Tuesday, 7 May 2013

Pos 762 - Mengerjakan Amal Dengan Tiada Ilmu....







                 Mereka belajar mencari ilmu.....






          Ada setengah dari mereka yang tiada berilmu......


Pos 762 - Mengerjakan Amal Dengan Tiada Ilmu

Kamu di dalam riak semata-mata dan kamu menyangkakan memuji Allah atau menyeru akan manusia kepada kebajikan maka mengambil kamu membilang-bilang atas Allah Taala maasi dengan taatnya dan menyangka pahala yang amat besar pada tempat  syaksis maka adalah kamu di dalam tipu daya yang amat besar dan lalai yang amat jahat maka inilah demi Allah bala yang memutuskan bagi orang yang mengerjakan amal dengan ketiadaan ilmu.

 Kemudian serta yang demikian, sekaliannya bahawasanya bagi amal yang zahir tergantung dengan daripada perjalanan amal batin yang membaikkan dia dan yang membinasakan dia seperti ikhlas dan  riak dan ujub dan menyebutkan nikmat dan yang lain daripadanya maka barang siapa tiada mengetahui akan perjalanan ini yang batin dan jalan memberi bekasnya di dalam segala ibadat yang zahir dan kafiat memelihara daripadanya dan memelihara akan amal daripadanya maka sedikit baginya barang yang sejahteranya amal yang zahir pula.

 Maka luput zahir dan batinnya dan tiada tinggal di dalam tangannya melainkan payah dan penat dan inilah kerugian yang amat nyata. (Dan kerana inilah( bersabda Rasulullah s.a.w. "ان نوما على علم خير من صلاة على جهل "Bahawasanya tidur atas pengetahuan yakni niat yang kebajikan terlebih baik daripada sembahyang atas jahil maka bahawasanya yang beramal dengan ketiadaan ilmu membinasakan terlebih banyak daripada barang yang membaikkan.(m.s.13)

Dan lagi) sabdanya pada mensifatkan ilmu bahawasanya di ilhamkan orang yang bahagia dan haramkan orang yang celaka daripadanya dan dikehendaki dengan hadis ini, Wa Allah Alam.


Bahawasanya salah satu daripada di celakanya bahawa tiada belajar ia akan ilmu kemudian maka celakanya penat dan payah di dalam ibadat atas berjalan dengan tiada betul jalan seperti berlari unta yang tiada melihat jalan maka tiada ada baginya daripada yang demikian itu melainkan payah maka kami berlindung dengan Allah daripada ilmu dan amal yang tiada memberi manafaat dan kerana inilah besar penolong hemah ulama’ yang zahidin yang ‘amilin dengan ilmu radiallah hu ‘anhum ditentukan akan sebagai tentu antara manusia.

 Maka bahawasanya edaran pekerjaan mahmudiah dan asal ibadat dan khidmat bagi Allah Rabbul ‘Aalamin atas ilmu yakni tiada dapat melainkan dengan ilmu dan beginilah ada tilik yang mempunyai mata hati (Cd 1) dan yang mempunyai ahli alta bid dan taufik (maka apabila) nyatalah bagi mu dengan jumlah ini  bahawasanya taat tiada hasil bagi hamba dan tiada sejahtera baginya melainkan dengan ilmu maka lazim lah tiap-tiap kamu dahulukan dia pada segala kelakuan ibadat, wallah hu’alam.

Sekian dahulu dan akanbersambung lagi.....

                     -------oooo------

No comments:

Post a Comment