Pos 770 .Amalan-Amalan Soleh.
Setelah kita
sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita
telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa
lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh
untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t.
:-
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا
لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ
رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)
” Barangsiapa
mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan
amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya.
(Al-Kahfi ayat 110).
2.. Amalan Soleh.
Beramal soleh bermaksud iaitu kita
tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada
waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila
mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak,
berzina, memakan wang riba, kita bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak
yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama,
kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang
sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.
Dan kita tidak
meninggal Puasa Wajib di bulan Ramadan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun
di tengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat
Witir solat Duha, solat Al-Ishraq di
pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah SWT dan tidak menyembah selain dari Allah, kita
tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).
Kita menghormati jiran tetangga kita,
menziarahi sanak saudara, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri
jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita
amalkan amanah, tidak menipu dan putar
belit, kita membuat tugas apa yang di beri tanggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita
menetapi segala janji-janji kita sesama
Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk
agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.
Kita menjauhi
dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri,
kita tidak berkata-kata yang tidak memberi
manfaat, kita banyakan sabar,
kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur
sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri
untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak
langsung mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.
Melazimkan
Qanaah dan Meninggalkan Asraf.
Barangsiapa yang
ingin beranal soleh, wara’ dan memelihara diri serta memilih hanya yang halal
semata-mata, maka hendaklah ia bersifat qanaah (memadai dengan yang ada) dari harta benda dunia, dan hendaklah
cenderung kepada yang sedikit daripadanya, tidak asraf iaitu bersifat boros,
tidak berlebih-lebihan dan terlampau mencintai syahawatnya
3.. Qiamullail – Sembahyang Malam
Jika ditinjau
latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati
bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan
dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh
kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah
sewajarnya kita perlu mengetahui apakah
jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya
supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk
membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan
yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Firman allah
s.w.t.:-
مَنْ عَـمِلَ
صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً
طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ
جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا
يَعْمَلُونَ. (النخل 97)
•
Barang siapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau
perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang
baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari
apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl
ayat 97)
4.. Fadhilat Qiamullail.
Keutamaan sembahyang malam itu
berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar
melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firman Nya:-
وَمِنَ اللـَّيْلِ
فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة لـَكَ عـَسَ أ
نْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan bangunlah
pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakan sembahyang tahajud padanya
sebagai sembahyang tambahan bagi mu, semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkan
(pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”
(Al-Isra’ ayat 79.)
Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw.,
tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan
untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.
Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah
sebenarnya yang berhak dan layak
menerima kebaikan serta rahmat Nya, sebagaimana firman Nya;-
إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ
فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ آخِذِيْنَ مآ
آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ, كـَا نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,
وَبِالْا سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga
dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap
sombong takbur). Mereka
selalu merenggang diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana
mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa
kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan Nya) serta dengan
perasaan ingin memperoleh lagi (keredaan
Nya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka.
Maka tiada
seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan
untuk mereka (dari segala jenis nikmat)
yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal
soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)
5..
Orang Yang Berbakti Pada Allah.
Mereka yang
berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah s.w.t dari orang-orang yang tidak
melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-
أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ
وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ
وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا
الْاَلـْبَابِ. (الزمر: هية 9)
“Adakah orang
yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada
seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang
yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang
tidak mengerti? Sesunguhnya
orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah
orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Zumnat ayat 9)
Demikianlah
beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan
itu. Dalam demikian Rasulullah s.a.w.
juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-
أَيُّهَا النـَّاسُ
اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا
بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة بِسَلَامِ.
(رواه الحاكم وابن
ماجه والترمزي)
“Wahai sekalian manusia, sebarkan salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang
tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR
Al-Hakim dan Ibnu Majjah dan Termizi.)
Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda”-
قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ
قَبْـلـَكُم ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَةٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاةٌ عـَنِ الْإِثـْمِ, وَمطـْرَدَةٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.
Salman Farsi berkata:- Rasulullah
s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan
orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk
mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu,
pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”
6..TERTIB MENGERJAKAN
SOLAT-SOLAT MALAM.
Seseorang yang hendak melakukan
solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk
bersembahyang. Dari Abu Darda
r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-
Bermaksud: ”barangsiapa yang
hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur
terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala,
sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.”
(Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).
Sebaik-baik solat itu dimulai
dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya
bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:
Bermaksud: ”Apabila salah seorang
di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai
dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Hendaklah membangunkan pula
keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-
Bermaksud: ”Allah memberikan
rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu
membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air
di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun
malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya
itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).
7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.
Solat malam itu dapat dikerjakan
di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan
sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan
solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga
jam 6.00 pagi.
8.. Orang Mukmin yang sempurna imannya.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّمَا
الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ
وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ
رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ.
الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ
الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ
وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ
•
Ertinya:
Hanyasanya orang-orang
mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama
Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan
ayat-ayat Nya, hal tersebut menjadikan iman mereka semakin bertambah-tambah,
dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada
yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna
iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan,
dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)
9.. Melakukan Sedekah Jariah
Firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Baqarah
ayat 254.
يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ
مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ
وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ
هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.
•
Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan
kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada
persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang
inanya.”
(Al-Baqarah ayat 254)
10.. Kesimpulan:
Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا
يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ
خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ
َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)
Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,
dimasukkan Allah ke dalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sungguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk
mereka
(At-Thalaq ayat 11)
Sekian dahulu ”Santapan
Rohani” untuk renungan kita bersama.
-----------------ooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment