Hj.CHE DAN BIN AHMAD
EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 19
Pendahuluan.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56
Masalah Agama. 294.
Mohon jelaskan satu persatu perkara-perkara yang nembatalkan solat ?
Jawapan.
Berikut ini adalah perkara-perkara yang menyebabkan terbatalnya solat kita:-
a. Berkata-kata atau bercakap dengan sengaja walaupun dengan satu huruf sahaja yang dapat difahami.
b. Perbuatan yang banyak dan berturut-turut, kecuali semasa solat sunat dalam perjalanan.
c. Kedatangan hadas kecil atau bresar.
d. Terkena najis sama ada pada badan, pakaian dan tempat solat.
e. Terbuka aurat. Aurat lelaki dalam solat antara pusat dan lutut, manakala aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
f. Mengubah niat, iaitu ubah dari niat yang diangkat semasa takbiratiul ihram.
g. Berpaling dada daripada kiblat.
h. Makan ataupun minum walaupun sedikit.
i. Menambah rukun ”fi’li” (perbuatan) dengan sengaja.
j. Memanjangkan rukun yang pendek dengan segaja.
k. Murtad dan dari agama Islam.
l. Meninggalkan bacaan ”fatihah”
Dengan itu dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh dan kita benar-benar memahami perkara-perkara yang membatalkannya sama ada solat atau iabadat-ibadat lainnya.
Sekian dahulu dandsudsahu...
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.
--------
No comments:
Post a Comment