Pakaian yang menutup Aurat.
Pos 761 -Jangan Meneguhkan maksiat
Maka adalah Edaran kelakuan ini sekalian pula atas ibadat
yang batin iaitu tempat perjalanan hati, wajib bahawa belajar engkau akan dia
daripada tawakal dan taghuad yakni
menyerah diri dan reda dan sabar dan taubat dan ikhlas dan yang lain daripada
yang demikian itu seperti yang lagi akan datang sebutannya Insya Allah Taala
dan wajib bahawa belajar pula akan segala menahani yakni segala yang ditegah
akan dia yang iaitu lawan bagi segala perkara ini seperti pemarah dan cita-cita
yang panjang dan riak dan takbur supaya engkau jauhkan dia maka bahawasanya
beberapa fardu yang sudah nas Allah Taala atas menyuruh dengan dia dan
menegahkan dia daripada lawannya di dalam kitabnya yang aziz di atas lidah
nabinya Muhammad s.a.w. seperti firman Allah Taala:
وعلى الله فتوكلوا ان كنتم مؤمنين - “ Dan atas Allah maka
berserah kamu jika ada kamu Mukminin” dan lagi firman Nya – واشكرو الله ان كنتم اياه تعبدون – Dan syukur kamu bagi Allah jika ada kamu akan dia menyembah
kamu – (dan) firman Nya lagi “dan sabar
kamu bahawasanya Allah s.w.t. serta orang yang sabar (dan lagi) firman Nya
وتبتل اليه تبتيلا - dan putuskan oleh mu kepadanya akan sebagai
putus yakni ikhlas oleh mu kepada Allah akan sebagai ikhlas dan umpama yang
demikian itu daripada beberapa ayat seperti yang disebutkan atas menyuruh
dengan sembahyang dan puasa maka apa engkau berhadap kamu atas sembahyang dan
puasa dan engkau tinggalkan segala fardu itu dan disuruh dengan keduanya
daripada Tuhan yang Asa di dalam kitab yang satu tetapi engkau lupa daripadanya
maka tiada engkau ketahui sesuatu daripadanya melainkan dengan petua orang yang berpagi ia dengan bersegera bahagiannya itu
hal keadaannya sangatlah kasih hingga jadilah segala makruf itu mungkar dan
yang mungkar itu jadi makruf dan orang yang
mensia-sia akan ilmu yang dinamakan dia Allah Taala di dalam kitab Nya
Nur dan Huda hikmat dan berhadap atas barang yang dengan dia berusaha yang
haram dan adalah ia memukat bagi Hatamal dunia yakni kurang-kurang mata
benda di dunia tidakkah takut wahai
orang yang menunjukkan orang bahawa adalah kamu mensia-sia dengan sesuatu daripada
segala yang wajibat ini tetapi kebanyakannya dan engkau meneguhkan atas maksiat
daripada segala maksiat yang mewajibkan dengan dia api
neraka dan kamu meninggalkan yang mubah daripada makanan atau minuman
atau tidur engkau menuntut dengan dia
kerabat kepada Allah Taala maka adalah ia daripada orang yang tiada suatu perolehannya
dan yang bersangat daripada yang demikian selainnya adalah kamu jatuh di dalam
cita-cita dan mencita-cita itu maksiat yang semata-mata maka kamu menyangka
niat kebajikan dengan sebab jahil kamu dengan perceraian antara keduanya atau
dengan sebab hampir keduanya daripada setengah kelakuannya dan demikian lagi
terkadang ada kamu di dalam gopoh dan marah.
Sekian dahuu dan akan bersambung
lagi.
-----ooooo-----
No comments:
Post a Comment