Pos 757 - Manusia sebagai Khalifah.
Ketinggian mertabat insan di sisi Allah s.w.t. dinilai bukan daripada
pangkat atau kedudukannya, kebangkasawannya atau darjat keturunan, kemewahan
atau harta benda malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa.
Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah dimuka
bumi ini, dirangkumi dalam satu kalimah
yang mudah subutannya tetapi begitu
bermakna pengisian dan penghayatannya.
Itulah yang disebutkan
sebagai takwa sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi
firman-Nya:
إِنَّ أ كـْرَمَكُمْ
عِنْدَ اللهِ أ نـْقـَكُمْ إِنَّ اللهَ عـَلِيمٌ خـَبِيرٌ (13)
”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwaannya di antara kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Hujarat ayat 13)
Bertitik tolak dari ayat ini, sebagai hamba Allah kita seharusnya beeusaha untuk mengadbikan jiwa raga terhadap keesaanNya, melaksanakan
amalan soleh dan setiap ketika serta menjauhi segala larnagNya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan
masyarakat serta memenuhi tuntutan
ibadah.
Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya
seorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami
perkara-perkara asas di dalam Islam.
Perkara-perkara asas itu
merangkumi kehidupan manusia bermula
dari kelahiran sehinggalah mereka kembali kepada Allah s.w.t. Di samping itu juga ilmu pengetahuan mengenai
perkara-perkara asas ini (fardhu ’ain) adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi seorang
hamba Allah yang bertaqwa.
Justeru itu penulis mencatatkan makalah ini sebagai salah satu usaha untuk
menampilkan Islam sebagai satu
cara atau aturan hidup yang lengkap, sempurna
dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. :-
أ َنْتَ الـْمَعْرُوْفَ,
وَاجْتَنِبِ الـْمُنْكَرَ وَانْظـُرْ مَا يُعْجِبُ
أ ُذُنـَكَ أَنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ
مِنْ عِنْدِهِمْ فـَأ ْتِهِ,
وَانْظُر
ِ الـَّذِىْ تَكْرَهُ أ نْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ذَا قُمْتَ مِنْ
عِنْدِهِمْ
فَاجْتـَنبْهُ. (رواه الجماعه)
Kebajikan
hendaklah kamau perbuat dan yang mana munkar hendaklah kamu jauhkan dan kamu
fikir dan tilik lebih dahulu daripada kamu bertutur akan pertuturan yang mana
suka dan manis telinga engkau mendengarnya, ditaqdirkan kalau pertuturan itu
terhadap pada engkau ketika kamu berjauhan daripada penutur; maka pertuturan
itu eloklah dikeluarkan dan sebaliknyapun begitu juga. (Riwayat Al-Jama’ah).
Ulasan:
Hadis inji mengarahkan kita kepada mengelokkan akhlak,
dan menjauhkan umpat cela, kata-mengata sesame Islam.
Ketahuilah bahawa bahaya lidah manusia itu besar sekali,
dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata
yang bik sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w.:-
لَايَسْتَقِيْمُ إ ِيْمَانُ الْعَبْدِ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ قَلـْبُهُ, وَلَا
يَسْتَقِيْمُ قَلـْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ, وَلَايَدْخُلُ الـْجَنَّةَ
َرَجُلٌ لَايـَأ ْمَنُ جَارُهُ بَوَاءِـقَهُ .
(رواه مسلم).
Maksaudnya:
Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan
tiada akan lurus hatinya,sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan
memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan yang jirannya itu
lakukan.
Ibnu Mas’od (Abadullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata
“Wahai lidah..! sebutkanlah yang baik-baik nescaya engkau akan dapat faedahnya,
dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau
menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ كَفَّ لِسَانُهُ
سَتَرَ اللهُ عَوْرَتَهُ, وَمَنْ مَلـَكَ غَضَبَهُ وَقَاهُ اللهُ عَذَابَهُ, وَمَن
اعْتـَذَرَ إ لىَ اللهِ قَبِلَ عُذْرَهُ.
(رواه البخارى)
Maksudnya:
Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya.
Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari
siksaannya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah,Allah akan
menerima uzurnya. (H.R. Al-Bukhari)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:-
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ
بِاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرَ فـَلـْيَقُلْ خَيـْرًا
أ َوْلـِيَسْكـُتْ.
(رواه البخارى).
Barangsiapa
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
berkatalah
yang baik-baik ataupun berdiam diri sahaja.
(HR Bukhari).
Sabda Rasulullah s.a.w. :-
اُخْزُنْ لِسَانَكَ
إِلاَّ مِنْ خَيْرٍ, فـَإِ نَّكَ بِذَلـِكَ تَغْلِبُ الشَّيْطَانَ. (رواه مسلم).
Maksudnya: Jagalah lidah mu kecuali bila berkata yang
baik-baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan. (HR Muslim). (468 & 7).
Firman Allah s.w.t.
:
. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ
سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ
. ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan
dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat)
disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat
120).
.
Sekian dahulu dan di sudahi...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه
--------------ooooooooooooooo--------------
KE
ARAH KITA MENUJU KE SYURGA
TAZKIRAH BAB
AMALAN AKHLAK MULIA.
-----------------------------------------------------------------
BAB 23 - ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BEREBUAT
BAIK
No comments:
Post a Comment