Pos 766- Belajar oleh mu ilmu yang manafaat
Adapun mafaaftnya) maka atas barang yang kami sebut akan
dia daripada saat hajat hamba itu kepadanya dan ditaruh segala
pekerjaan ibadat sekaliannya atasnya istimewa pula ilmu tauhid dan ilmu ser
(maka sanya) telah meriwayat ulama bahawasanya Allah Subha nahu wataala telah
me wahyu kepada Nabi Daud a.s., maka firmanya (ياداود تعلم العلم النافع فقا الهى وماالعلم النافع فقال ان تعرف
جلالى وعظمتى وكبر يأتى وكمال قدرتى كمال على كل شىء فان هذا الذى يقر بك الى)
“Wahai Daud belajar oleh mu akan ilmu yang memberi manfaat, maka sembah
ia wahai Tuhan ku dan apa ilmu yang memberi manfaat itu maka firman Nya bahawa
engkau mengenal akan jalan ku dan kebesaran ku dan sempurna kudrat ku tiap-tiap
suatu maka bahawasanya inilah yang mendampingkan dikau kepada aku.” (ms
15,baris CD 6).
(Dan daripada
Sayidina ‘Ali r.a.) Bahawasanya berkata ”Ia tiada menyuka aku jikalau
aku mati kecil-kecil dan masuk ke syurga dan jikalau aku besar maka aku
mengenal akan Tuhan ku yakni yang menyukakan aku bahawa aku dibesarkan aku mengenal
akan Tuhan ku maka yang terlebih
mengenal manusia dengan Allah ialah yang terlebih baik mereka itu
baginya takutnya dan yang terlebih banyak ibadatnya dan yang terlebih baik
mereka itu menasihatkan pada Allah yakni memberi nasihat hambanya di dalam
jalan menghampirkan kepada Allah Taala.
(Dan adapun) Syahadahnya yakni payahnya maka buangkan
oleh mu akan diri mu di dalam ikhlas pada menuntut bagi ilmu dan ada antara itu
sunat hendak mengerjakan amal tiada tuntut riwayat jua (maka ketahui oleh mu)
bahawasanya kebinasannya itu amat besar maka barang siapa menuntut akan ilmu
supaya memalingkan muka manusia kepadanya dan duduk dengan raja-raja dan
memegahi dengan dia orang setandingnya atau kerana memikat dengan dia akan mata
benda di dunia maka adalah perniagaannya itu tiada laku dan mata bendanya rugi.
Sabda rasulullah s.a.w. ”من طلب العلم ليفاخر العلماء وليمرى به السفهاء أو ليصرف به
وجوه الناس اليه أدخله الله النار" –Bargsiap menuntut ilmu supaya memegah akan ulama’ atau kerana
membantahi dengan dia akan orang supaha’ atau kerana memalingkan dengan dia
akan muka manusia kepadanya, memasukkan dia Allah akan neraka.” (dan kata) Abu
Yazid Albasithmi r.a. aku mengerjakan di dalam mujahidah tiga puluh tahun maka
tiada aku dapat suatu yang terlebih sangat payah atas ku daripada ilmu dan
hampir binasanya dan takut oleh mu mehiasi
bagi mu syaitan maka berkata bagi mu apabila adaanya telah datang kebinasaannya
yang amat besar pada menuntut ilmu maka menangkan dia itu terlebih utama maka
jangan kamu sangka yang demikian itu maka sesungguhnya telah diriwayat daripada
Rasulullah s.a.w. bahawasanya bersabda:”اطلعت ليلت المعراج على النار فرأيت أكثرأهلها
الفقراء قالوايارسول الله من المال قال لابل من العلم" – Aku lihat pada malam mijrat atas api neraka maka aku lihat
kebanyakan ahlinya fuqara’ sembah mereka itu ya Rasulullah daripada arti
sabdanya tiada tetapi daripada ilmu maka barangsiapa tiada menuntut ilmu tiada
dapat mendatang baginya beberapa hukum ibadat dan mendirikan dia dengan huquqnya dan jikalau bahawasanya
seorang laki-laki meibadatkan Allah s.w.t.
akan ibadat malaikatr tujuh petala langit dengan tiada ilmu adalah ia
daripada orang yang kerugian (maka ijtihad oleh mu) di dalam menuntut ilmu dengan
bertanya dan mengambil daripada mulut guru dan mengaji dan jauh oleh mu akan
segan dan malas dan jemu dan jika tiada
maka adalah engkau di dalam hampir kebinasaan sesat berlindung kita dengan
Allah.
Sekian dahuluy akan disambnung lagi....
-----oooo--------
No comments:
Post a Comment