Masalah 150-Kenapa kita Menyapu muka
Kenapakah kita menyapu muka dan dahi selepas kita memberi salam sesudah solat?
Jawapan.
Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai sembahyang. Dalam satu hadis dari Annas a.s. menyebut bahawa Baginda menyapu dahinya dan dukucupkan dengan tangan kanannya.
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتـَهُ بِيَدِهِ الـْيُمْنَى ثُـمَّ قَالَ: اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
”Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah menyelesaikan sembahyangnya, disapumya dahinya dengan tangan kanannya,kemudan diucapkannya.”
”اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.”
Artinya:”Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Pengasih dan Penyayang. Ya Allah lakukanlah dari padaku segala dukacita.
(HR Ibnusunny, Albazzar dan ibnu ’Ady
Masaslah 151-Adakah kita kena Qada bila haid dannifas?
Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?
Jawapan.
Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan tidak dibolehkan mengqadhanya.
(Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140
)
Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.
Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. Hanya diwajibkan kepada mereka itu melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.
Masalah 152- Batalkah solat bagi orang berkata-kata?
Jawapan.
Berkata-kata dalam solat yang tidak ada kena mengena dengan urusan solat sama ada dua huruf ataupun satu huruf yang boleh difahami dan disengajakan maka solatnya terbatal. Tetapi sekiranya berkata-kata walaupun dengan sedikit perkataan yang tidak dapat difahami dan terlupa, maka solat itu tidak batal. Dalam konteks ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
”Sesungguhnya solat sebaik-baiknya tidak dicampur aduk dengan percakapan manusia kerana solat mengandungi tasbih, takbir dan bacaan Quran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rujukan: Kitab Fikh Harian oleh Prof.Dr Haron Din m.s. 63)
Masalah 153.Bolehkah solat wajib dibuat dua kali?
Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya sembahyang bersama.?
Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di lakukan. Terdapat hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-
اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
“Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu
kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi dan Annasa’ ) (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms 148)
Masalah 154.Makmum ikut Imam yang solat saunat.
Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana hukumnya?
Jawapan.
Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunnat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu.
Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.
Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang sembahyang tasbih dan sebagai lagi.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).
Masslah 155.-Bolehkah Solat Rotibah sesudah subuh dan asar?
Bolehkan saya sembahyang sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan sunat rotibah sesudah fardhu Subuh?
Jawapan.
Tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Subuh. Dan makruh tahrim hukumnya dan tidak sah melakukan sembahyang sunat yang tidak mempunyai sebab sama sekali, seperti nafal mutlak, sunat ihram yang dilakukan di luar tanah haram Makkah, pada waktu sesudah sembahyang Asar dan sesudah sembahyang Subuh.
Adapun yang mempunyai sebab, tidakklah di makruhkan, yang berarti sebabnya itu terdahulu seperti sembahyang-sembahyang fardhu atau sunat-sunat yang luput, jelasnya qadha fardhu atau qadha sunat. Dan juga sembahyang-sembahyang gerhana matahari dan sembahyang istisqa’ atau sembahyang minta hujan tidak juga dimakruhkan.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 164 ms 15
Masalah 156. Apakah cara Sembahyang Hadiah untuk mayat?
Saya hendak sembahyang Hadiah tetapi saya kurang faham akan kafiatnya?
Jawapan.
Sembahyang Hadiah adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebagai nafal mutlaq pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan
Caranya ialah dibaca tiap-tiap sesudah Al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat :-
a.Ayat kursi 1 kali
الله لآإله إلاهوالحي القيوم.... (البقرة 285)
b.Al-Takkasur الهكم التكاثر.....- 1 kali
c. Qul huwallah ahad… 11 kali
Surah-surah tersebut dibaca setiap rakaat sesudah Al-Fatihah.
Maka setelah selesai dilakukan dua rakaat sembahyang tersebut diucapkanlah doa seperti berikut:-
اَللـَّهُمَّ اِنَّيْ صَلـَّيْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ
ثـَوَا بَهَا اِلَا قَبْرِ.............(فُلَانِ بْنِ فُلَانَةٍ)
Maksudnya: Ya Allah. Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah. Kirimkan pahalanya kepada Kubur………………..(si pulan bin si pulan).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 165,ms 161)
Masalah 157. –Bolehkan Solat Tarawih 8 Rakaat.
Saya dapati sekarang ini banyak orang berlumba-lumba mengerjakan sembahyang tarawih hanya sebanyak lapan rakaat sahaja, tetapi terdapat orang-orang tua yang melakukan dua puluh rakaat dan tiga rakaat sembahyang witir. Minta tuan jelaskan?.
Jawapan.
