Suasana semasa PRU 13 di Transkrian,Nibong Tebal.
Mereka belajar barang yang lazim
Pos 759- Wajib belajar barang yang lazim
Kemudian) Wajib atas mu belajar barang yang lazim
yakni barang yang wajib atas mu mengerjakan dia daripada segala yang wajib
syariat atas barang yang seumpama yang disuruh dengan dia supaya engkau
mengerjakan dia yang demikian itu dan barang yang lazim engkau meninggal akan dia daripada segala yang ditegah
supaya engkau tinggalkan dia yang demikian itu.
Dan jika tiada maka
engkau mengerjakan dengan taat yang tiada engkau ketahui akan dia apa ia dan
betapa ia maka betapa wajib engkau membuat atau betapa engkau menjauhkan
maksiat yang tiada engkau ketahui bahawasanya ia maksiat hingga jangan jatuh
diri mu di dalamnya maka ibadat yang pada syarak itu seperti bersuci dan
sembahyang dan puasa dan yang lain daripadanya wajib engkau belajar akan dia
dengan segala hukumnya dan segala syaratnya hingga engkau dirikan dia maka terkadang
engkau mengekalkan atas suatu beberapa
tahun dan beberapa masa daripada barang yang membinasakan dia atas mu air
sembahyang kamu dan sembahyang kamu dan yang mengeluarkan keduanya itu jatuh keduanya atas yang berbetulan sunat dan engkau tiada
mengetahui dengan yang demikian itu dan terkadang melintangi bagi mu sesuatu
yang kesamaran dan tiada engkau dapat akan tempat bertanya akan dia daripada
yang demikian itu dan tiada engkau mengetahui dan tiada engkau belajar akan
dia.
Sekian dahulu, akan bertsambung lagi.....
---------------------------------oooo------------------------------
No comments:
Post a Comment