Thursday, 9 May 2013

Pos 765 –Ulama’ yang memelihara akan ulama’











Pos 765 –Ulama’ yang memelihara akan ulama’

(Kemudian) maka ketahui bahawasanya apabila ada ia di dalam tiap-tiap negeri seorang ulama’ yang memelihara akan daripada ulama’ ahli al-sunah yang menghuraikan syubhat dan mereka atas ahli al-bid’ah dan masyghul dengan ini ilmu yakni menuntut ia akan demikian ilmu yang dapat menghuraikan syubhat dan menjernihkan segala hati ahli al-haq daripada waswas ahli orang mabdi’ah maka sanya telah gugur fardunya daripada orang yang  lain. (Dan demikian lagi) tiada lazxim kamu mengetahui akan halus ilmu ser dan segala yang membukakan ajaib hati melainkan barangyang membinasakan atas mu ibadat mu maka wajib mengetahui akan dia supaya kamu jauhkan dia dan barang yang lazim atas mu mengerjakan dia seperti okhlas dan Alhamdulillah dan syukur dan tawakal dan umpamanya maka lazim kamu mengetahui akan dia supaya kamu menunaikan dia.

(Dan ada pun) barang yang lainnya maka tiada lazimn atas mu (dan demikianlagi) tiada lazim atas mu mengetahui segala abuwab ilmu fgiqh daripada berjual beli dan sewa-menyewa dan berekahwin dan talak dan mahu keadan sungguhnya tiap-tiap yang demikian itu fardu kifayah (maka jika) engkau kata ini  kadar daripada ilmu tauhid adakah hasil dengan menilik manusia dengan ketiadaan guru yang mengajarkan akan dia (maka ketahui) oleh mu bahawasanya guru itu yang membukakan dan memudahkan dan menghasilkan dia serta terlebih mudah dan senang bermula Allah Taala dengan memberi kurnia Nya atas orang yang dikehendaki daripada hambanya maka adalah ia yang mengajar akan mereka itu Subhanahu wataala (kemudian) ketahui bahawasanya uqbah ini yang ialah yang uqbah ilmu satu uqbah yang sangat payah dan tetap dengan dia tercapai segala yang madlubnya dan yang di maksudnya dan manfaatnya amat banyak dan memutuskan dia amat sukar dan yang ditakutinya amat besar beberapa orang yang terpaling daripadanya maka sesat dan beberapa orang yang berjalan akan dia maka tergelincir dan beberapa orang yang tercengang padanya di dalam hairan dan beberapa daripada orang yang di dalam menyesal yang terputus padanya dan orang yang menjalan dia diputuskan dia di dalam masa yang sedikit dan yang lainnya berulang-ulang padanya tujuh puluh tahun dan dan segala pekerjaan itu sekaliannya dengan tangan Allah Azza wajjala (ms 14,baris  CD 5)

Demikian dahulu buat sementara ini, akan bersambung lagi......
                                           --------ooooo-------

No comments:

Post a Comment