Monday, 20 May 2013

Pos 767 –Bertaubatlah apabila kamu melakukan dosa













Pos 767 –Bertaubatlah apabila kamu melakukan dosa

c.d.24)(Maka sesungguhnya)  telah sampai kepada kami  Aba Abdullah, bahawasanya berkata ia berdosa aku akan dosa yang amat besar dan aku duduk menangis atasnya empat puluh tahun dunia orang baginya dan apa ia hai Aba Abdullah katanya, telah ziarah akandaku saudara bagiku, maka aku belinya ikan maka makan ia kemudian berdiri aku kepada pagar rumah jiranku maka aku ambil daripadanya sebiji buah delima dan tiada aku minta halal daripada empunyanya dahulu inilah dosaku.
 (maka bersungguh-sungguh oleh mu kira-kira diri mu dan hisabkan dia dan segerakan kepada taubat maka bahawasanya ajal mu itu tersembunyi daripada mu dan dunia banyak tipu dayanya dan tadra’u oleh mu kepada Allah dan menghinakan diri dan sebut akan hal bapa kamu Adam Alai His salam yang telah dijadikan Allah dengan tangannya dan ditiup padanya rohnya dan menanggung akan dia kepada sayurga di atas bahu malaikat dan tiada berdosa ia melainkan  dosa yang satu jua maka diturunkan dia barang yang turun hingga diriwayat bahawasanya Allah Taala berfirman baginya ”Hai Adam dimana sekampung ada ku bagimu maka sembah ia bahkan sebaik-baik sekampung Tuhan ku....
(m.s.21)  firmannya ”Hai Adam keluar oleh mu daripada berjiran bagi ku dan hantarkan daripada kepala mu...maka bahawasanya tiada berjiran akan daku daripada orang yang maksiat akan daku hingga bahawasanya di riwayat menangis ia atas dosnya dua ratus tahun hingga diterima Allah akan taubatnya dan diampun akan dosanya yang satu (dan ini) halnya الله سبحانه وتعالى serta nabiNya dan sofihinya pada dosa yang satu maka apa hal orang yang lain di dalam dosa yang tiada terhingga dan inilah serta تضرع dan  orang yang taubat maka betapa orang yang meninggalkan lagi memayahkan dan memudahkan (dan sesungguhnya)  telah elak orang yang berkata takut di atas dirinya oleh orang yang taubat maka betapa engkau lihat hal mereka yang tiada sekali-kali taubat.

(dan jika) engkau taubat kemudian maka engkau binasakan taubat engkau dan kembali engkau pula kepada dosa yang kedua kalinya maka kembali pula oleh mu kepada taubat pula dengan bersegera dan kata oleh mu bagi diri mu mudah-mudahan aku mati dahulu daripada bahawa aku kembali kepada dosa sekali ini dan demikianlah kedua kalinya dan ketiga kalinya dan demikianlah seperti kamu mengerjakan dosa dan kembali pula kepadanya mengerjakan dia ibadat maka ambil oleh mu akan taubat dan kembali kepadanya akan kerja mu pula maka jangan kamu jadikan taubat itu terlebih  lambat daripada mu seperti barang yang kembali mengerjakan dosa  dan jangan kamu putus asa dan jangan menegahkan dikau oleh syatian daripada taubat dengan sebab yang demikian itu maka bahawasanya tanda kebajikan tiadakkah engkau dipersabda ’alai  his sola tu wassalam (خياركم كل مفتن تواب) sebaik-baik kamu itu tiap-tiap yang kebanyak fitrah taubatnya – artinya yang banyak kena bala dengan dosa  banyak taubat daripadanya dan kembali kepada  الله تعالى عزوجل dengn nadamat yakni menyesal dan istighfar dan ingat bagi firman الله سبحانه وتعالى :-
        وَمَنْ يَعْمَلْ سُوْءًاَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثـُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًا رَّحِيْماً.
         (النساء 110)       
Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menzalimkan dirinya kemudian minta ampun akan Allah didapati ia akan Allah Tuhan yang amat mengampuni lagi amat kasih sayang maka inilah وبالله التوفيق.
Sekianlah dahulu dan akan ku sambung lagi hal ini......

                                     -----oooo----





No comments:

Post a Comment