Wednesday, 22 May 2013

Pos 768 -Makan dan Minuman dari Sumber Haram








Pos 768 -Makan dan Minuman dari Sumber Haram 

Ketahui bahawasanya seseorang itu tidak akan mencapai keimanan yang hakiki sehingga di ada padanya empat perkara berikut:

a.    Menunaikan segala fardunya dengan di di ringi sunat-sunat.
b.   Memakan yang halal dengan penuh waraknya.
c.   Menjauhi segala larangan Allah SWT lahir dan batin.
d.   Bersabar dalam keadaan serupa itu sehingga akhir hayat.


Sabda Rasululah s.a.w.:

”Seseorang yang makan Minumnya daripada Sumber yang Haram Doanya Tidak Akan Dikabulkan.”
                                                      (H.R.Bukhari dan Muslim)
Rasullah s.a.w. bersabda ”Allah s.a.w. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja.  Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya. Firman Allah s.a.w.
يَأَ يُّهَا الرُّسُلُ كُلـُوْا مِنَ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلـُوْا صَلِحًا . إِنـِّىْ بِمَا تَعْمَلـُونَ عَلـِيم.ٌ  (المؤمنون 51)
”Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh.  Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
                                   (Al-Mukminun ayat 51)

Di tempat yang lain Allah s.w.t. berfirman lagi :
يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم.
                (البقرة: 172)
“Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu.”
                                        (Al-Baqarah ayat  172)

Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh. Dengan rambut yang kusut-masai, pakaian yang berdebu-debu, lalu mengangkat tangannya kea rah langit dan berkata
 “ Ya, Allah, Ya Allah”. Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan yang  haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”  (Jam’ul Fawaid)

Keterangan.

Orang ramai kadang-kadang tidak terfikir sebab-sebab doa orang Islam tidak diterima.  Tikar sembahyangnya yang diambil dari masjid tanpa keizinan. Pakaiannnya dari jenis yang diharamkan syarak. Makanannya dari wang yang diterima daripada wang judi.

Kita boleh membayangkan keadaan yang  sebenar daripada mahfum hadis di atas. Kadang-kadang Allah s.w.t. turut menerima doa daripada orang-orang kafir pun kerana kemurahan dan kurniaanNya,  Namun, doa orang yang bertakwalah sebenarnya yang berkesan.

Oleh sebab itu, doa orang-orang yang bertakwa sahajalah yang sangat-sangat diharapkan. Mereka yang inginkan doa mereka diterima oleh Allah s.w.t. hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan diri mereka daripada harta dan perbuatan yang haram.

Sekia dahulu, mudah-mudahan dengan kenyataan yang ringkas dapat meresap ke jiawa anda dan akan mengambil  iktibar dalam kehidupan sehari-harian anda.
Wassala mualaikum.  (Kitab Fadhilat Amal m.s. 71)


               ------------ooooooooo------------------

No comments:

Post a Comment