Pos 764 -Jangan engkau iktikad dengan fahaman ahli bidaah.
Dan demikian lagi pada barang yang datang atas lidahnya
daripada beberapa pekerjaan akhirat (kemudian) beberapa masaelah yang memberi
zahir tanda ahli al – sunah daripada ahli al-bid’ah wajib kamu mengetahui akan
dia dan takut oleh mu bahawa engkau iktikad dengan ahli al-bida’ah pada agama Allah
iaitu barang yang tiada datang dengan dia kitab dan atsar hadis maka adalah kamu
serta Allah atas sebesar-besar kebinasaan dan segala dalil Tauhid ada maujud
asalnya di dalam kitab Allah Taala (dan di atas) jumlahnya tiap-tiap barang yang
tiada sentosa daripada binasa serta jumlahnya maka menuntut akan dia fardu
tiada harus bagi mu meninggalkan dia maka inilah wa Billahi Taufiq. (dan
adapun) had yang tertentu fardu daripada ilmu ser itu mengenal bagi yang
mewajibkan dia dan yang menegahkan dia hingga hasillah bagi mu membesarkan akan
Allah Taala dan niat……( muka 14). (baris 35).
…dan ikhlas baginya dan sejahtera amal dan kebanyakannya
yang demikian itu tersebut di dalam kitab ini Insya Allah Taala….(dan ada pun)
had barang yang wajib di tuntut daripada ilmu syariat maka (baris 2 –(muka 14) tiap-tiap barang yang tertentu atas mu wajib
berbuat akan dia maka fardu atas mu
mengetahui akan dia supaya kamu menunaikan dia seperti bersuci dan sembahyang
dan puasa dan haji dan perang sabil lillah dan zakat tertentu atas mu fardunya
wajib atas mu belajar supaya kamu tunaikan dia dan jikalau tiada maka tiada
wajib maka inilah had barang yang lazim hamba menghasilkan dia daripada ilmu
takdapat tiada dan tertentu fardunya sekira-kira terdapat tiada daripada yang
demikian itu.…?
Maka apabila engkau kata maka adakah difardukan atas ku
bahawa aku belajar daripada ilmu tauhid barang yang aku dapat membinasakan
segala agama kafir dan aku lazimkan mereka itu dengan hujah agama Islam dan aku
binasa dengan adi segala ahli al-bid’ah dan lazimkan mereka itu hujah ahli
al-sunnah (maka ketahui) oleh mu bahawasanya ini fardu kifayah dan sesungguhnya
tertentu atas mu itu barang yang mengsahkan dengan dia iktikad kamu di dalam
usuluddin tiada lainnya dan demikian lagi tiada tertentu atas mu mengetahui
segala furuk ilmu tauhid dan yang halusnya dan mendatangkan atas segala
masalahnya bahkan jika datang atas mu syubhat pada usuluddin yang takut cedera
pada iktikad maka tertentu atas mu menghuraikan demikian syubhat itu dengan
barang yang dapat daripada perkataan yang meminda akan dia dan takut oleh mu
dan berbantah-bantah dan berkelahi-kelahi maka bahawasanya keduanya itu
penyakit yang semata-mata tiada ubat baginya maka pelihara akan oleh mu
daripadanya dengan se kuasa kamu maka
bahawasanya orang yang bertselindung akan dia tiada dapat kemenangan
sekali-kali melainkan bahawa di tutup akan dia Allah dengan rahmatnya dan lafaznya.
(muka 14,baris 13)
Sekian dahulu dan akanmbersambung lagi ha ini...
------------ooooo---------
No comments:
Post a Comment