POS 756 -
ZIKRULLAH –MENGINGATI ALLAH.
Perhubungan mesra antara Ahli Sufi dengan Allah ternyata
seperti tersebut dalam ayat al-Quran, Al-Baqarah ayat 152 :-
فَاذْ كـُرُونِىْ أ
َذْكـُرْكـُمْ وَاشْكـُرُوالِى وَلَاتَكـْفـُرُونِ.
( البقرة 152)
Bermaksud: “Maka Ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat
kepada mu dan berterima kasihlah kepada Ku dan janganlah kamu menyangkal
(nikmat Ku). (Al-Baqarah ayat 152).”
Perhubungan
yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah
hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi.
Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh
Allah. Semuanya kerana Allah
semata-mata. Orang Sufi mengagung dan
menyerahkan durinya kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja
yang di pandangnya . Inilah yang mereka namakan zikrullah. Zikrullah ini sangat besar faedah dan
hasilnya. Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Yang Mulia:-
وَاذْكـُرْ
رَّبَّكَ كـَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالـْعَشِىِّ وَالْإِبْكـَرِ(41)
Bermaksud:
“Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak-banyak serta bertasbihlah pada waktu petang dan
pagi.” (Surah Al-Imran,
ayat 41)
فَإِذَاقَضَيْتُمُ
ا لصَّلـَوةَ فَاذْكـُرُواللهَ قِيَمًا وَقـُعُودًا
وَعَلىَ
جُنـُوبـِكـُمْ ج. (103)
”Apabila
kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan
berbarinag. (Surah An Nisa’ ayat 103)
اِنَّنِىْ
أ َنَا اللهُ لَا إِلـَهَ إِلا َّاّنَا فَاعْبُدْ نِىْ وَأَقِمِ الصَّلـَوةَ
لِذِكـْرِىْ.
(طـَـــهَ, اية 14)
“Sesungguhnya
Akulah Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah Aku dan
dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.”
(Surah Tohaa, ayat 14).
“Sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar” (Surah
al-Ankabut ayat 45)
“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut
nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”
(Surah Al-Ahzab. ayat 41)
Ada banyak lagi ayat dalam al-Quran yang
menunjukkan ketinggian dan kemuliaan Zikrullah ini. Mungkin ada orang meanggap zikir ini
hanya ingat kepada Allah atau nama-nama Nya seperti ingatan yang biasa
sahaja. Setelah ayat-ayat tentang
ingatan (zikrullah) itu turun, orang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
meminta penjelasan tentang istilah zikir ini.
Adalah dilaporkan dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda. ) الله لَا إِلـَهَ
" ( la illaha illa " itu kalimat yang paling
baik untuk zikrullah.”
Pendek kata tidak ada yang paling
agung pada pandangan Allah selain zikrullah. Maha Suci Allah, la ilaha
Illah. ) الله لَا إِلـَهَ).
Sesiapa pun boleh mengenang Allah
(zikrullah) dengan fikiran atau lisan pada bila-bila masa. Tetapi adalah lebih beramai-ramai duduk
membentuk satu bulatan dan berzikir selepas sahaja menunaikan solat sama ada
solat Maghrib, Isyak mahupun Subuh. Tidak mengapa seseorang itu membuat amalan
zikrullah itu secara sederhana sahaja seorang diri, tetapi hendaklah secara
berterusan dari sedikit-sedikit, pada waktu
selepas Subuh dan kemudiannya selepas Maghrib dan Isyak.
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan tentang apa yang terjadi
dalam majlis zikrullah. Nabi bersabda bahawa sekumpulan malaikat diberi tugas
khusus oleh Allah s.w.t. membuat rondaan di muka bumi ini untuk melihat orang
yang berzikir itu. Apabila malaikat itu berjumpa dengan jemaah orang berzikir
itu, malaikat itu berasa sukacita, lalu memanggil lebih banyak lagi malaikat
masuk dalam kumpulan itu. Apabila majlis
zikir itu tamat, malaikat itu pun kembali ke langit lalu melaporkan kepada
Allah s.w.t. bahawa mereka kembali dari majlis zikir yang meagagung dan memuji
Allah.
Kemudian Allah s.w..t berfirman
kepada malaikat bahawa Ia telaah mengampunkan semua dosa mereka yang
berzikir itu, termasuk juga ada seorang
yang tidak berzikir tetapi menyertai kumpulan itu, Allah juga mengampunkan dia
kerana sudi bersama-sama mereka.
Antara 10 khasiat zikrullah itu
ialah :-
1. Menghalau tenaga-tenaga jahat dan mengelakkannya.
2. Mendapat keredaan Allah dan mengampun dosa.
3. Memurahkan rezeki.
4.
Membuat peribadi mulia dan agung.
5. Memcapaia taraf kehampiran dengan Allah.
6.
Menghidup dan menyedarkan hati.
7.
Menghilangkan kesilapan dan kecacatan.
8. Memelihara percakapan daripada mengumpat dan mengeji.
9. Menyembuhkan penyakit hati
10.Membuang ketakutan dan dukacita dalam hati.
11.Menghindarkan sifat-sifat munafik.
12.Allah akan mengkabulkan segala hajat.
Ada satu penjuru dalam hati yang
tidak dapat dibuka kecuali dengan zikrullah.
Dalam penjuru itu kuasa Ketuhanan berada. Zikrullah adalah satu alat yang penting dalam
semua amalan tareqat Kesufian. Apabila
seseorang sampai dalam peringkat perlakuan zikrullah yang ikhlas dan luhur,
maka sampailah ia ke tahap di mana ilmu yang diperolehi daripada buku atau
kitab tidak perlu lagi. Jika keadaan
berzikir ini berkembang subur terus menerus, zikir ini membawa seseorang,
dengan izin Allah, ke peringjkat yang paling tinggi dalam evolusi kemanusiaan,
dan ia akan mencapai kunci sumber mukjizat.
أ َشْهَدُ أ َنْ لآ إ ِلـَـهَ أِ اللهُ وَحْدَهُ لآ
شَرِيْكَ
لـَهُ ,وَأ َشْهَدُ أ َنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُولـُهُ.
اَللـَّهُمَّ اجْعَلـْنِى مِنَ التَّوَّبِيْنَ
وَاجْعَلـْنِى مِنَ
الـْمُطَهِّرِيْنَ وَالجْعَلـْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ
الصَّالِحِينَ.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada
sekutu bagi Nya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hamba Nya, Ya Allah jadikan aku daripada orang yang
bertaubat dan jadikanlah aku daripada orang yang suci dan jadikanlah aku
daripada hamba-hamba Engkau yang soleh.
Sekian dahulu dalam bab ini,
semoga anda mendapat manfaat darinya.
Wassala mualaikum warahmatulla
hiwabarakatuh....!
(Rujukan Kitab Ilmu Perubatan
Kesufian, m.s. 147)
-------------ooooooooooooooo-------------
No comments:
Post a Comment