Wednesday, 2 March 2011

Hj.Che Dan bin Ahmad. E-mail – hjdan@myjaring.net. http://hjchedan.blogspot.com/ Atau – www.hjchedan.blogspot.com/ EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN 032011 . بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم . اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه Pendahuluan. Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ. إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا. ”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya. (Al-Ahzab(33); ayat 56. Firman Allah s.w.t:- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ. وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)إ إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3) (1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihat) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran. Beebuat Baik Dengan jiran Tetangga. Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segaka laranganNya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tahukah kamu akan hak-hak jiran tetangga ? Jika ia meminta pertolongan kepada kamu segeralah kamu menolong, jika ia meminta pinjam sesuatu berilah ia pinjam, jika ia meninggal dunia iringilah jenazahnya, bila ia mendapat nikmat brerilah ia ucapan selamat dan tahniah,bila ia ditimpa mala petaka hiburkanlah ia.” (H.R. Bukhari dan Muslim). Itulah di antara hak jiran tetangga yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita umat Islam yang mana dengan adanya hak-hak seperti itu terbuktilah kepada kita bahawa sesungguhnya umat Islam telah disediakan satu sistem peraturan hidup yang sempurna dan lengkap untuk membolehkan mereka menikmati hidup ini bersama jiran tetangga dalam lingkungan suasana yang penuh mesra, tolong menolong, zirah-menziarahi, kasih sayang dan hormat-menhormati di antara satu sama yang lain. Tanggungjawab terhadap jiran adalah merupakan satu perkara yang tidak boleh diabaiklan oleh umat Islam, kerana dengfan tidak wujudnya sifat, atau amalan yang disebutkan tadi oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis di atas maka tentulah masyarakat Islam akan menghgadapi kepincangan yang begitu ketara, di mana umat islam yang menjadi angguta sebuah masyarakat tidak sanggup dan sedia untuk merelakan dirinya mengerjakan segala apa jua yang boleh mengiratkan tali perhubungan persaudaraan sesama unat Islam. Sabda Rasulullah s.aw. lagi yang bermaksaud :- ”Diumpamakan orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang menyanganyi, saling simpati mensimpati, dan di dalam saling ihsan mengihsani, adalah satu tubuh,apbila menderita satu angguta daripdanya disebebkan tidak boleh tidur mlam dan berlaku demam atau sakit maka seluruh badan tubuh badan akan merasainya bersama. Semoga tolong menolong sesama jiran tetagga ini amatlah mustahak dan tidak boleh kita hapuskan dari masyarakat Islam, kerana dengannyalah punca kekuatan Islam dan nilai-nilai keindahan serta maruah kewibawaan, nilai-nilai persaudaran dan akhlak mulia di dalam sebuah masyarakat Islam. Adalah seumpama ibarat aur dengan tebing, saling perlu memerlukan, maka dengan cara begitu terlaksanalah falsafah jiran di dalam Islam. Firman Allah s.w.t. :- ...وَتَعَا وَنُوا عَلىَ الـْبِرِّوَاتـَّقْوَى ج وَلآ تَعَاوَنُوا عَلىَ الْإِثـْمِ وَالـْعُدْوَنِ ج وَاتـَّقُواللهَ ج إ ِنَّ اللهَ شَدِيـْدالـْعـِقـَابِ. (الماءدة اية 2) “….Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kerana sesungguhnya Allah amat berat siksanya bagi sesiapa yang melanggar perintahNya.” (Al-Maedah ayat 2). Kita semua dituntut supaya bergaul dan bertutur dengan baik, sekiranya terdapat perselisihan hendaklah diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, janganlah dengan sebab akank-anak kecil kita berkelahi dan orang tua masuk campur, dengan sebab kambing atau ayam masuk ke kawasan rumah menjadi punca pergaduhan, bermasam -masam muka tidak tegur mengur. Terdapat pula di zaman ini disebabkan fahaman dan idelogi politik yang berlainan telah menjadi permusuhan hingga tidak tegur-menegur antara sesama jiran, yang anihnya pula bukan orang orang kebanyakan tetapi yang berpengetahuan agama Islam yang tinggi telah berbuat demikian. Bagaimana denagan pengegtahuan agama Islam mereka yang tidak mematuhi dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Tidak sempurna iman seseorang itu sekira ianya tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ianya mengesiah akan dirinya sendiri.” (H.R. Bukhari idan Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : ”Barangsiapa beriman kepada Allah dan beriman dengan hari qiamat hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya” Firman Allah s.w.t. : وَاعْبُدُوا اللهَ وَلآتـُشْرِكُوْابِهَ شَيْـءًـا ج وَبِالـْوَلـِدَيْنِ إ ِحْسَنـًا وَبـِذِى الـْقُرْبىَ وَالـْيَتَمِى وَالـْمِسْكِينِ وَالـْجَارِ ذِى الـْقُرْبىَ وَالـْجَارِ الـْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالـْجَنْبِ وابْنَ السَّبِيلِ وَمَا مَلـَكـَتْ أ َيْمَنُكُمْ ج إ ِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ مَنْ كـَانَ مُخْتَا لاًافـَخُورًا (سورة النساء اية 36) ”...Dan hendaklah kamu sembahlah kerpada Allah,dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua pun,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kerdua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jira tetangga yang dekat dan jira tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhgnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang sombong, takbutr dan membanggakan diri.” (An-Nias; ayat 36).

No comments:

Post a Comment