Jangan hasad dan deni pada sesama insan....
Pos 777 - Apakah Hasad dan Dengki
Ketahuilah bahawasanya hasad dan
dengki itu merupakan hasil dan natijah dari sifat dendam yang tercela.
Bagi sifat hasad ini ada berbagai-bagai cabangnya yang terkeji pula,
sehingga tiada dapat terhetung banyaknya.
Di antaranya hasad itu seperti sabda Rasulullah SAW:
أَلـءحَسَدُ يَأْ كـثلُ الـْحَسَنـَاتِ كـَمَا
تـَأْ كـُلُ النــَّارُ الـْحَطـَبَ.
”Hasad itu memakan (membinasakan)
kebajikan, sebagaimana api ”
Ketahuilah
bahawa haqiqat hasad itu ada dua perkara :
Pertama - rasa kurang senang terhadap nikmat
yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus
daripadanya:
Kedua - tiada mengharap-harapkan nikmat itu
lenyap dari orang lain, tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri
dan itu dinamakan ”ghitah”
Sifat yang
pertama dihukumkan haram dalam segala segi, kecuali nikmat-nilmat yang
diperolehi oleh seorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan
nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan
Allah s.w.t., membuat kerosakan di atas muka bumi, dan menyakiti orang. Maka
dalam hal tersebut tiadalah terlarang
bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu daripada orang yang
derhaka itu supaya kerosakan yang dilakukan itu terhenti.
Mengenai
pengharaman sifat hasad dan dengki dan membencikan seseorang itu kerana nikmat
dan kesenangan yang ada padanya, samalah seperti memurkai qadha Allah s.w.t.
dan ketentuannya dalam melebihkan setengah hambaNya ke atas setengah yang lain.
Kelakuan seperti ini tidak syak lagi tentulah berdosa dan tidak dapat ditolak
dengan alasan bagaimana sekalipun.
Apakah di sana
ada lagi maksiat atau dosa yang lebih besar daripada kebencian anda terhadap
kesenangan seorang Muslim, pada hal
tidak ada suatu mudharat pun yang akan menyentuh diri anda, disebabkan
kesenangan Muslim itu. Dalam hal ini firman Allah s.w.t.
إِنْ تـَمْسَسْكُمْ حَسَنـَةٌ تـَسُؤْ هُمْ وَإِنْ تـُصِبْكُمْ سَيِّـءَـةٌ يَفـْرَحُوْا بِهَا. (العمران
120)
”Apabila kamu mendapat kebaikan,
nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat musibah
maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”
(Al-Imran ayat 120)
Menunjukkan rasa gembira dalam keadan
seperti ini adalah bermakna perasaan irihati terhadap kesenangan orang lain,
manakala hasad, dengki dan sifat irihati itu sentiasa berada disamping mereka.
Dalam hal ini seseorang itu hendaklah
mempunyai sifat tidak meletakkan keinginan daripada nikmat-nikmat yang dikecapi
oleh orang lain. Firman Allah s.w.t.:
وَلَايَجِدُوْنَ فِيْ صُدُوْرِهِمْ حَاجَة
ً مِمَّاأ ُوْتـُوْا.
(الحشر :9)
”Mereka tiada meletakkan sesuatu
keinginan di dalam dada-dada mereka daripada nikmat yang dikecapi oleh orang
lain.” (Al-Hasyr; 9)
Rasulullah
s.a.w. bersabda megenai larangan hasad dan dengki itu, dan juga mengenai hasad
yang dibolehkan di dalam Islam ialah apabila seseorang yang dikurnia Allah
harta yang banyak lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak
dan benar iaitu ke jalan Allah. Begitu juga seorang yang dikurnia Allah ilmu mengamalkan ilmu itu
serta mengajarkannya juga kepada orang ramai.
Sabdanya :
لَا تـَحَا سَدُوْا وَلَا تــَقـَا طَعـُوْا
وَلَا تـَبـَا غَضُوْا وَلَا تـَدَا بـَرُوْا وَكُوْنـُوْا عِبـَادَ اللهِ إِخـْوَنـًا
كَمَا أَمـَرَكُمُ اللهُ.
“Janganlah kamu sekalian dengki mendengki, jangan putus memutuskan
solaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu
sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yanh
diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan.
Adapun cara
menyembuhkan hasad dan dengki itu dengan amalan-amalan yang berguna pula, ialah
dengan memaksa diri melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kemahuan dan
hasutan hasad dan dengki itu sendiri. Seseorang itu hendaklah dengan bersifat
tawaduk atau merendah diri terhadap orang yang di dengki itu.
Begitu pula
dengan mengucapkan kepujian dan kesyukuran kerana nikmat yang ia perolehi. Kemudian menampakkan rasa kekegembiraan dan
kesenangan dengan nikmat yang dikecapnya pula. Dengan jalan ini kelak hati yang
didengki dan sakit itu akan kembali pulih semula, dan timbul pula ditempatnya
rasa kasih sayang dan persefahaman yang kukuh.
Dengan itu akan terlepaslah hati itu dari kepedihan penyakit hasad dan
dengki dan dibelenggu perasaan membenci itu.
Cara-cara ini
terlalu berat untuk dilakukan, dan pahit untuk dirasakan oleh hati. Akan tetapi
faedah dan manfaat itu selalunya berada di dalam ubat yang pahit. Walau
bagaimana pahit sekalipun dirasakan ubatnya namun ia dapat diatasi dengan sifat
merendah diri.
Sekian dahulu
serba ringkas dan penulis akan kembali semula dengan siaran Blog ini dalam masa
yang terddekat nanti.
Wassalka
mualaikum....!
--------------------oooooooooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment