Wednesday, 8 May 2013

Pos 763 –Ilmu manfaat buat takut pada Allah Taala












Pos 763 –Ilmu manfaat buat takut pada Allah Taala

(Dan adapun) perkara yang kedua yang mewajibkan mendahulukan ilmu bahawasanya yang manafaat itu buat takut akan Allah Taala dan hebat akan Dia firman Allah Taala (انما يخشى الله من عباده العلماء) Sesungguhnya yang takut akan Allah itu daripada segala hamba Nya oleh ulama’.

Dan yang demikian itu bahawasanya barang siapa yang tiada mengenal akan dia akan sebenar makrifat tiada hebat akan dia akan sebenar hebatnya dan tiada membesar akan Dia dan tiada berkhidmat ia akan sebagai khidmatnya maka jadilah ilmu itu membuahkan taat sekaliannya dan mendindingkan daripada maksiat sekaliannya dengan penolong Allah Taala dan tiada dibela akan dia in yang di qasad bagi hamba di dalam ibadat akan Allah Taala.

 Maka lazim oleh mu telah memberi petunjuk akan dikau Allah Subha nahu Wataala wahai orang yang berjalan akan jalan akhirat pertama-tama tiap-tiap sesuatu bermula Allah Taala itu yang memerintah memberi taufiq dengan kurnia Nya (Dan mudah-mudahan) bahawa engkau berkata sanya telah datang khabar daripada Nabi s.a.w. bahawasanya bersabda (طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة) – menuntut ilmu itu fardu atas tiap-tiap Muslim laki-laki dan Muslimat.

Maka apa ilmu yang dituntut akan dia fardu yang lazim dan apa hadnya yang tak dapat tiada bagi hamba daripada menghasilkan dia di dalam pekerjaan ibadat (maka ketahui) bahawasanya ilmu itu yang di tuntut akan dia fardu pada jumlahnya tiga perkara, pertama ilmu Tauhid (CD 2)dan kedua ilmu ser iaitu yang dikehendaki dengan dia itu barang yang bergantung dengan dia hati dan perjalanannya dan ketiga ilmu syariat (dan adapun hadis) barang yang wajib daripada tiap-tiap satu daripadanya maka yang di fardu bagi hamba daripada ilmu Tauhid kadar barang yang mengetahui dengan dia akan asal agama dan yaitu bahawa engkau ketahui bahawasanya bagi mu Tuhan (واحدا عالما قادرا حيا مريدا متكلما بصيرا لاشريكله) maksudnya “Yang asa yang mengetahui yang kuasa yang hidup yang berkehendak yang berkata-kata yang melihat tiada sekutu bagai Nya.”…(متصفا بصفات الكمال منزها عن دلالات الحدوث منفر دابا لقدم عن كل محدث) ….bersifat ia dengan segala sifat kamal maha suci daripada menunjukkan baharu tanggal ia dengan qidam Nya daripada tiap-tiap bagi yang baharu (وان محمد صلى...عبده ورسوله الصادق فماجاءبه عن الله سبحانه وتعالى)….. ertinya – dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. hambanya dan rasulnya yang sadiq yakni yang benar pada barang yang datang daripada Allah.

Sekian dahulu akan bersambung lagi....

                     --------ooooo-----


No comments:

Post a Comment