Setengah dari pada sunnah-sunnah adalah sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan. Bagi Abi Hurairah, As-Shafiei, dan Ahmad mereka mengerjakan dua puluh rakaat dan tiga rakaat witir. Yang dikenal Mazhab-mazhab yang Empat itu mereka juga melakukan dua puluh rakaat. Tidak ada dinaqalkan dari mereka itu sembahyang Tarawih hanya lapan rakaat.
Tersebut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :-
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ يُصَلـِّى فِى شَهْرِ رَمَضَانَ فِى غَيْرِ جَمَاعضةٍ عِشْرِيْنَ رَكَعَة ً وَالـْوِتـْرَ.(رواه البهيقي والطبراني وعبد بن هـُمَيْدِ)
Bermksuad: “Adalah Rasulullah s.a.w. berseambahyang di bulah Ramdhan dengan tidak berhenti-henti dua pualuah rakaat di tambah dengan Witir.”
(HR. Al-Baihaqy, At-Thabarany dan ’Abdul Humain)
(Rujukan: ”Kitab Masalah Agama Jil 2.para 167,ms 169)
Masslah 158.- Saya ingin tahu berapakah rukun Khutbah Jumaat?
Jawapan.
Rukun Khutbah itu ada lima iaitu:-
- Memuji Allah s.w.t.
- Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
- Berwasiat dengan Taqwallah
- Membaca ayat al-Quran pada salah satu dari dua Khutabah.
- Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerintah pada khutbah yang akhir.
Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya ”Hamlaaah” Ini sama dengan tidak membaca ”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak sah khutabhnya itu.
Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para 170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)
Masalah 159.- Solat Subuh Imam sujud terlalu lama.
Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?
Jawapan.
Memang sunat hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu keadaan yang terdekat seorang hamba kepada Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu, janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.
Diriwayatkan dariAbi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.aw. bersabda:
اِذَا صَلىَّ اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ.
(رواه الجماعه الاابن ماجه)
”Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu. Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.”
(HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah).
Masalah 160 - Saya ingin tahu mengapakah kita misti keluarkan zakat?
Jawapan.
Ketahuilah anda sekalian, moga-moga Allah menjadikan kita sebagai orang-orang yang bersih suci, yang sentiasa menyebut nama Tuhan seraya bersembahyang dan tidak pula melebihkan kehidupan dunia daripada akhirat, yang ia tentu sekali lebih utama dan kebih kekal.
Bahawasanya zakat itu adalah salah satu asas bina Islam yang lima. Allah s.w.t telah satukan sebutan zakat dengan sebutan sembahyang di dalam KitabNya, maka berfirman Allah s.w.t.
وَأ َقـِيْمُوا الصَّلـَوة َ وَآتـُوْا الزَّكـَوة َ, وَمَا تـَقـَد ِّ مُوا لِأ َ نـْفـُسِكُمْ مِنْ خـَيْرٍتـَجِد ُوْه ُ عـِنْدَ اللهِ, إِنَّ الله َ بِمـَا تـَعْمـِلـُوْن بَصِيـْرُ.
(البقرة اية 011)
Artinya:
”Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan setiap pekerjaan baik yang kamu kerjakan untuk diri mu, nescaya akan kamu dapati kembali nanti pada sisi Tuhan, sesungguhnya Tuhan melihat apa yang kamu kerjakan:
(Al-Baqarat: ayat 110)
Firman Allah s.w.t lagi:
اَلـَّذِيْنَ يـُقِـيْمُوْنَ الصَّلـَوة َ وَمِمـَّا رَزَقـْنَاهُمْ يُنـْفِـقـُوْنَ. أ ُوْلـَءك هـُم ُ الـْمؤمِنُوْنَ حـَقـًّـا.
Artinya: Mereka yang mengerjakan sembahyang, dan membelanjakan setengah dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sebenarnya berinman. (Al-Anfal ayat 3-4)
Firman Allah s.w.t. seterusnya:
وَالـْمِنـُوْن َ وَالـْمُؤْ مِنـَاتُ, بَعْضُهُمْ أ َوْلـِيـَاءُ بَعـْض ٍ .يـَأ ْ مُرُوْن َ بـِالـْمَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْن َ عَـنِ الـْمنـْكـَرِ,وَيـُقـِيْمُوْن َ
الصَّلـَوة َ, ويوتون الزكـوة, وَيُطِيْعُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلـَهُ, أ ُوْل َـءِـكَ سَيـَرْ حـَمُهُمُ اللهُ, إِنَّ اللهَ عـَزِيْزٌ حـَكِـيْمُ.
(التوبة: 71)
Artinya: “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengah mereka menjadi pemimpin kepada setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, serta mentaati Allah dan RasulNya. Itulah orang-orang yang akan diberi rahmat oleh Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu Mahakuasa lagi Bijaksana. “ (At-Taubat ayat 71)