Monday, 6 May 2013

Pos 758 – Ilmu itu Lebih Utama dari yang lain














Pos 758 – Ilmu itu Lebih Utama dari yang lain

Dan tetaplah bahawasanya terdapat tiada bagi hamba itu daripada keduanya sekaliannya maka ilmu itu terlebih utama dengan mendahulukan dia terdapat tiada kerana bahawasanya ia asalnya dan dalil yang demikian itu sabda Nabi s.a.w. " العلم امام العلم والعمل تابعه "  Bermula ilmu itu ikutan amal dan amal itu mengikut akan dia dan sesungguhnya adalah ilmu itu asal dan ikutan lazimlah engkau dahulu akan dia atas ibadat kerana dua perkara –(pertama) supaya hasil bagi mu ibadat dan sejahtera ia maka bahawasanya pertama-tama wajib bahawa mengetahui Tuhan yang di sembahnya kemudian maka engkau ibadat kan dia dan betapa engkau ibadat kan mereka yang tiada engkau ketahui akan namanya dan sifat zatnya dan barang yang wajib baginya dan barang yang mustahil pada haknya maka terkadang barangkali engkau iktikad padanya dan pada sifatnya suatu yang tiada patut bagi zatnya dan kami berlindung dengan nama Allah barang yang menyalahi sebenarnya maka jadilah ibadat kamu seperti debu yang bertaburan.
Sekian dahulu dan akan bersambung lagi akan datang.
                     --------------------------------ooo-------------------------------------



No comments:

Post a Comment