Pos 626 - Menghina dan mengejek orang.
Menghina orang ataupun mengejek-mengejek orang lain
adalah terjatuh dalam perbuatan haram hukum Islam. Firman Allah swt di dalam
al-Quran Surah Al-Hujarat ayat 11 yang
bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum
menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang yang di hina itu
lebih baik dari yang menghina. Dan janganlah pula kaum perempuan menghina kaum
perempuan yang lain, barangkali mereka yang di hina itu lebih baik dari merekla
yang menghina. (Al-Hujtar,ayat
11 )
Dalam perebutan kuasa
politik hari ini perbuatan menghina, mengkeji, fitnah-memfitnah
orang lain sangat mejadi-jadi, terutama apabila pilihan raya untuk
mendapat kan kuasa politik menjelang. Mereka tidak ada belas kasihan kepada orang lain termasuk adik-beradik dan saudara mara sendiri,
sanggup di buat, perbuatan tersebut, mereka
lupa perbuatan itu haram. Mereka sanggup berbohong mendedahkan segala kaiaban-keaiban orang lain.
Wahai saudara-saudara ku janganlah berbuat demikian, kerana
Allah swt akan membalasnya kepada yang berbuat
demikian, bukan sahaja di akhirat nanti, tetapi di dunia ini akan dibalasnya lebih dahulu, hanya
lambat atau cepat sahaja akan berlaku.
----------------------ooooo------------
No comments:
Post a Comment