut sesuatu yang boleh mengaibkan
diri saudara mu, atau yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahan saudara
mu apabila ia mendengarnya, sama ada yang disebutkan oleh anda itu sebagai
kekurangan-kekurangan pada anggota badannya, atau keturunannya, atau bentuk
kejadiannya, atau perbuatannya, atau perkataannya, atau agamanya, atau
pakaiannya, atau rumahnya, mahupun kenderaannya.
Allah s.w.t
telah menaskan celaan mengumpat ini di dalam al-Quran dan telah menyamakan
orang yang suka mengumpat itu, seperti orang yang memakan daging saudaranya
yang telah mati.
Firman
Allah:
وَلَا يَغْتـَبْ
بَعْضُكُمْ بَعْضًا, أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يـَأْكُلَ
لـَحْمَ أَخِيْهِ مَيْتًا
فَكَرِهـْتُمُوْهُ. (الحجرات:
12)
Ertinya. “Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengan
yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati,
tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (Al-Hujrat: 12)
Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan
seperti memakan bangkai saudara seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula
daging saudaranya sendiri.Dosa
mwengumpat bukan saja besar malah antrara dosa tidak akan diampunkan Allah
biarpun pelakunya benar-benar beetaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang
yangh diumpat. Selagi orang diumpat
tidak mengempounkan,maka dosa ityu akan kekal dan menerimka pembalasan di
akhirat.Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan
dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya adalah seperti berikut:-
"Wahai orang beriman dengan
lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip
keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban dan Dia akan
mendedahkannya, meskipun dia bderada dalam rumahnya sendiri."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan
mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
”Perbuatan
mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”
Pahala yang dikumpulkan sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tertinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah
al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan
yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka dia berkata kepada Allah:
”Wahai Tuhanku,
dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya. Maka Allah menjawab.-
Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Sebaliknya, jika pahala orang
yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa
orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan buruknya sifat
mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri draipada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan berzikir supaya dapat
menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa
kaedah untuk menghindarkan diri daripada terejerumus ke dalam biuaya hidup suka
mengumpat.
1.
Jika kita
mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu
kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak
berbuat jahat kepada kita.
2.
Manusia perlu
memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, meanggap
dan membuat spekulasi. Maka orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak
memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna
jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.
3.
Ingat dosa.
Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan
diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai
seseorang.
4.
Imam Ghazali ada
menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat.
5.
Suka mendengar
dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
6.
Mahu bersaing
dan menonjolkan diri dengan meanggap orang
lain bodoh dan trendah.
7.
Disebabkan
dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya,
seperti mempunyai gaji dan pangkat yang tinggi.
8.
Bergurau dan
suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga
mengaibkan orangh lain.
9.
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan
rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah terhadap orang lain.
Seruan pada anda.
Marilah kita jauhkan diri dari
mengumpat, kerana mengumpat itu berdosa dan merosakkan persehabatan sesama
Muslim. Dosa mengumpat tidak boleh
dihapuskan melainkan orang yang di umpat itu bersedia memaafkan dan
mengampunkan kita.
------oooooooo--------
No comments:
Post a Comment