Sunday, 26 May 2013

Pos 778 – Penciptaan Nabi Adam A.S.














 Pos 778 – Penciptaan Nabi Adam A.S.

Firman Allah SWT (dalam Surah Al-Baqarah ayat 30-39) yang bermaksud:

“Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka bertanya ”Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, orang yang akan membuat kerosakan di sana dan melakukan pertumpahan darah. Padahal kami selalu bertasbih dengan memuji dan mensucikan Mu?...Tuhan berkata ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Dia (Allah) mengajar Adam nama-nama (benda atau makhluk) seluruhnya.  Kemudian Allah SWT bertanya kepada para malaikat ”Sebutkan kepada Ku nama-nama benda itu kalau kamu makhluk yang pintar;”

Mereka menjawab ;”Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan apa-apa selain pengetahuan yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.”

Allah SWT berfirman ” Hai  Adam beritahukan kepada mereka nama-nama benda itu,” Setelah mereka diberitahu nama-nama benda itu, Allah SWT befirman ”Bukankah sudah Aku katakan kepadamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi.  Aku juga mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”

Ketika Allah SWT berfirman kepada para malaikat ”Bersujudlah kamu kepada Adam (memberi hormat)” maka bersujudlah mereka kecuali Iblis. Dia enggan dan sombong.  Dia termasuk golongan makhluk  yang kafir.

Allah SWT berfirman ”Hai Adam, masuklah syurga ini bersama isteri mu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai.  Tetapi kamu jangan sekali-kai mendekati pohon ini. Kerana ia akan menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”

Laslu keduanya digelincirkan oleh Iblis dari syurga. Akibatnya mereka dikeluarkan daripada kesenangan di syurga itu. Allah SWT berkata ”Turunlah kamu!....
 Di antara kamu akan menjadi musuh bagi yang lain. Bagi mu disediakan tempat di bumi dan kesenangan hidup sampai batas waktu yang ditentukan”

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Allah SWT menerima taubatnya.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berfirman. ”Turunlah kamu dari syurga! Kelak kamu akan memperolehi petunjuk Ku.  Barangsiapa mengikuti petunjuk Ku, nescaya mereka tidak perlu khuatir dan bersedih.
                                           (Surah Al-Baqarah: ayat 30 ke 39).

Bersambung dalam siaran akan datang.
                       --------oooooo--------





No comments:

Post a Comment