Sunday 20 March 2011

Pergaduhan Sesama Islam - Siaran 41


Masalah 480 –Pergaduhan Sesama Islam.

Saya dan abang saya telah bergaduh dua bulan yang lalu. Hingga sekarang ini kami masih belum bertegur sapa. Sungguh pun saya berjumpa dia memohon maaf di atas perbuatan saya menasihatnya di atas perangai negatifnya itu, tetapi dia masih tidak mahu berbaik. Dia seorang yang berperangai pemarah, bengis, sombong, suaka menceritakan keburukan orang lain, berdengki, busuk hati sesama adek beradik dan saudara mara. Apabila saya menasihatnya dia terus menengking dan bergaduh dengan saya. Apakah yang saya harus buat?

Jawapan.

Dalam hal ini anda dinasihati bersabar, dan merenung kambali tentang nasihat anda kepada abang anda itu, sama ada secara bijaksana dan berdiplomasi.  Jika adanya begitu anda harus jangan berputus asa kerana di satu masa nanti ia akan terkenang kembali nasihat anda itu.
Dalam hal ini penulis ingin membawa kepada firman Allah s.w.t.
Dalam al-Quran  Surah An-Nisa-, ayat 36, yang berikut:

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلَاتـَشْرِكُوابـِهِ شَيْـءًـا صلى  وَبـِا لـْوَ لـِـدَيْنِ إِحْسَنـًا وِبـِذِ الـْقـُرْبىَ وَالـْيَتـَمَى وَالـْمَسَكِينِ وَالـْجَارِ ذِى الـْقـُرْبىَ وَالـْجَارِالـْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالـْجُنُبِ وَابْنِ السَّبـِيلِ وَمَا مَلـَكَتْ أَيْمَنـُكُمْ  قلى  إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخـْتـَا لًا فـَخـُورًا.     (سورة النســاء اية 36)

”Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu; dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, orang musafir yang kesusahan dan hamba sahaya”.Sesunguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membangga-banggakan diri.”
                                                                    (An-Nisa’ ayat 36)

Manakala Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
”Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan hubungan silaturrahim.” Hadis ini riwayat al-Bukhari daripada Abu Muhammad Muta’im.

Penulis suka mengingatkan bahawa menghubungkan silaturahim adalah wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang  yang mendapat laknat Allah s.w.t.  Dia juga termasuk dalam bahagian manusia yang menaruh dendam-mendendam sesama Islam. Dendam itu bila  hati merasa sangat berat terhadap seseorang seperti membencinya, menjauhi diri darinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
اَلـْمُؤْمِنُ لـَيْسَ بـِحَقُوْدٍ.
Bermaksud: “Orang mukmin itu bukanlah seseorang yang pendendam. (H.R Bukhari dan  Muslim)
 Ulasan:  Orang yang sentiasa menaruh dendam sesama Islam itu maka bukanlah dia seorang mukmin dan tergolonganlah ia  dalam lengkongan orang munafiq.
Sabda rasaulullah s.a.w. lagi:
لَاَتـَدَابَرُوْا وَلَاتـَبَاغَضُوْا وَلَاَتـَحَاسَدُوْا وَلَا تـَقـَا طَعُوْا
وَكُنـُوْا عِبَادَاللهِ إِخْوَانـَا.
Bermaksud: “Janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan benci-membenci, jangan dengki-mendengki, jangan berputus hubungan antara satu dengan yang lain dan jadikanlah kamu sekalian sebagai hamba-namba Allah yang bersaudara-mara.
                                                 (H.R. Bukhari  dan Muslim)

 Justeru itu, anda harus berusaha berbuat baik kepadanya, walaupun dia tidak suka, tetapi bagi bahagian anda dosa itu telah terhakis, dan anda beroleh pahala. Maka dialah sahaja yang menanggungnya. Dia tidak guna melaksanakan solat, puasa, sedekah dan ibadat-ibadat lain lagi, semuanya itu tidak berpahala baginya selagi dia masih memutuskan silaturahim sesama Islam, lebih-lebih lagi sesama saudara mara sendiri. Cara yang baik bagi anda ialah memberi salam, berjabat tangan, menziarahi rumahnya, memberi hadiah atau sedekah pada anak-anaknya, mendoakannya dia selalu dalam beriman dan selamat sejahtera. Allah s.w.t. sentiasa mengawasi perbuatan baik anda itu dan setiap perlakuan baik  anda itu diberi pahala yang lumayan.

Sebuah hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Nabi yang bermaksud:-
”Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara yang saya menghubungkan tali persehabatan dengan mereka tetapi mereka memutuskan tali persehabatan dengan saya.  Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, (tidak mahu memberi maaf). Saya selalu berlembut dan ramah mesra pada mereka tetapi mereka tidak endah perbuatan baik saya  itu ”
Baginda s.a.w. bersabda.”Seandainya kamu benar-benar seperti apa yang kamu katakana, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah s.w.t. akan selalu memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.”

Adapun sikap abang kamu yang tidak baik itu, maka katakanlah juga dia dengan cara yang berhikmah. Ataupun sampaikan rencana ini melalui anak-anaknya, supaya sampaikan padanya dan ia dapat membaca, jemputlah ia ke majlis kenduri di rumah kamu, atau pun boleh juga kamu mengajak seorang Ulamak atau Ustaz menziarahi dia dengan bertujuan berdakwah  ehwal agama Islam dan mudah-mudahan Allah s.w.t  akan memberikan ia insaf dengan perbuatannya itu. Itulah cara yang terbaik sekali.

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran,Surah  An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
 ”Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik.” (An-Nahl ayat 125)
Allah s.w.t. berfirmanlagi:
وَاعْتـَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعـًا وَلَا تـَفـَرَّقـُوْا.
 (ا ل عمران: 103)
Bermaksud:”Berpegang teguhlah dengan tali Allah (agama Allah) bersama-sama, dan janganlah berpecah-belah.

Ulasan.
Ketahuilah bahawasanya pergaulan yang baik itu adalah buah daripada kemurnian budipekerti, manakala perpecahan itu pula merupakan buah daripada keburukan budipekerti.  Maka kebaikan dan kemurnian budipekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu padu antara satu sama dengan yang lain, manakala keburukan budipekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki-mendengki  dan bermusuhan antara satu sama yang lain.

Sekia, itulah huraian penulis di atas soalan tersebut.
(Rujukan: Kitab Adab Bimbingan Mukminan –Imam Ghazali bersama ”Berita Minggu” Ahad, 6 March 2011)


                    -----------------oooooooooooo--------

No comments:

Post a Comment