Pos 771 - Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan
merupakan penghulu segala bulan. Dalam
bulan Ramadhan diturunkan al-Quran. Ia
adalah bulan beribadah, bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bulan Kebajikan
dan Ihsan, bulan keampunan, rahmat dan keredaan-Nya. Bulan Ramadhan mengandungi malam
Lailatul-Qadar yang mertabatnya lebih baik daripada seribu bulan yang lain.
Orang Mukmin
dalam bulan Ramadhan dapat membaiki urusan agamanya dan dunianya kerana dalam
bulan Ramadhan terdapat masa di mana doa dimakbulkan. Telah disebut dalam al-Hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan bulan
Ramadhan dan berpuasa dalamnya. Antaranya
ialah bermaksud :-
”Kemuncak segala
bulan ialah bulan Ramadhan dan kemuncak segala hari ialah hari Jumaat.”
”Jika
hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan sudah tentu
mereka bercita-cita supaya masa bulan Ramadhan berpanjangan selama setahun.”
At-Tabarani
meriwayatkan Hadith riwayat Ubbudah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
Bermaksud: ”Telah
datang kepada kamu Ramadhan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu
Ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah s.w.t. memperkenankan doa dalam bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu
dalam bulan Ramadhan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada para
Malaikat, oleh itu herndaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah
orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya” (At-Tabarani dari Ubbudah bin al-Samit)
”Apabila tiba
bulan Ramadhan segala pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka tertutup dan
semua syaitan terbelenggu.”
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
”Sembahyang lima
waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penebusan dosa-dosa yang
dilakukan di antara masa-masa tersebut selama mana dosa besar tidak dilakukan.”
”Semua amalan
anak Adam diganda balasan baik dengan 10
kali ganda hingga 70 kali ganda. Allah berfirman,
”Melainkan puasa
kerana ibadah puasa adalah bagi-Ku. Aku yang
memberi balasannya. Seorang yang berpuasa meninggalkan keinginannya dan
makanannya demi kerana-Ku. Bagi seorang yang menunaikan puasa ada dua kegembiraan. Kegembiraan waktu berbuka dan kegembiraan di
waktu menemui Tuhannya. Demi
sesungguhnya bau yang keluar dari mulut seorang yag berpuasa lebih baik di sisi
Allah s.w.t. daripada bau kesturi.”
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah r.a. ”Sesiapa yang berdiri
(sembahyang) pada bulan Ramadhan dengan penuh iman dan istihsab, Allah
mengampunkan dosanya yang telah lalu.”
”Sesiapa
menghidupkan amalan-amalan Ramadhan dengan megerjakan sembahyang Tarawih atau
sebagainya dengan zikir dan istighfar, membaca al-Quran, kerana menepati apa
yang dijanjikan Allah s.w.t. dengan balasan serta menghitungkan balasan pahala
di sisi Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dalam keadaan tidak menyengutukan
Allah dengan sesuatu, dia akan diampunkan segala dosanya kecuali yang berkenaan
dengan hak anak Adam, kerana hak-hak itu tertakluk kepada tanggungan atau kemaafan.
(Kitab Al-Muhadhdhab, Jil.1 hlm. 189)
”Ramadhan
merupakan bulan kesabaran yang balasannya ialah syurga. Ramadhan merupakan bulan bantu-membantu,
bulan yang dijanjikan rezeki yang bertambah untuk orang Mukmin.
Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, amalannya membawa
kepada keampunan bagi segala dosanya dan melepaskan dirinya daripada api neraka
serta mendapat balasan pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang yang
berpuasa tanpa ada sesuatu kekurangan.”
Para sahabat
Rasulullah s.a.w. lantas bertanya. ” Ya Rasulullah s.a.w.! Tidakkah semua kami ini boleh memberi makanan kepada
orang yang berpuasa untuk berbuka?
Rasulullah s.a.w. menjawab ”Allah s.w.t. memberi pahala ini kepada orang
yang memberi sebiji kurma atau minuman air atau susu campuran kepada orang yang
berpuasa untuk berbuka puasa.”
Bulan Ramadhan,
awalnya membawa rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada
api neraka. Dalam bulan Ramadhan
hendaklah diperbanyakkan ermpat perkara: dua perkara, kamu akan dapat mencari
keredhaan Tuhanmu, manakla perkara lain kamu tidak dapat melepas akan
peluang. Dua perkara yang kamu dapat
mencari keredhaan Tuhan ialah:
ucapan لاإله إلا
الله serta kamu menuntut keampuna-Nya.
Manakala dua perkara yang kamu tidak dapat melepaskan peluang ialah kamu
memasuki syurga daripada Allah s.w.t. dan memohon perlindungan daripada neraka. Sesiapa memberi minum kepada orang yang
berpuasa, Allah akan membalas dengan memberi minuman yang menahan dahaga
sehingga dia masuk syurga.
(Kitab Fiqh
& Perundangan Jilid 2 m.s. 640).
Sekian dahulu buat
sementara waktu, dan akan menyusul lagi bahagian ini seterusnya sedikit masa lagi,
Wassala
mualaikum......!
---------------------ooooooooooooo---------------------
No comments:
Post a Comment